Selasa, 27 November 2012

Purna Kumbham


Purna Kumbham membawa maksud kendi penuh. Purna kumbham ini diisi penuh dengan air kemudian akan dihiasi dengan dedaun segar dari pokok mempelam dan juga diletakkan sriphala atau buah kelapa di atas nya. kendi biasanya diperbuat dari tanah liat, tembaga, perak atau besi loyang. kadang2 kendi ini dihiasi dengan corak seperti astakalashmi atau un swastika.

Purnam membawa maksud beres atau sempurna. Ia bermaksud bahawa kehendak pasti akan tercapai dengan usaha. Purna kumbham ini merupakan sebahagian daripada upacara keagamaan Hindu. Ia diguna dalam grahapravesham atau sebelum masuk rumah, perkahwinan atau keraian bertuah lain. Jika diguna dengan puja, benang merah atau putih akan diikat sekeliling kendi. Ikatan biasanya berbentuk geometri dan cantik lah. Selalu nya juga dewata akan diseru dalam upacara purna kumbham.

Sewaktu puja, mantra akan dibacakan dengan memberkati air dengan mantra-mantra dan air diguna untuk abhisekam atau sebagai prasadham kepada baktan-baktan. Orang alim dan shanta (saints) semua mengenalpasti Brahman. Jadi kita pula mengiktiraf mereka dan memberi hormat dengan menyembahkan purna kumbhan di pintupintu masuk. Di setengah tempat purna kumbham menyambut orang-orang ternama menurut cara adat istiadat Hindu. 

Kendi melambangkan ibu pertiwi manakala air memberi kehidupan. daunan hijau melambangkan kehidupan manakala sriphala melambangkan kesedaran murni. lanjutan dari air tadi, ia melambangkan air sebelum kehidupan wujud yang dari nya semua kehidupan tercetus. unsur suci nya memberi kehidupan kepada semua. ia merupakan roh yang berisi dengan cinta dan kasih sayang, kemakmuran dan hormat kepada tetamu. Kehidupan diwakili oleh daunan dan sriphala mewakili Dewa. 
Dalam kebudayaan Hindu yang tradisional dan murni, purnakumbham dianggap sebagai lambang kepada Tuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan