Sringeri Srada Pitham dibangunkan di Karnataka |
Siapakah guru yang mesti kita ikuti? Hari ini, kita dapat melihat banyak matham, pertubuhan dan sebagainya dengan sanyasin-sanyasin sendiri. Tapi bagaimanakah mereka ini membantu ke arah memelihara dan menyebarkan dharmma veda-veda?
Memberi dana makanan atau memberi pendidikan percuma dan sebagainya tidak lah diragui sebagai perbuatan aryadharmma tetapi ia tidak membuat pertubuhan-pertubuhan ini sebagai menurut veda. Jika seseorang itu mempunyai kemampuan untuk mengumpulkan dana, maka dia pun boleh memulakan sebarang pertubuhan.
Sanyasin sebenar adalah orang yang muncul di khalayak ramai hanya untuk bercakap dan menunjukkan kepada orang ramai tentang dharmma. Bukan tentang politik, bukan tentang penipuan-penipuan, tiada sebarang apa pun melainkan dharmma sahaja. Untuk guru sebegini, apa yang tercatat dalam veda adalah lebih penting daripada "pendapat" mereka. Bukan seperti sesetengah yang mementingkan pendapat mereka, baru lah mereka mengetengahkan teks-teks suci.
Guru sebenar akan membuang jauh-jauh pendapatnya yang berlawanan dengan sastera veda bukan seperti guru yang menyekat sastera itu sendiri! Dia menerima terus sastera dan bukan bahagian-bahagian yang disukai atau yang bertepatan dengannya sahaja. Ini adalah sifat seorang guru yang benar jika seseorang itu tertanya-tanya. Siapakah guru yang benar itu? Apakah dia wujud?
Guru-guru begini hanya wujud dalam avicchinna paramparam atau bukan salasilah guru-guru yang bersambungan dan berantai. Misalnya seperti salasilah guru Sri Shankaracharya, Sri Mathavacharya dan Sri Ramanujacharya. Matham yang dibangunkan oleh acharya-acharya yang mempunyai salasilah tradisi tidak terputus ini adalah matham yang harus diikuti. Di matham-matham ini lah wujudnya guru-guru yang benar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan