Khamis, 29 November 2012

Yogi di Himalaya dan Kesaktian


Para Yogi dengan Kesaktian

Epik Ramayana dari benua India memberikan kita gambaran tentang bagaimana Hanuman memperlihatkan kesaktiannya. Dia merupakan seorang Brahmachari yang mengawal diri, seorang lelaki yang berkesaktian tiada berpenghujung, seorang pendita tiada terbanding dan seorang pengikut kepada Sri Rama Chandran. Sampai hari ini pun, orang ramai di benua India masih membaca Hanuman Chalisa setiap hari bagi menghapuskan kejahatan dan roh jahat. Mantra harian ini membantu mereka menghadapi masalah harian.  

Siddhi dan Sadhana

Siddhi merupakan orang yang mencapai kuasa ghaib, manakala Sadhana itu merupakan jalan bagi mencapai Siddhi yang mana Sadhaka atau orang yang ingin mencapai kuasa tersebut terlibat dalam kehidupan harian. Hanuman mempunyai hampir semua kuasa ghaib atau Siddhi. Dia merupakan Chiranjivi atau seorang yang tidak pernah ditempuh maut, menurut kepada epik Ramayana dan Mahabharata. Dia masih wujud sampai sekarang dan tidak kelihatan di mata orang dunia ini.  

Banjaran Himalaya

Banjaran Himalaya yang mengunjur di utara India merupakan kawasan suci bagi ramai orang. Di Kailasa Parwata dikatakan bahawa Sang Prabhu Siva Maheswara berdiam di situ. Ramai yogi masih bertapa semadi di gua-gua di pergunungan Himalaya. Mereka benar-benar terpisah dan terputus hubungan dari dunia luar. Mereka mempunyai kuasa untuk tahan dalam keadaan cuaca melampau di banjaran Himalaya. 

Patanjali dan Siddhi

Patanjali yang merupakan seorang pendita zaman purba menulis dalam kitabnya bahawa ada lapan jenis siddhi semuanya yang kita kenali sebagai kuasa ghaib.   

1. Anima atau siddhi yang dicapai yogi dalam masa seminit. Sekecil semut dan hampir tak kelihatan langsung.

2. Mahima yang bermaksud siddhi bagi yogi yang mampu menjadi besar dan mampu mengoyak awan-awan dan nampak seperti dia menempuhi matahari.

3. Laghima bermaksud membuat badan menjadi ringan seringan bulu pelepah burung atau kapas. Kuasa untuk terapung dan boleh terapung atas udara atau atas air.  

4. Garima atau badan menjadi seberat gunung dengan menelan udara kering.

5. Prapti iaitu apabila yogi mencapai kuasa mengubah sesuatu benda daripada suatu keadaan kepada suatu keadaan yang diingini nya. Dia boleh meramalkan kejadian masa depan, mencapai kuasa pandangan jelas, pendengaran tajam, meraga sukma, membaca fikiran dan sebagainya. Dia boleh memahami bahasa asing yang tak diketahui dan juga bahasa burung dan haiwan. Dia boleh mengubati penyakit.

6. Prakamya atau parakaya pravesh merasuk tubuh orang lain.

7. Vashitvam iaitu kuasa menjinakkan haiwan liar dan mengawalnya. Mempunyai kuasa memukau orang melalui perlaksanaan kehendak dan membuat orang patuh kepada kehendaknya dan arahannya. Ia merupakan kuasa menekan nafsu dan perasaan. Ia merupakan kuasa yang menyebabkan orang ramai dan unsur-unsur alam berada di bawah kekuasaan seseorang yogi itu.  

8. Ishathvam iaitu pencapaian kuasa kedewataan. Yogi boleh memanggil roh orang mati dan dimasukkan kembali ke tubuh yang kosong.

Sri Adi Shankaracharya

Beliau pernah memasuki tubuh badan seorang raja yang mangkat di Varanasi bernama Amaruka. Beliau ingin mendapatkan pengalaman tentang kehidupan duniawi melalui tubuh itu. Beliau memasng Sri Chakram di beberapa kuil di India Selatan. Sri Chakram mempunyai kuasa menakluki kuasa jahat dan ilmu hitam. Ia menyebarkan kuasa alam semesta yang positif menurut sifatnya. Selain itu ia mempunyai kuasa menyembuh dan terbukti sangat berguna kepada manusia. Orang ramai percaya bahawa Sri Chakram di kuil-kuil tersebut mampu menunaikan hasrat. 

Swami Vivekananda

Swami Vivekananda merupakan seorang mahayogi yang memberi ucapan yang mencerahkan di Parlimen Agama Sedunia di Chicago pada 11 September 1893. Orang ramai terepegun dengan ucapannya apabila beliau memanggil setiap orang sebagai saudara dan saudari Amerika. Cahaya suci di wajahnya menarik orang ramai. Ia terpancar dari pemikiran seorang yang memeluk kerohanian dan menjadi seorang yogi.

Yogi merupakan orang-orang yang menakluki enam kejahatan dalam dirinya...

1. Kama  - Nafsu berahi
2. Krodha - Kemarahan
3. Loba - Ketamakan
4. Moha - Keterikatan terhadap duniawi
5. Mada - Ego
6. Matsara - Kedengkian

Kawalan atas Kegiatan Minda dan Tubuh

Dalam bhagawadgitam, Sri Krisna Begawan menyatakan bahawa ada banyak cara mencapai siddhi. Mengawal pernafasan melalui pranayamam. Hathayoga atau Yogasana dan mengawal diri, bertapa dan membangunkan kundalini atau kuasa dalaman tubuh badan. Melalui petunjuk guru maka siddhi dapat dicapai. Tanpa guru, ia adalah sangat berbahaya. Pemakanan haruslah berbentuk sayuran sahaja semasa mengamalkan ajaran. Selepas mendapat kesaktian pun dilarang makan daging! Tubuh dan pikiran haruslah bersih supaya mudah menumpukan perhatian dan bertapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan