Khamis, 29 November 2012

Yogi Pertapa


Kata yogi ini merupakan rujukan dalam bahasa Sanskrit klasik dari kitab puranna untuk pertapa yang mengamalkan yoga. Dalam sastera yang sama juga, yogini merupakan istilah untuk wanita yang menjalani pertapaan dan juga merujuk kepada dewi dan ibu-ibu yang dicerahi, atau semua aspek Sri Dewi yang tanpa nya tiada lah para yogi. Kedua-dua istilah ini masih digunakan sehingga hari ini tetapi yogi selalunya digunakan bagi merujuk semua pertapa secara umum dan juga bagi pengamal amalan pertapaan menurut ajaran Buddha, Jina dan ajaran Tao di empayar China.

Dalam agama orang Hindu, istilah yoga merujuk kepada pengamal yoga. Dalam konteks ajaran Buddha, ia menggambarkan seorang bhikkhu atau satu keluarga yang berbakti dengan cara bertapa. Siva Samhita mentakrifkan yogi patel sebagai seorang yang memahami keseluruhan alam semesta terletak dalam tubuh nya. Dalam sastera Yoga Sikha Upanishad, dibezakan pula dua jenis pertapa. Yang menembusi melalui sang surya melalui perlbagai jenis amalan yoga dan yang melalui pintu sushumna nadi dan meminum amrit nya. 

Tentang apakah amrit itu, semua salasilah pertapaan menumpukan kepada penguasaan sendiri unsur asasnya, iaitu secara rohani dan secara hubungan jenis. Yogabhashya yang merupakan ulasan panjang berkenaan Yogasutram memaparkan tiga gulungan pengelasan pertapa:

1. Prathamakalpika atau kali pertama.
2. Madhubhumika bagi yang mencapai peringkat madu.
3. Joginath, giri, goswami dan sebagainya bagi yang mencapai peringkat maju dan menikmati pencerahan.

Untuk keterangan ini, kebanyakan pengamal yoga dari barat atau guru yoga berdaftar pada hakikatnya cuma berada pada tahap pertama perkembangan sahaja kerana mereka jarang mengamalkan yoga secara persendirian bersama dengan perbuatan meninggalkan unsur asas hubungan jenis secara paksa. Sebetulnya, latihan yoga melibatkan penangguhan amalan tantra untuk yoga hubungan jenis atau perkahwinan sehingga penguasaan diri untuk hubungan jenis membangun dengan sendiri, manakala kesatuan hubungan jenis dianggap sebagai kesatuan terakhir antara Siva dan Sakti.  

Brahmacharya bagi para yogi sebagai tercata dalam Agnipuranam merupakan perbuatan menahan diri daripada kegiatan berhubungan jenis seperti berkhayal, memuliakan hubungan jenis atau sesiapa sahaja dengan tarikan memberahikan, jelingan berahi, bercakap lucah, cuba memecahkan sumpah dan berhubungan jenis dengan sebarang benda pun.   

Pengamal yoga yang sudah berkahwin pun mesti menahan diri dari melakukan hubungan jenis dengan tidak berkesedaran dan membahayakan. Amalan yoga diamalkan semasa berhubungan jenis dan ia berbeza dengan melepaskan nafsu serakah secara mementingkan diri dengan pasangan. Mesti mengamalkan kebajikan dan sedar akan hak orang lain.

Sains moden kini baru sahaja memahami bahawa kod hubungan jenis yang secara organik dibantu oleh perubahan kimia saraf dalam otak petapa tegar (mengurangkan dopamine dan meningkatkan oxytocin) mendorong kepada ketenangan diri yang umum dan kestabilan mental. Ia bukan semata-mata oleh kuasa keinginan sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan