Sabtu, 1 Disember 2012

Aliran Saiwa Kashmir


Dalam kebanyakan falsafah agama Hindu, aliran Saiwa Kashmir ini merupakan cabang aliran Saiwa yang mengandungi Trika dan penyebutan falsafah Prayabhignya. Ia dikelaskan oleh pelbagai cendekiawan sebagai jenis falsafah Mayavada dan idealisme.

Penting sekali untuk membezakan aliran Saiwa Kashmir dengan falsafah Advaita Vedanta ajaran Guru Adhi Sankara kerana kedua-kedua falsafah kesatuan ini memberi keutamaan kepada kesedaran sejagat atau chit atau brahman. Dalam aliran Saiwa Kashmir, semua benda itu merupakan jelmaan kepada kesedaran. Maksudnya, dunia kejadian atau sakti itu hakikat dan wujud dan ia selalu sahaja berada dalam kesedaran atau chit. Dibandingkan dengan Advaita Vedanta, Brahman bagi aliran itu tidak giat atau niskiriya dan dunia kejadian ini hanya lah maya. Matlamat aliran ini adalah untuk bersatu dengan Sang Sambu Maheswara atau Kesedaran Jagat atau menyedari jati diri Sang Sambu yang sudah pun wujud dalam dirinya, melalui hikmat, yoga dan berkat. Rabindranath Tagore menyebut bahawa aliran ini telah menembusi ke kedalaman pemikiran yang mana aliran-aliran hikmat manusia pelbagai itu bersatu dalam satu sintesis yang gemilang. 

Aliran Saiwa Kashmir muncul pada abad ke-8 atau abad ke-9 M di Kashmir dan banyak menimbulkan langkah yang menonjol dalam bidang falsafah dan keagamaan sehingga penutup abad ke-12 M. Aliran Saiwa Kashmir ini merupakan pelindung kepada agama yang berdasarkan kepada tafsiran mayavada yang tegas dari Bhairawa Tantra serta kategori cabangannya iaitu Kawla Tantra yang ditulis oleh Sang Kapalika. 

Hal ini berbeza dengan Avaita Vedanta yang berdasarkan kepada Upanishad, Brahma Sutram dan Bhagawadgitam. Ada juga tambahan wangsit Siwa Sutram kepada Wasugupta. Aliran ini mendakwa mendahului Saiwa Siddhanta yang merupakan tradisi duaan dengan cendekiawan semua menganggapnya sebagai aliran Tantra Saiwa yang biasa. Matlamat Saiwa Siddhanta daripada untuk menjadi makhluk yang mempunyai ciri Sang Sambu melalui berkatnya digantikan dengan menganggap diri sendiri sebagai Sang Sambu yang menurut aliran Mayavada Saiwa Kashmir sebagai keseluruhan alam semesta. Ahli agama bagi aliran ini yang pertamanya adalah Somananda, gurunya adalah Sri Utpaladewa yang salasilah perguruannya itu didapati dari Abhinawagupta yang merupakan guru kepada Ksemaraja.       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan