Sri Begawan Yamantaka ini popular lah dalam buku-buku mantera bahasa Cina. Aku malas hendak bubuh nama bahasa Cinanya sebab tulisan Cina membuang masa aku hendak menaip. Kalau tulis tangan sahaja aku tak kisah. Sang Yamantaka atau Begawan Yamantaka ini merupaka ishta dewata dalam aliran-aliran ajaran Buddha belahan Mahayana. Dalam dunia Melayu, ia sudah tidak dikenali walaupun pernah berfungsi dalam masyarakat beragama bangsa Melayu sebab orang Melayu dah menganut Islam dan dikaitkan dengan agama Islam walaupun bukan bangsa Arab atau pun Timur Tengah.
Ia digambarkan sebagai jelmaan Manjushri yang cengil. Manjushri ini adalah makhluk dicerahi mewakili kebijaksanaan dan hikmah. Dalam konteks fungsinya yang lain, ia berfungsi sebagai dharmapala atau pun pelindung dharmma. Dalam pemahaman penganut Buddha, semua makhluk dicerai atau para Buddha mampu "menghapuskan kematian" kerana mereka menghentikan pusingan jelmaan semula atau sengsara.
Yamantaka mewakili matlamat pengamal aliran Mahayana dalam perjalanan mereka menuju pencerahan atau pun kesedaran diri. Mereka menggunapakai amalan begawan Yamantaka iaitu amalan menghapuskan kematian. Nama lainnya pula ialah Sri Vajrabhairava yang mewakili Buddhadhammakaya atau Jasad Pencerahan. Sri Begawan Yamantaka atau Sri Vajrabhairava ini adalah pancaran tertinggi makhluk dicerahi Manjushri. Selain itu ia juga dikenali sebagai Vajradhara atau Pemegang Halilintar kerana ia memegang vajrasamaya iaitu ikrar halilintar bagi melaksanakan tindakan Buddha atau Yang Dicerahi.
Persoalan tentang bagaimana Yamantaka mengakhiri kematian itu bergantung kepada istilah kematian itu sendiri. Tapi satu cara kebolehan ini dikenalpasti adalah melalui kegiatan pencerahan dari kebijaksanaan. Minda yang bijaksana mampu untuk memerhatikan kematian sebagai sesuatu yang tidak mempunyai sifat dalaman, kewujudan yang konkrit: pemahaman kita tentang kematian itu muncul hanya dari pemahaman dunia. Apabila kita mencapai kesedaran yang sama dengan Yamantaka, yang merupakan salah seorang makhluk dicerahi, makanya kita sudah pun menakluki kematian.
Ada tiga jenis kematian yang terdapat dalam Yamantaka Tantra:
1. Mati luaran iaitu pengakhiran kehidupan dunia biasa yang dilatari oleh Sang Yama yang tinggal di selatan, tujuh petala bawah bumi.
2. Kematian dalaman iaitu kejahilan tentang hakikat sifat sebenar ketidakduaan. Cengkaman sifat pancaindera dan kejijikan terhadap matabenda "sebenar" secara bertumpu dan bawah benda itu timbul dari kejahilan ini.
3. Kematian rahasia iaitu rupa duaan pada tahap terhalus dalam minda cahaya ringan dan jasad khayalan.
Dengan amalan Yamantaka, seseorang itu akan mampu mengatasi kematian-kematian ini dan mencapai keabadian sebagai seorang yang Dicerahi atau Buddha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan