Ahad, 13 Januari 2013

Sri Virabrahmendra Swami

 

Manusia merupakan makhluk tertinggi dalam segala penciptaan Sang Pencipta. Dia selalu berusaha untuk mencapai alam rohani tertinggi, dan matlamat terakhirnya adalah untuk menyedari tentang Nya dan menerima keselamatan atau Mukti.

Benua India merupakan kawasan purba yang luas dan besar dengan sempadan-sempadan alam semulajadinya banjaran Himalaya dan lautan. Ia merupakan bumi kepada orang alim, resi, peramal masa hadapan, para pertapa yogi, para mahatma, avadhuta, parivrajakacharya dan paramahamsa

Sri Madvirat Pothuluru Virabrahmmendra Swami pun merupakan salah seorang peramal masa hadapan terkenal. Beliau berasal dari Kandimallayapalle di daerah Kadapa di wilayah Andhra Pradesh. Beliau dilahirkan dalam keluarga orang alim. Bapanya Paripurnayya Acharya manakala ibunya, Prakrutha Ambha. Lahirnya dalam abad ke-17 masehi di pertapaan Atrimunnih di tebing sungai Saraswati di Uttar Pradesh semasa ibu dan bapanya berpulang ke kampung dari dharmayatram di Varanasi.

Semasa kecil, beliau dibela di Papaghni Pitham dalam negeri Mysore di Karnataka pada umur awalnya. Beliau tinggal di situ sehingga berusia 12 tahun dan kemudian merantau ke pelbagai tempat dalam benua India selepas upacara Upanayann Samskaram memakai benang suci.   

Dalam perantauannya, beliau melawat ke pelbagai tempat suci dan kuil lalu menjalankan tapasya di Hariharapuram. Kemudian beliau ke Banaganapalle di daerah Kurnul di Andra Pradesh. Di situ, beliau mula menulis pustaka Kalagnanam yang bermaksud Pengetahuan tentang Zaman. Dalam pustaka tersebut terkandung ramalan dan ajaran-ajaran kerohanian semasa beliau mengembala lembu di rumah di Garimireddi Akshamma. Beliau tinggal di situ 20 tahun lamanya.  

Beliau kemudian meninggalkan Banaganapalle dan sampai ke Kandimallayapalle di Kadapa. Di sana, beliau bekerja sebagai tukang kayu, sebagai murtikarah, dan pemotong batu bagi menampung kehidupan. Beliau berkahwin dengan wanita alim bernama Govinda Ambha, anak perempuan Kotayyacharyulu dari Peddakomarla.

Semasa tinggal di Kandimallyapalle, beliau memilih seorang Muslim, Siddhyya dan seorang Harijan, bernama Kakkayya sebagai anak muridnya menerima pengetahuan tanpa mengira jati, agama, jantina, wilayah dan kepercayaan. Di samping itu, beliau mengajar kitab suci Hindu kepada pemerintah Muslim pada zaman pemerintahan dinasti Nawab dan memujuk mereka supaya menghormati agama lain.

Tertulis dalam pustaka Kalagnanam bahawa beliau dalam tubuh manusiawi sehingga sempurna tapasya nya di Hariharapuram dan mula memasuki tubuh astra selepas itu. Swami menjalankan banyak keajaiban semasa beliau melawat pelbagai tempat di India Selatan. Tempat dilawatinya seperti Shrisailam, Tirupatti, Virupaksham, Pushpagiri, Shri Rangam dan lain-lain. Beliau menyebarkan pengetahuan rohaniah lantas membuka jalan baru dari jalan-jalan lama bagi keturunan akan datang.      

Beliau mencapai Sejiwa Semadhi iaitu semadi pada masa hidup dengan memasuki kubur hidup-hidup pada penghujung abad ke-17 masehi. Beliau hidup sebagai pertapa selama 90 tahun di matham di kampung Kandimallyapalle di Kadapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan