Selasa, 15 Januari 2013

Pengenalan Chakra


Dalam sesetengah tradisi agama Hindu dan juga kepercayaan lain, ada sebutan mengenai pranna atau kuasa kehidupan atau tenaga penting. Chakra terletak di titik-titik penting pada tubuh manusia contohnya di urat saraf jantung, sistem saluran darah dan saraf. Ada banyak jenis sastera menyebut tentang chakra. Chakra membawa maksud roda atau pun pusingan. Konsep ini ada dalam tradisi tantra dan yogi dalam ajaran agama orang Hindu dan penganut ajaran Buddha. 

Dalam pemandangan semula sejarah Tantra oleh Bhattacharya, beliau menyebut bahawa chakra boleh membawa pelbagai makna menurut sumber-sumber tulisan Sanskrit:

1. Bulatan yang digunakan dalam pelbagai makna yang membawa maksud pusingan tak pernah berakhir sakti.

2. Satu bulatan manusia. Dalam upacara ada chakra sadhana berbeza yang mana pengikutnya itu berkumpul dalam bulatan bagi menjalankan upacara. Menurut kepada Niruttaratantra, chakra dalam hal ini merujuk kepada perkumpulan dalam lima jenis. 

3. Istilah chakra digunakan bagi menandakan jantra atau pun rajah kerohanian yang dikenali sebagai trikonachakram, ashtakonachakram dan lain-lain. 

4. Pelbagai jenis urat saraf dalam tubuh.

Dalam sastera penganut Buddha, chakra digunakan bagi merujuk kepada konsep putaran kelahiran semula yang mengandungi enam tahap kelahiran sesuatu makhluk itu dijelmakan semula. Bahasa Yunani menyebut chakra sebagai kuklos.

Sementara saluran pernafasan atau nadi dari amalan yogi sudah dibincangkan dalam pustaka Upanishad, sampailah kepada abad ke-8 masehi apabila penganut Buddha dari cabang Hewajra Tantra dan Charyagiti memperkenal tahap-tahap dalam sistem chakra. 

Ciri-Ciri

Ajaran-ajaran dari para guru mempersembah bilangan chakra yang berbeza-beza. Juga, bahagian-bahagian tubuh yang berbeza dianggap sebagai chakra. David Gordon menekankan:

"Pada hakikatnya, tiada sistem piawai bagi chakra. Setiap aliran, kadang-kadang setiap guru dalam aliran itu mempunyai sistem chakra mereka tersendiri".

Ciri-ciri berikut adalah sama sahaja dalam mana-mana aliran:

- Chakra membentuk bahagian tubuh, bersama dengan saluran pernafasan atau nadi dan juga angin atau vayu.

- Terletak sepanjang saluran tengah iaitu sushumna atau avadhuti.

- Dua bahagian saluran merentasi saluran utama pada kedudukan chakra-chakra itu.

- Ia mengandungi sejumlah kelopak atau cabang roda.

- Umumnya dikaitkan dengan Bijakshara Mantra dan selalu juga dikaitkan dengan dewata-dewata dan pelbagai warna cahaya dalam alam.

Chakra dalam Tantra Hindu

David Gordon White menjejaki populariti moden sistem chakra Hindu yang tujuh itu dari tulisan Arthur Avalon berjudul Kuasa Naga, yang merupakan terjemahan dari karya lewat Satchakranirupana. Yang sebetulnya, ada beberapa model dan sistem yang terdapat dalam sastera tantra seperti tercatat dalam dokumen White. Kundalini salah satunya adalah ciri dalam sistem chakra.

Chakra dalam Tantra Buddha

Ia amat penting dalam cabang aliran Buddha Vajrayana di India dan Tibet. Ia memainkan peranan penting dalam tahap penyempurnaan amalan iaitu apabila cubaan dibuat bagi membawa angin halus dari tubuh ke saluran pertengahan, bagi menyedari cahaya nikmat yang terang dan kekosongan seterusnya mencapai pencerahan.  

Sistem chakra dalam aliran Vajrayana menyatakan bahawa avadhuti atau saluran tengah bermula pada titik mata ketiga, melengkong ke atas sehingga ke mahkota kepala dan seterusnya lurus ke bawa tubuh. Ada dua saluran sampingan iaitu rasana dan lalana yang bermula pada lubang hidung dan turun sampai ke bawah tubuh. Apana Vayu mentadbir penamat bawah pada ketiga-tiga saluran ini. Pengujung akhir dan tengah saluran ini berada di dubur. Pengujung lalana pula berada di saluran pundi kencing. Rasana pengakhirannya di saluran yang mengeluarkan air mani.

Saluran sampingan pula selari dengan saluran tengah kecuali pada kedudukan seperti di pusat, jantung, tekak dan mahkota apabila kedua-dua saluran sampingan itu bersimpul sekeliling pada saluran tengah. Pada pusat, tekak dan mahkota, terdapat satu simpulan dua lipatan disebabkan oleh kedua-dua saluran itu bersimpul sekali sekeliling pada saluran tengah. Pada chakra jantung ada simpulan enam, tiap-tiap saluran sampingan berputar padanya tiga kali. Bahagian penting pada tahap kesempurnaan amalan melibatkan peleraian simpulan dan meluruskan simpulan-simpulan.  

Dalam chakra-chakra ada pula titisan-titisan halus. Titisan putih wujud pada mahkota, titisan merah pada pusat, dan pada hati ada titisan merah dan putih yang tak boleh dihapuskan. Titisan merah putih akan meninggalkan tubuh pada waktu kematian seseorang.

Tambahan pula, chakra-chakra ada sejumlah kelopak, yang kemudian terpecah pula kepada ribuan saluran kecil yang mengalir ke setiap bahagian tubuh yang setiap satunya mengandungi satu aksara Sanskrit. Dengan menumpukan kepada chakra tertentu iaitu semasa menahan nafas, angin halus akan masuk ke saluran tengah. Chakra di mana angin tersebut masuk adalah penting bertujuan untuk berada dalam kesedaran semasa amalan tertentu. Contoh, menumpukan kepada bahagian bawah pusat penting semasa amalan tummo atau menghidupkan api dalaman. Bertapa dengan chakra jantung pula penting bagi menyedari cahaya terang. Bertapa dengan chakra tekak penting untuk mimpi yang cerah dan amalan yoga dalam mimpi. Bertapa dengan chakra mahkota pula penting untuk sinaran kesedaran, sama ada ke dunia lain atau ke jasad lain.

Kesan kepada ketidakseimbangan tenaga antara chakra adalah perasaan tak puas hati berterusan. Apabila chakra jantung meletus, orang ramai akan hilang hubungan dengan perasaan dan sentuhan, ia kemudian menghasilkan rasa tak puas hati. Ia membawa kepada pencarian di luar bagi memenuhi ketidakpuashatian. Apabila orang tinggal di luar kepala hotaknya, perasaan-perasaan menjadi yang kedua. Ia merupakan tafsiran rupa pemikiran yang diberi balik kepada orang itu. Apabila kesedaran ditumpukan pada ingatan pengalaman masa lampau dan penuturan ingatan pemikiran, tenaga mengalir ke chakra kepala pun meningkat dan tenaga ke chakra jantung pula kurang. Tanpa pemupukan perasaan hati, bentuk halus kegelisahan timbul yang menyebabkan diri kita keluar bagi mencari pengalaman.

Apabila chakra tekak diamankan, dan tenaga disebarkan merata-rata antara chakra kepala dan jantung, seseorang itu mampu untuk benar-benar berhubung dengan deria dan menyentuh perasaan sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan