Bagaimana Resi Menerima Veda?
Hal ini berasal dari persoalan tentang bagaimana para resi mendapat kitab veda sedangkan Tuhan itu tidak dapat didengari ataupun ghaib?
Jawapan bagi persoalan ini, serupa juga yang dirasai sebagai sejenis ilham apabila seseorang itu hendak berbuat sesuatu yang berbaloi dalam kehidupannya. Walaupun tiada siapa pun menyuruhnya atau mengarahkannya berbuat begitu, tapi dia terasa hendak melakukannya juga.
Begitu juga halnya dengan anak kecil yang cuba hendak berjalan walaupun jatuh-jatuh dan sakit berteriak akibat kesan terjatuh. Dengan cara ini lah Neta Ji merasai hendak lari dari rumah pasung dan merancang untuk menyerang British.
Hal yang sama juga dengan pencipta-pencipta hebat serta penemuan mereka itu. Mereka mendapatnya menerusi ilham. Pekerja sosial dan juga pembaharu juga menerima ilham. Hakikatnya juga, setiap daripada kita ini juga menerima ilham. Ia adalah suara dalaman. Begini lah caranya Tuhan berhubung dengan makhluk atau yang tercipta. Para resi telah menyempurnakan seni berhubung ini dengan Tuhan sehingga ke tahap mereka menerima pengetahuan jelas dan murni jika dibandingkan dengan bayangan kabur-kabur yang kita selalu alami.
Bagaimana Dengan Bukan Resi? Adakah Mereka Berhubung Dengan Tuhan?
Buah fikiran anda nampak seperti seseorang itu menghidap penyakit Skizofrenia. Skizofrenia merupakan sejenis masalah mental yang disebabkan oleh keleraian jalinan pemikiran dan juga maklumbalas perasaan. Biasanya, kelihatan sebagai halusinasi pendengaran, paranoid, khayalan-khayalan pelik atau pun ketidakmampuan bekerja. Asal-usul simptom selalunya terjadi pada waktu awal zaman muda dengan kadar di dunia sebanyak 0.3-0.7 peratus. Diagnosis berdasarkan kepada pemerhatian tebiat perilaku dan pengalaman terakam para pesakit. Soalannya, jika para resi boleh berhubung, bagaimana dengan yang lain? Apa tujuannya firman Tuhan itu tak didengari atau dilihat apabila para resi boleh berhubung?
Jawapan untuk yang ini, pertama sekali ingin dinyatakan bahawa Skizofrenia tidak relevan sama sekali dengan hal ini. Kelihatan sekali pengkajian penyoal itu tentang penyakit adalah terlalu cetek. Boleh kah pekerja sosial, penentang yang merupakan pembaharu, orang-orang mulia dan lain-lain dicap sebagai pesakit Skizofrenia?! Pentakrifan yang diberikan juga melawan sebarang kemungkinan bahawa para resi itu adalah pesakit Skizofrenia. Walau bagaimanapun, cara penyoal membawa masuk perkara-perkara yang tak relevan dengan perbincangan ini yang berkemungkinan menyebabkan anda termasuk dalam kategori berisiko mengalami peleraian jalinan pemikiran, khayalan pelik, pemikiran atau pengucapan tak teratur, kabur dalam kemasyarakatan dan lain-lain...
Yang lain pun boleh berhubung dengan-Nya, jika mereka mengawal secukupnya pemikiran mereka. Anda pun boleh menjadi seorang Einstein sekiranya anda menggunakan otot-otot otak anda sesesuai dengan keadaan. Tuhan itu tak didengari atau dilihat bermaksud Dia ghaib dari pendengaran dan penglihatan pancaindera kita yang kasar ini. Tuhan boleh dilihat dan didengari menerusi hati nurani.
Jika anda dapat lihat para resi dengan pemahaman, bahawa mereka adalah utusan yang dihantar ke planet bumi, maka anda tak akan pergi jauh dari pemahaman bahawa tubuh pengetahuan veda ada menyebut tentang menyedari hakikat kebenaran yang tak berubah dan Satu. Memandangkan anda sudah membawa masuk isu Skizofrenia ke dalam hal ini, saya pasti anda menyedari tentang tahap-tahap kesedaran...
1. Fizikal pengesan yang mencerminkan alam benda, rasa dan pandangan.
2. Perasaan dan fantasmik iaitu tahap seksual dan emosi yang menjadi tempat bagi naluri dan libido.
3. Minda yang mewakili iaitu tahap pemikiran ego-centrik, khayalan, lambang dan konsep.
4. Minda cerminan rasmi iaitu tahap mengimbas, pemikiran abstrak, dan merenung.
5. Pandangan logik iaitu tahap sintesis dan jalinan.
Tahap-tahap yang lebih tinggi pula...
6. Psikik
7. Halus iaitu pada tahap jiwa
8. Penyebab iaitu pada tahap roh
9. Ketidakduaan
Sila lihat pula kepada Ken Wilber mengenai perkara yang digariskan di atas berdasarkan kepada Perkembangan Kognitif Piaget. Sekarang, marilah bukak Upanishad. Tattiriya Upanishad menyebut tentang lima bilah kewujudan atau makhluk...
1. Annamaya kosa iaitu tubuh kasar.
2. Prannamaya kosa iaitu tubuh hidup penting.
3. Manomaya kosa iaitu pemikiran.
4. Vignamaya kosa iaitu kebijaksanaan.
5. Anandamaya kosa iaitu nikmat.
Tahap terakhir atau nikmat itu boleh dicapai hanya dengan semua keduaan itu hilang dan tahap kenaikan dalam kesedaran dicapai menerusi pengorbanan "rasa" atau "pemikiran" mengenai kepentingan diri. Inilah yang disebut oleh kitab-kitab veda. Contohnya dalam Rigveda, Pustaka pertama ayat 170 Seloka CLXX (1-5).
Dalam Rigveda, ada lima seloka yang mengandungi perbualan penting antara Betara Indera dengan Maharesi Agastiya yang mencerminkan kepentingan merentangi jalan perubahan kesedaran, yang nampaknya menjadi syarat-syarat kepada pemahaman kepada sifat sebenar Hakikat Mutlak yang Maha Tinggi atau Tuhan. Ayat-ayat itu memberikan contoh tentang bagaimana Maharesi Agastiya menerusi kuasa merintang dari pemikiran yang memecah masuk menerusi batas-batas pemikirannya, mencapai alam ketuhanan tanpa berkembang sebagai makhluk berfungsi penuh dalam semua tahap kesedarannya.
Kesungguhan untuk mengalami Tuhan kemudian bertambah baik lagi apabila Maharesi Agastiya dan pancainderanya menolak untuk tunduk kepada batu loncatan yang merujuk kepada Betara Indera dalam usahanya mencari Tuhan. Pada tahap ini, Maharesi Agastiya ditolak balik oleh Betara Indera yang tidak membenarkannya naik ke alam kahiyangan. Betara Indera berkata bahawa yang melepasi tempoh waktu dan ruangan iaitu Tuhan tidak boleh diketahui oleh mereka yang dibatasi masa dan ruangan seperti Maharesi Agastiya dan makhluk tidak abadi seperti kita semua.
Betara Indera terus menerangkan lagi bahawa hanya melalui pencakupan maju yang menutup segala kesedaran kepentingan diri melalui kegiatan ketuhanan sahaja yang boleh membawa makhluk itu ke arah kebenaran abadi. Maharesi Agastiya barulah sedar akan kejahilannya, lantas tunduk kepada Betara Indera dan melaksanakan perkara yang disebutkan melalui Betara Indera. Ikuti perbualan Maharesi Agastiya dengan Betara Indera....
Perbualan Maharesi dengan Betara Indera
Perbualan Maharesi dengan Betara Indera
Betara Indera: Bukanlah kini bukanlah esok, barangsiapa itu mengetahui yang mana Yang Tertinggi yang mana Yang Menakjubkan? Ia ada pergerakan dan perbuatan dalam kesedaran yang lain, namun apabila cuba didekati dengan pemikiran, Ia menghilang.
Resi Agastiya: Kenapakah engkau menghentam kami, wahai Betara Indera? Para Marut itu saudara-saudara mu. Sebelum mereka mencapai kesempurnaan, mohonlah kau jangan menyembelih kami dalam usaha kami.
Betara Indera: Kenapa, wahai saudaraku, Agastiya, sahabat ku, berfikir begitu tentang aku? Kerana aku mengetahui yang engkau tidak rela memberikan pemikiran mu kepada ku. Suruhlah mereka sediakan para dan nyalakanlah Sang Agni di depan. Di situlah bangunnya kesedaran ke arah Keabadian. Biar kedua-dua kita ini memanjangkan dengan segera bagi mu pengorbanan mu.
Resi Agastiya: Wahai Betara, yang menguasai unsur segala unsur bagi makhluk, kau lah tuan bagi segala sakti! Wahai tuan kepada cinta tertinggi bagi cinta sakti, kau lah yang terkuat bagi memegang kedudukan itu! Maka perbuatlah engkau wahai Betara Indera, sama dengan para Marut, lalu menikmati semahan dengan cara yang diarahkan oleh Yang Benar.
Inilah caranya para maharesi berkongsi pengalaman mereka menerima ilham dalam kitab-kitab veda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan