Raja Iśanawarman berjaya menyerap masuk rantau-rantau kerajaan Brahmana purwa iaitu kerajaan Funan. Kejadian itu tercatat dalam Pustaka Itihasa Wangsa Tang yang dikumpulkan Ouyang Siu (1007-1072) serta Song Chi (998-1061) pada 1060.
Tanggal terawal diketahui tentang pemerintahan Iśanawarman kemungkinannya tak begitu lama selepas penghantaran rajaduta pertamanya ke istana wangsa Sui di China pada 616-617. Raja ini juga dikenali menerusi prasastinya sendiri yang satunya dipasak di Isanapuram bertanggal 13 September 627 M (K. 604) dan satu lagi di Khău Nôy di dalam Thailand kini bertanggal 7 Mei 637 M (K. 506). Selepas beliau turun singgahsana sekitar 637 M, prasasti menceterakan pula mengenai Bhawawarman II. Tanggal yang ada untuk baginda dalam prasasti ada dalam prasasti Ta Kieu (K. 79) bertanggal 5 Januari 644 M dan di Poñā Hòr di selatan Ta Kieu (K. 21) bertanggal Wara Budha 25 Mac 655.
Raja kemudiannya bernama raja Candrawarman yang namanya dicatit dalam prasasti K. 1142. Tak diketahui latarbelakangnya dan dikatakan terbit dari keluarga Isanawarman jua. Anakanda baginda merupakan raja terkenal Jayawarman I yang pasasti terawalnya itu ada di Tûol Kôk Práḥ bhumipada Prei Wêṅ (K. 493) dan di Bàsêt, bhumipada Bằttaṃbaṅ (K. 447). Keduanya itu bertanggal 14 Jun 657. Setengah daripada 19 atau 20 prasasti dari samaya pemerintahan beliau ditemui di kawasan memanjang dari Wat Phu'u di utara sehingga ke Teluk Siam di selatan. Menurut Pustaka Wangsa Tang, kerajaan Chenla menjajahi rajiya desam pelbagai di Barat Laut Kemboja selepas berakhirnya samaya pemerintahan Yong Hui (selepas 31 Jan 656) yang membayar bunga pahar ke China. Pemerintahan Jayawarman I berlangsung selama 30 tahun dan berpenutup selepas 690. Nampak bahawa selepas kemangkatan Jayawarman I terjadilah kekacauan dalam samrajiyam kerana kerajaan besar tak terkawal. Kerajaan pun berpecah-pecah kembali pada permulaan satawarsa ke-8 M.
Rantau Angkor diperintah oleh puteri baginda, Ratu Jayadewi yang membuat catitan pada prasasti Baray Baratnya (K. 904) bertanggal Wara Budha, 5 April 713 menyatakan bahawa "masa tidak baik" terjadi. Catitan wangsa Tang menyebut bahawa pada samaya Sen Long selepas 6 Feb 707, negara Chenla terbahagi dua pula. Ia terbahagi kepada Chenla Darat. Catitan Cina juga menyebutnya sebagai Bundan atau Walau. Bahagian satu lagi pula dipanggil Chenla Air yang kacau bilau seperti sebelum ia disatukan dalam pemerintahan raja-raja Brahmana Funan dan raja-raja awal Chenla Darat.
Raja-raja seperti baginda Śrutavarman dan Śreṣṭhavarman atau Puṣkarakṣa hanya disahkan kemudiannya dalam prasasti Angkor. Pensejarahan mereka masih kabur dan meragukan. Yang diketahui mengenai Chenla Darat itu adalah ia pernah menghantar rajaduta ke China pada 717. Rajaduta lain pula dihantar ke China pada 750 tapi kemungkinannya oleh Chenla Air. Menurut kepada Babad China, anakanda raja Bundan dihantar menjadi rajaduta di China pada 753 dan menyertai tentera China semasa peperangan China cuba menjajah kerajaan Nanchao (orang Tai-Kadai) dalam tahun 754.
Selepas rajaduta Bundan dalam tahun 771, datang pula duta bernama Bhumi ke istana diraja China dan pada 13 Dis 771, dia menerima gelar kebesaran Pembuka Istana yang menerima kehormatan bagi tiga pegawai kerajaan di China. Pada 799, rombongan dari Bundan atau Chenla Darat dipanggil Leitaukap dalam bahasa Cina pun menerima gelaran istana China. Pemerintah di Śambhupuram disaksikan dalam catitan prasasti tahun 803-804 dengan susunan seorang raja bergelar Indraloga dengan tiga phra rajini bernama Nĕrpatendradewi, Jayendrabha dan Jiyestharya.
Prasasti lain mencatit pula bahawa ada dua Jayawarman yang memerintah Chenla. Menurut prasasti K. 103 bertanggal 20 Apr 770 dikatakan Jayawarman yang pertama datang dari Práḥ Thãt Práḥ di selatan Kompoṅ Čàṃ. Jayawarman yang kedua menurut prasasti K. 134 tahun 781 dikatakan datang dari Lobŏ’k Srót dalam kejiranan Kračèḥ berdekatan Śambhupuram. G. Coedes memanggilnya sebagai Jayawarman Ibis, tapi kemungkinannya Jayawarman yang kedua itu merujuk kepada Jayawarman II yang menemukan kerajaan Angkor seperti yang disebut Vickery, "Bukan sahaja Jayawarman II datang dari selatan, tapi lebih daripada raja lain lagi, baginda mempunyai hubungan rapat dengan Wiyadhapuram. Tempat ini dicatit dalam satu-satunya prasasti pra-Angkor, K.109 10 Feb tahun 655, tapi dalam teks samaya Angkor ke-16, ia dikatakan pada 1069 (K. 499 dari Pàlhàl tanggal Wara Aditya 3 Mei 1069)... Kedua-dua prasasti ini, K. 425/968 dan K. 449/1069 menyatakan bahawa raja Jayawarman II ada memindahkan penduduk dari Wiyadhapuram ke Bằttaṃbaṅ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan