Rabu, 7 Ogos 2013

Brahmapuram

Om Swastiastu


Dalam kepahaman agama orang Hindu, Brahmapuram ini merupakan sorga Brahma yang merupakan salah satu daripada tiga ciri Brahman Agung. Ia terletak di Gunung Meru. Adakalanya, kita merujuknya sebagai Brahmalogam atau Satyalogam menurut bahasa Purana. Brahmapuram ini letaknya di atas sekali dalam jagat raya kebendaan ini.

Dalam purana semua, dan juga dalam Atharwaweda pun, dijelaskanlah bahawa ada 14 loka semuanya. Dengan tujuh yang atasnya dipanggil wiyaherti manakala tujuh yang bawahnya dipanggil petala

Wiyaherti
  • Bhuu
  • Bhuwa
  • Swar
  • Maha
  • Jana
  • Tapa
  • Satya
Petala
  • Atala
  • Witala
  • Sutala
  • Rasatala
  • Talatala
  • Mahatala
  • Petala
  • Neraka
Dalam setiap pralayam atau kehancuran alam tersebut dalam Siwa Purana bahawa, 10 loka atau alam itu akan dihancurkan sementara empat baki yang teratas sekali seperti satyaloga, tapaloga, janaloga dan maharloga kekal tidak hancur. Dalam tiap-tiap mahapralayam pula, semua 14 loka atau alam ini akan dihancur leburkan terus!

Chandogya Upanishad (8:1:1) menyebut bahawa dalam Brahmapuram itu ada "kediaman, dengan bunga teratai kecil yang dalamnya ada satu ruang kecil disebut antaraksa. Yang dalam ruangan itulah patut dicari dan patut difahami oleh seseorang".  Seterusnya pula ada Hiranyapuram (Kota Emas) dan Siddhapuram (Pulau Puteh).

Abhinawagupta dari aliran Trika Saiwa memperkenal 36 Tattwa yang memasukkan sekali tujuh loga menurut pandangan semesta orang Hindu. Trimurti menurut beliau adalah Iswara Tattwa dan merupakan Paramasiwa yang wujud di lapangan tinggi di atas Parasakti. Swami Paramabrahma justeru itu setara dengan Sadasiwa dan Satyaloga itu setara dengan Sadasiwa Tattwa.

Brahmaloga, Waikuntaloga (Wisnu), dan Siwaloga itu dilihat sebagai sama dan sama-sama membentuk loga tertinggi daripada 14 loga itu semua. Satyaloga itu di atas sekali dan boleh dilihat sebagai lapangan rendah bagi Para Brahman

Sang Narayana juga dihormati sebagai Para Brahman dan makanya menyerapi semua 14 loga dan seluruh Bramhanda atau Jagat Raya yang termasuklah tenaga yang dijelmakan seperti bintang-bintang, planet, galaksi, lohong hitam dan lain-lain yang anggarannya adalah 25% daripada Jagat serta yang tak dijelmakan kerana ghaib yang kira-kira 75% daripada jagat. Betara Wisnu yang dikatakan menghuni Waikunta itu adalah rupa yang terbatas bagi Narayana yang tak terbatas rupanya, tiada terperangkap dalam masa.  

Dalam ajaran Buddha, Brahmaloga ini merupakan alam dewata (malaikat) tertinggi yang didiami oleh para Brahma. Ia mengandungi 20 sorga semuanya dengan sembilan Brahmaloga biasa, lima Suddhawasa, empat dunia tak berupa, Asannasatta dan Wepphalam (VibhA. 521).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan