Sabtu, 24 Ogos 2013

Lagenda Ayudha Puja

Ada dua lagenda berkenaan tercetusnya perayaan Nawaratri atau Dasara di India Utara...

 
Lagenda Pertama

Lagenda terkenal sekali ada diamalkan secara perlambangan oleh raja-raja pemerintah Mysore, yang dikesan datang dari lagenda sejarah. Diperkatakan bahawa pada hari Wijayadasami, sang Arjuna yang ketiga dari Pandawa berlima itu mendapatkan kembali senjata perangnya dari lubang di pokok Sami. Mereka memasukkan senjata mereka dalam lubang tersebut semasa dipaksa hidup dalam buangan.

Selepas selesai tempoh 13 tahun dalam buangan termasuk setahun Agiyatawas, mereka pergi mendapatkan senjata mereka yang disembunyikan di batang pokok itu sebelum masuk perang dengan Kaurawa. Sang Arjuna berjaya lah dalam perang Kuruksetram. Para Pandawa kembali ke negara mereka pada Wijayadsami dan sejaka itu ia dijadikan hari penanda bertuah bagi memulakan usaha baru. Di sebelah negeri Karnataka, Ayudha Puja dijalankan sehari awal oleh orang awam sebelum perayaan Wijayadasami sebetulnya. 

Lagenda Kedua

Lagenda ini berkaitan dengan upacara sebelum masuk perang melibatkan pengorbanan manusia sebagai sebahagian daripada ayudha puja. Ia ada dalam perayaan Dussehara yang bermula selepas musim hujan dan dijalankan sebelum kempen ketenteraan. Amalan yang ini sudah tak terkenal lagi dalam kalangan orang Hindu tapi bukan bermaksud tak ada orang yang mengamalkannya.

Kini, pengorbanan tak melibatkan penggal kepala manusia lagi. Sebaliknya banyak binatang ternakan seperti kerbau atau kambing digunakan dalam pengorbanan. Amalan-amalan lampau ada diceterakan dalam kekawin Mahabharata berbahasa Tamil. Dalam upacara ini yang pernah terkenal di negara Tamil, ia dipanggil sebagai kalapalli atau korban kepada padang perang yang melibatkan manusia dikorbankan sebelum dan selepas perang.      

Tersebutlah bahawa Duryodhana yang mengepalai Kaurawa dinasehati oleh tukang tilik, si Sahadewa bahawa masa untuk menyemahkan kalapalli adalah pada amawasya iaitu pada hari bulan baru. Ia terjadi sehari sebelum mulanya perang Kuruksetram dan si Arawan anakanda Arjuna menyetujui dirinya dijadikan sebagai mangsa korban sebelum pecah perang. Begawan Kresna yang menyebelahi para Pandawa dapat menghidu masalah lalu merangka rencana bagi memujuk si Arawan menjadi utusan bagi kedua-dua Pandawa dan Kaurawa.  Begawan Kresna mencadangkan si Yuddhistira yang sulung sekali dalam Pandawa supaya mengorbankan si Arawan kepada dewi Kali sebagai sebahagian daripada upacara ayudha puja. Pengorbanan ini ditutup dengan dewi Kali sebenarnya memberi karunia jaya dalam perang kepada para Pandawa. 

Amalan adat Draupadi ini pernah dijalankan di utara negeri Karnataka di India. Manusia pernah dikorbankan sehari selepas Dasara atas para batu di luar pura Kali.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan