Sabtu, 24 Ogos 2013

Nawaratri: Ayudha Puja

Om Swastiastu!


Ayudha puja atau astra puja ini merupakan bahagian yang sedia terjalin dalam perayaan Nawaratri yang dirayakan di seluruh India dan oleh orang Hindu merata-rata. Ayudha puja ini merupakan pemujaan alat kegunaan yang digunakan oleh seseorang Hindu itu.  

Pemujaan umum dijalankan pada hari kesanga Nawami puja bulan mengambang putaran 15 hari sekitar bulan Aswin (September-Oktober). Ia juga merupakan bahagian penting dalam perayaan Dasara di India Utara yang bahasa umumnya kita panggil Durga Puja atau Golu.

Pada hari kesanga perayaan Dasara, senjata dan alatan segala akan dipuja. Di Karnataka, perayaan merayakan jayanya dewi Camundeswari membunuh Mahesasura pun ada. Selepas menyembelih raja asura kerbau itu, senjata akan didedahkan bagi pemujaan. Sementara itu, perayaan Nawaratri ini dirayakan jua di sebelah Selatan India dan dirayakan secara meluas sebagai ayudha puja. Cara pemujaan senjata itu menurut adat setempat lah.

Dewi Sakti mewakili penerima ayudha puja ini adalah dewi Saraswati, dewi Laksmi dan dewi Parwati. Kaum karyawan, kaum pedanda, kaum pelajar dan sebagainya akan memuja senjata mereka iaitu pustaka, komputer, alatan belajar dan lain-lain yang berkaitan melalui dewi Saraswati yang menjadi sakti kepada benda-benda itu. Dewi Laksmi dipuja oleh kaum petani, kaum pedagang, dan lain-lain. Dewi Parwati dipuja oleh kaum kesatria, tentera, raja-raja, senapati, pahlawan, panglima perang dan lain-lain sebagai sakti kepada alatan seperti keris, parang, pisau, panah, busar dan pada samaya moden ini boleh jadi juga senapang atau pistol. 

Pemujaan ini merupakan adat istiadat Hindu yang bermakna dengan tumpuan utama diberikan kepada pekerjaan seorang Hindu itu serta alatan yang digunakan dalam kehidupannya. Ia menjadi lambang bahawa terdapatnya keksaktian diwiyam yang berada sebalik alatan tersebut yang menggerakkannya serta penghargaan diberi kepada kesaktian tersebut. Bukannya pada alatan itu.        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan