Ahad, 25 Ogos 2013

Nirwacanam Bangsa-Bangsa di India


Banyak cubaan diperbuat, terutamanya semasa benua India berada di dalam pemerintahan Raja British dan sejak itu juga bagi mengenalpasti kependudukan di India menurut kepada jenis pengajian bangsa. Selepas kemerdekaan India, bagi mencapai dasar negara India untuk menghapuskan jurang perbedaan antara masyarakat berdasarkan bangsa, maka banci negara India 1951 mengentikan pengenalpastian orang perseorangan itu menurut bangsa. Untuk yang ini, aku mengulas mengenai rupakara pentadbiran di negara aku yang masih meletakkan bangsa seseorang dalam borang-borang sama seperti yang dijalankan sejak berpuluh-puluh tahun merdeka dari British.

Banci Kebangsaan India selepas kemerdekaan tidak lagi mengenal sebarang bangsa atau suku kaum di India sebaliknya semua menjadi kebangsaan India. setengah sarjana yang mengkaji era pentadbiran British di India cuba mencari cara bagi mengenalpasti pelbagai suku kaum di India menurut kepada teori-teori bangsa yang terkenal di Eropah. Skema pengenalpastian bangsa pernah diperguna British dalam bancian mereka di India. Ia selalu lah juga bercampur aduk dengan pertimbangan tentang rupakara jati (kasta).

Bangsa-Bangsa Induk

Pengajian perkauman saintifik pada lewat kurun ke-19 M dan awal kurun ke-20 M membahagikan manusia itu kepada tiga jenis bangsa induk iaitu bangsa kaukasia (kulit puteh), mongol (kulit kuning) dan negrito (kulit hitam) menurut kepada pandangan semesta mereka sendiri.

Kependudukan benua India walau bagaimanapun sangatlah bermasalah untuk dikenalpasti menurut skema pengajian perkauman ini. Mereka ini dianggap sebagai gabungan "bangsa Drawidia", boleh jadi juga dikumpulkan dengan perkumpulan bangsa Australasia dengan campuran bangsa Arya yang dikenalpasti sebagai bangsa kecil bawah bangsa besar kulit puteh. Namun ada juga setengah sarjana akademik menyatakan bahawa ada campuran bangsa Mongol juga di India. Maka bagi tujuan pengajian perkauman santifik ini, tampak bahawa ada campuran yang rumit dari semua jenis bangsa utama ini.  

Edgar Thurston mengenalpasti manusa "Homo Drawida" itu mempunyai persamaan yang lebih dengan orang asli Australia berbanding dengan Indo-Arya. Sebagai bukti, beliau mengemukakan penggunaan boomerang oleh pahlawan Kallar dan Marawar serta kecekapan memanjat pokok dalam kalangan suku kaum Annamalai, Kadir dan Dayak di Borneo sana.

Namun status "negrito" untuk orang Drawidia masihlah kabur-kabur. Pada 1898, pengkaji suku kaum Friedrich Ratzel membuat ulasan tentang "ciri-ciri bangsa Mongol" pada orang Drawidia yang menimbulkan pula hipotesis bahawa orang Drawidia itu berhubungan rapat dengan penduduk Tibet di Himalaya. Beliau menambah bahawa orang Tibet pada akhirnya diperkira sebagai bangsa Mongol

Pada 1899, makalah berjudul "Sains" merumuskan penemuan Ratzel berkenaan India dengan, "India bagi penulis [Sejarah Bangsa Manusia, Ratzel], satu rantau yang bangsa-bangsa di dalamnya terpecah-pecah seperti serbuk tepung lalu diuli-uli oleh penakluknya. Tanpa syak lagi, orang negrito pra-Drawidia sampai dulu, rendah-rendah ketot sahaja serta berupa ganas, walaupun pada masa yang sama, di India kesan kepada keadaan ekonomi dan sosial yang teruk. Orang Drawidia menggantikan orang negrito, dan mungkin juga pencerobohan orang Melayu, tapi pertalian dengan Australia dinafikan terus. Kemudian, tiba pula orang Arya dan Mongol, lalu membentuk rupa India kini menerusi penaklukan dan percampuran".

Pada 1900, pakar pertumbuhan bangsa manusia Joseph Deniker berkata, "Bangsa Drawidia ini berhubung dengan kedua-dua rantau Indonesia dan Australia... Bangsa Drawidia, atau kini disebut juga orang India Selatan, terkenal dalam kalangan orang India Selatan yang bercakap bahasa-bahasa Drawidia, dan juga dalam kalangan orang Kol dan lain-lain bangsa di India... Orang Weddha... yang berdekatan dengan jenis Drawidia, yang lebihnya itu menembusi kependudukan di India, sampai ke lembangan tengah sungai Gangga".   

Deniker mengumpulkan bangsa Drawidia sebagai bangsa cawangan bawah kelompok manusia dengan rambut kerinting beralun dan berkulit gelap yang diletakkan sebaris dengan orang Ethiopia dan orang asli Australia. Deniker turut menyebut bahawa, "Bangsa India mempunyai perwakilan yang tipikal dalam kalangan orang Afghanistan juga, dalam kalangan Rajaputra, kelompok bangsa Brahmana dan dalam kebanyakan rantau India Utara namun ia sudah melalui perubahan kesan daripada dilintasi genetik Assyria, Drawidia, Turki, Mongol, Arab dan lain-lain ciri". Teori Deniker ini ditolak oleh pakar pertumbuhan bangsa manusia moden. 

Menurut Carleton S. Coon dalam bukunya Bangsa-Bangsa Eropah 1939, beliau mengelaskan orang Drawidia sebagai bangsa kaukasia disebabkan oleh struktur tengkorak mereka itu adalah struktur orang kaukasia dan lain-lain bentuk fizikal mereka seperti mata, hidung dan rambut pun bentuk Eropah.

Teori Bangsa Pertahanan Diri

Teori ini adalah ideologi British yang berdasarkan tanggapan bahawa setengah orang akan lebih bersikap cenderung untuk berlawanan dengan kependudukan yang umum atau orang lain. British membahagikan seluruh spektrum kumpulan suku kaum India kepada dua jenis iaitu bangsa pertahanan diri dan bangsa yang tidak mempertahan. Jenis bangsa ini selalunya berani dan memang mempunyai ciri untuk berperang. Bangsa yang tak mempunyai ciri ini dipercayai oleh British sebagai tak sesuai untuk masuk perang sebab gaya hidup mereka yang lengai, lemah gemalai, lembap dan lemah.  

Persoalan sama ada sesuatu bangsa itu setia atau tak setia tak dapat didebatkan dengan hakikat ringkas sebab didapati bahawa banyak juga bangsa yang disebut sebagai "setia" itu sebenarnya ada terlibat dalam pemberontakan melawan British. Pemberontakan India 1857 turut memainkan peranan dalam pengukuhan teori bangsa ini dalam pentadbiran British. Ketika pemberontakan ini, setengah tentera India, utamanya di Bengal memberontak, tapi bangsa yang setia seperti "Dogra, Gurkha, Garhwali, Dewar, Sikh, Jat dan Pakhtun" tak ikut campur dalam pemberontakan serta berperang bagi pihak angkatan British.

Sarjana moden berpendapat bahawa teori ini dipropagandakan bagi menjana penyertaan dalam angkatan tentera British, di samping mengurangkan penyertaan bangsa India yang dicap "tak setia" yang berpihak dengan angkatan pemberontak semasa perang. Ini mungkin berdasarkan hakikat bahawa angkatan pemberontak itu pernah membantu British dalam menakluki negeri Punjab tak berapa lama dulu. Maka, pada masa kini mereka yang ditakluki itu dicap pula sebagai "setia" bila. Mereka menyebelahi British. Agaknya seperti habis madu, sepah dibuang. 

Bangsa India Moden

Kebanyakan pakar kaji pertumbuhan manusia moden mengelaskan orang India sebagai ahli dalam satu daripada empat suku bangsa utama. Kadang-kadang akan bertindan juga disebabkan oleh proses kahwin campur. Bangsa utama itu adalah kaukasia, mongol, dan negrito.

Jenis manusia bermuka mongol dengan ciri-ciri bangsa mongol selalunya terdapat di rantau timur laut India dan di kebanyakan kawasan, mereka bercakap dalam bahasa Tibeto-Burman atau jenis-jenis bahasa macam bahasa orang Myanmar dan Tibet. Jenis manusia negrito pula banyak di gugusan kepulauan Andaman sebelah tenggara India. Bahasa mereka dikenali dalam kelompok bahasa-bahasa Andaman dan Ongan serta merupakan bahasa terasing dan tak diketahui jenisnya. 

Jenis manusia austroasia seperti jenis suku kaum di Kemboja, di Myanmar, di Malaysia, di China Barat Daya dengan satu bahasa berkaitan sahaja dituturkan oleh suku kaum Adiwasi. Suku kaum Adiwasi boleh jadi jenis Australasia atau pun jenis bangsa Mongol. Menurut kepada kajian terbitan 2009 oleh Reich et al., kependudukan India moden ini adalah berdasarkan gabungan dua kependudukan lampau yang bercampur aduk pada samaya purwa sekitar 1,200-3,500 SM. Dikenali sebagai Nenek Moyang India Utara (ANI) dan Nenek Moyang India Selatan (ASI). 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan