Khamis, 22 Ogos 2013

Upakarma

Om Swastiastu!


Om yagnopawitham paramam pawitram. Prajapatheryat sahjam purastath. Ayusham agryam pratimuncha shubram. Yagnopawitam balamasthu tejah!

Tanggal 20hb Ogos 2013 telah berlaku peristiwa keagamaan kita, iaitu Upakarma. Bahasa Tamil kita sebutnya sebagai Awani Awittam dan dalam bahasa Kalingga disebut Gamha Purnima. Upacara ini merupakan upacara waidika atau menurut kepada sastera weda suci yang masih diamalkan orang Hindu Ortodoks moden. Upacara ini turut dijalankan dalam masyarakat Arya Waisya yang ada jua menjalankan Sandhyawandanam harian. 

Upakarma ini dijalankan sekali setahun mengikut penanggalan Hindu dalam bulan Srawana pada Nakcatra Dhanistha. Wangsa Brahmana akan menukar benang upanayana dengan diikuti upacara Srauta dan membuat semahan Sraddha kepada resi-resi yang dipercayai menyusun mantra weda.

Hari ini turut dipanggil sebagai Srawana Purnima atau Terang Bulan Srawana. Di sebelah Kerala pula, ia akan menandakan permulaan perayaan Onam. Hari berikutnya pula, bertembung dengan perayaan Raksa Bandhan di Utara dan Tengah benua India. Masa itu akan dibaca japa Gayatri Mantra 1008 banyaknya.

Brahmana pemegang Samaweda tidaklah menjalani upacara upakarma ini dan langsung tak menukar benang suci mereka pada bulan ini. Mereka sebaliknya menukarnya pada Bhadrapada Tritiya, iaitu hari ketiga dalam bulan Bhadrapada pada Hastaa Nakcatra. Brahmana pemegang Sukla Yajurweda dari India Utara dan Odisa di Kalingga pula menjalani upacara upakarma pada hari sebelum bermula Srawana Purnima jika bulan terang itu berterusan dua hari.    

Ada sambungan lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan