Isnin, 2 September 2013

Betara Indera: Terbitnya Baginda

Om Swastiastu


Penelitian daripada ciri-ciri kedewataan Betara Indera ini didapati jua pada dewata orang Eropah lain. Contohnya sama ada pada dewa Thor, dewa Perun dan dewa Zeus. Atau dewata minuman memabukkan seperti Dionysos

Nama Indera dengan sebutan Indara juga ada disebut dalam kalangan dewata orang Mittani yang bertutur dalam bahasa Hurrian. Mereka ini pernah memerintah utara Syria pada sekitar 1500-1300 SM.

Janda (1988:221) mengutarakan teori bahawa dewa Eropah Tua atau orang Yunani yang mendahului tercetusnya Betara Indera itu mempunyai nama lain iaitu Trigowelumos yang bererti Penghentak Penutup. Writra atau Wala dan Diyesnutyos atau Penguasa Jeram yang membebaskan sungai-sungai. Yang ini berselari dengan Apam Ajas Waidika yang bererti Pengacau Air yang mencetuskan jua dewata Yunani seperti Triptolemos dan Dionysos.

Betara Indera menurut Weda itu selari pula dengan dewa Werethragna yang tersebut dalam pustaka suci orang Zoroastria Parsi. Kata nama Werethragna itu selari dengan bahasa Sanskerta Weda iaitu Wertrahan. Kata nama ini terkenal merupakan nama lain Betara Indera.

Kata Wertra atau Werethra bererti "penghalang". Makanya, erti kepada Wertrahan atau bahasa Parsinya Werethragna itu adalah pemecah halangan. Nama Writra tiada pula tersebut dlam pustaka suci orang Parsi seperti Awestan. Karenanya nama Indera itu muncul dalam sastera suci Parsi sebagai nama setan yang melawan Kebenaran (Vd. 10.9; Dk. 9.3; Gbd. 27.6, 34.27) maka tradisi orang Parsi telah mengasingkan kedua-dua ciri Indera. Yang selari dengan Betara Indera di rantau orang Yunani adalah dewa Zeus

Agama purwa orang Yunani mahupun orang Parsi sebenarnya tak bernama pun. Nama Zoroaster bagi nama agama orang Parsi itu merujuk kepada salah satu tokoh suci agama mereka yang dianggap sebagai juruselamat dan Guru Agung mereka. Agama Yunani pun tidak diketahui apa namanya. Sedang orang Yunani yang pernah memecah masuk ke benua India purwa sendiri pun ada yang menganut ajaran Buddha atau diserap ke aliran agama bangsa Brahmana. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan