Sabtu, 19 Oktober 2013

Brahmana Kashmir: Agama Budaya

Penjaga Pura Hindu di Kashmir yang beragama Islam

Sebenarnya, seluruh penduduk beragama Hindu di rantau Kashmir berjati Brahmana Saraswat. Nama pengenalan luar mereka adalah Pendita. Nama dalaman mereka adalah Bhatta. Umumnya mereka ini adalah pengikut Betara Siwa. Dewi negeri mereka adalah dewi Khir Bhawani. Air mata air Khir Bhawani di mulut Lembah Sindh di Kashmir dianggap sebagai antara tempat tersuci bagi mereka. Pemujaan Saiwa di Kashmir dikenali sebagai cawangan Saiwa Kashmir. Kepercayaan utama mereka, bahawasaya "jiwa perseorangan itu satu jua dengan Jiwa Jagat, dan setiap orang itu mestilah mengalaminya sendiri bagi mencarinya untuk diri mereka". Nyanyian lagu merupakan sebahagian daripada upacara keagamaan bagi mereka. Langgam nyanyian mereka digelar sebagai Wanwun.

Pakaian

Rekod awal dan bukti carigali purwa seperti arca tanah liat tak ada rekod mengenai pakaian orang-orang ini. Hari ini pakaian tradisional mereka adalah serban, taranga dan pheran. Rekod-rekod menunjukkan pemakaian pakaian mereka ini pelbagai sekali termasuklah memakai baju dua lapis dari kulit, kain panjang diperbuat dari benang kapas dan pakaian terbuat dari daun ganja, kapas, linen dan pelbagai jenis sutera. Banyak bahan pada pakaian mereka itu sebenarnya menggambarkan bahawa cuaca tempat berdiam mereka sebenarnya sejuk.

Catitan Ksemendra dari kurun ke-11 M menjelaskan banyak bahan itu ciri tepatnya tidak diketahui. Tapi jelas bahawa baju luas mereka dipanggil Kanchuka dipakai berlengan panjang oleh lelaki manakala wanita memakai yang berlengan separuh. Topi pun dipakai, termasuk sejenis serban dirujuk sebagai Sirah Sata. Kasut mereka terbuat dari kulit juga dan panjang sampai ke betis, dipakai dengan sarung kaki. Setengah bahan itu lebih rumit, contohnya seperti Mayuro Panah atau kasut merak yang dipakai orang yang hendak bergaya dan juga kasut bertapak besi dihiasai dengan hiasan bungaan dan tumbuhan, disapukan dalamnya dengan lilin lebah.

Banyak rujukan menuyebut pemakaian barang kemas oleh lelaki dan perempuan Kashmir. Wanita tak memakai dejihor di telinga seperti dipakai wanita Hindu yang berkahwin hari ini. Kaw berandaian bahawa ketika itu alatan ini tak wujud lagi. Banyak rujukan menyebut penggunaan alat solek bagi lelaki dan juga perempuan. Perempuan biasanya mengikat sanggul yang cantik-cantik. Lelaki pun sama, mereka mungkin memakai mengikut gaya dan juga menyisipkan bunga di rambut mereka jika mereka mampu berbuat demikian dari segi kewangan untuk membeli barang-barang bergaya.

Untuk tempoh 900 tahun lalu, Pheran, Dejhor dan Topi Tarang diperkenal kepada masyarakat Brahmana Kashmir dan ia kekal menjadi bahan penting dalam pakaian tradisional orang Brahmana Kashmir.

Tapak Dharmmayattram

Gunung Harmukha dari dulu-dulu lagi ditabik oleh Brahmana Kashmir dan dalam 2009 pernah ada cubaan menghidupkan semula tradisi dharmayatra ke situ.

Dewigraha Mata Khir Bhawani di Srinagar, dianggap sebagai salah satu tapak tersuci penganut agama Hindu. Penganut agama Hindu bangsa Brahmana Kashmir pernah berkunjung beramai-ramai ke situ sekitar 2012. Dewigraha bertempat di Kampung Tullamulla, 24 km dari Srinagar dalam bhumipada Ganderbala. Setengah tapak suci lain termasuklah di Pura Surya Martanda di Mattan, Dewigraha Mahakali di tebing sungai Witasta di Srinagar dan paling utama, Gua Amarnatha yang selalu diadakan Srawan Purnima di situ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan