Ahad, 20 Oktober 2013

Takdir dan Kebebasan

Om Swastiastu


Teka-teki berkaitan takdir, nasib dan kebebasan memilih nasib sendiri ini diselesaikan oleh Mpu Sri Chandrasekhara Bharati Mahaswami melalui perbualannya dengan seorang anak murid.... Ikuti kisah perbualan beliau dengan anak murid tersebut buat renungan kita bersama....

Guru: Aku harap engkau meneruskan pelajaran mu dalam Wedanta seperti biasa.

Murid: Walaupun bukan selalu, aku memang ada belajar pada waktu-waktu nya. 

Guru: Dalam tempoh pembelajaran mu itu pastinya pelbagai keraguan timbul bukan?

Murid: Ya benar, tuan! Satu keraguan asyik timbul dalam pikiran ku. 

Guru: Apa kah ia?

Murid: Ia adalah masalah pertelingkahan abadi antara ketentuan nasib dengan kebebasan memilih. Apakah sempadan keduanya dan bagaimana pertelingkahan ini dapat dielakkan, wahai tuan yang mulia?

Guru: Jika dipaparkan dengan cara kamu perlakukan itu, masalah akan menyekat walaupun pemikir agung sekalipun.

Murid: Apa salahnya dengan paparanku itu wahai tuan? Aku hanya menyatakan permasalahn dan tak menerangkanpun bagaimana aku dapati yang ia itu sukar buat aku.

Guru: Kesukaran engkau itu muncul dalam pernyataan masalah kau sendiri.

Murid: Bagaimana, tuan?

Guru: Pertelingkahan itu timbul hanya jika ada dua benda saja. Tak akan ada pertelingkahan jika hanya ada satu benda sahaja.
Murid: Tapi, ada dua benda pula iaitu nasib dan kebebasan memilih.

Guru: Benar. Persangkaan kau ini lah yang bertanggungjawab terhadap masalah engkau.

Murid: Tapi ini bukan persangkaan aku langsung. Bagaimana aku boleh tidak menghiraukan hakikat bahawa dua benda wujud sebagai punca bebas, sama ada aku mengakui kewujudannya atau pun tidak?

Guru: Di sini engkau salah lagi....

Murid: Bagaimana itu, tuan?

Guru: Sebagai penganut Sanatana Dharma, engkau mesti tahu bahawa nasib dan takdir itu tak lain dan tak tak berkaitan langsung dengan diri engkau. Tapi, pada hanya perkiraan seluruhnya dari karma lampau engkau sahaja. Tuhan cuma mengagihkan buah tindakan engkau, takdir, mewakili buah-buah tersebut, bukannya ciptaan-Nya sebaliknya ciptaan engkau sendiri. Kebebasan memilih itu adalah apa yang kau jalankan bila engkau menjalankan karma engkau kini.

Murid: Namun, aku masih tak nampak bagaimana kedua-dua perkara ini adalah dua benda yang berbeda.

Guru: Tengoklah begini. Takdir itu karma lampau; kebebasan memilih itu karma kau kini. Kedua-duanya itu memang satu, iaitu karma, walaupun mungkin berbeda disebabkan oleh masa. Tak akan ada sebarang pertelingkahan pun jika kedua-duanya itu sebenarnya benda yang sama.

Murid: Tapi, perbedaan dalam langkau masa itu satu perbedaan yang besar yang kita tak mungkin terlepas pandang.

Guru: Aku tidak mau engkau terlebih melihatnya. Tapi cukup sahaja engkau mengkajinya dengan mendalam sedikit. Masa kini berada di depan engkau dan menerusi perlaksanaan kebebasan memilih, kau boleh cuba membentuknya. Masa lampau sudahlah lepas dan makanya sudah melampaui pandangan kau. Jadi kita sebutnya sebagai adrishta atau pun yang ghaib.

Kau tidak boleh cuba mencari kekuatan perkaitan antara kedua benda ini kecuali jika kedua-dua ini belum sampai kepada engkau. Tapi, menurut nirwacana kau itu, kebebasan memilih iaitu karma kini, sahaja sudah berada depan engkau dan takdir, karma lampau, itu ghaib.Walaupun jika engkau lihat dua orang bergusti di depan engkau, kau tak boleh menentukan juga kekuatan mereka masing-masing mana yang lebih kuat. Kerana, seorang itu mungkin berkelebihan pada beratnya, manakala seorang lagi itu kerana ketangkasannya; seorang lagi itu disebabkan otot-ototnya dan seorang lagi disebabkan oleh kekuatan cengkamannya; seorang lagi berkelebihan kerana latihannya dan seorang lagi kerana tenang dalam menilai gerak laku lawan serta seterusnya.

Kita boleh terus membina hujah demi hujah bagi merumuskan bahawa peninju tertentu akan menjadi pemenang. Namun, pengalaman menunjukkan bahawa setiap daripada kelayakan ini akan gagal pada bila-bila masa sahaja atau mungkin disaksikan sebagai ketidaklayakan.

Satunya cara yang amali mendapatkan kekuatan terkait mereka itu adalah dengan menyebabkan mereka bertinju. Sementara ini adalah begitu, bagaimana engkau jangka untuk mendapatkan penyelesaian bagi masalah nilai terkait nasib dan juga kebebasan memilih nasib sedangkan yang sebelumnya itu menurut cirinya adalah sesuatu yang ghaib?!

Murid: Tak ada kah cara bagi menyelesaikan masalah ini?

Guru: Ada, cara nya begini. Para peninju mestilah bertarung dengan sesama sendiri dan membuktikan siapa yang paling kuat.

Murid: Dalam erti kata lainnya, masalah dari pertelingkahan ini akan selesai hanya pada penghujung pertelingkahan itu sendiri? Tapi pada masa itu, masalah sudah tidak bermakna lagi?

Guru: Bukan sahaja begitu. Ia akan terus pupus.

Murid: Yang itu adalah sebelum bermulanya pertelingkahan. Masalah ini langsung tak dapat diselesaikan. Dan, selepas selesai pertelingkahan pula, langsung tak ada keperluan lagi bagi mencari penyelesaian.

Guru: Begitulah nampaknya. Dalam kedua-dua kejadian pun, sebenarnya tak bermakna pun untuk mengkaji kekuatan berkait nasib dan juga kebebasan memilih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan