Selasa, 22 Oktober 2013

Kencana Bumi: Kerajaan Thaton

Swasti Srih!


Kerajaan Suwarnabumi yang beribukota di Thaton dalam Myanmar moden ini merupakan sebuah kerajaan yang diperintah bangsa Mon atau Ramanna. Dipercayai wujud di Myanmar Bawah sekurang-kurangnya sekitar kurun ke-9 M sampai ke tengahan kurun ke-11 M.

Kerajaan ini merupakan ibu kota yang berpusat di negeri Thaton. Ia berhubung terus dengan Selatan India dan juga Sri Lanka. Pernah menjadi pusat pengajian ajaran Buddha aliran Therawada di rantau ini. Seperti negara orang Ramanna lain, mereka mengahadapi masalah didesak oleh empayar orang Kemboja dari Timur. Di samping itu, mereka menghadapi masalah ditekan kerajaan orang Burma iaitu kerajaan Pagan, dari utara. Kerajaan ini ditakluki oleh orang Burma pada sekitar 1057.

Tradisi Ramanna menyebut, bahawa kerajaan ini adalah bahagian Suwarnabhumi. Ia juga adalah pengenalan yang dituntut oleh bahagian Selatan Thailand di sebelah Segenting Kra. Dikatakan ia dibangunkan sejak samaya Buddha iaitu kurun ke-6 SM. Nama lain kerajaan ini adalah Sadhuim yang terbit dari Sudharmapura. Sudharma Pura ertinya Balai Berbincang Dewa.

Itihasa

Menurut tradisi orang Ramanna, kerajaan Thaton diasaskan sejak samaya Buddha lagi. Diperintah ia oleh wangsa 59 raja. Tradisi turut menyebut bahawa ada satu kumpulan pelarian politik yang membangunkan kota di Pegu pada 573 M. Namun kerajaan bersejarah itu kemungkinannya tampak wujud sekitar kurun ke-9 M, berikutan kemasukan orang Ramanna dari Utara Thailand moden ke Myanmar Bawah samaya kini.

G.E. Harvey dalam Sejarah Burma, memetik Shwemawdaw Thamaing, menyatakan tahun dibangunkan kota Pegu itu sekitar 825 M. Namun sampai kini tanggal tahun itu masih belum disahkan. Sebutan awal mengenai Pegu pun cuma pada 1266 dalam bahasa Burma Lama. Cetera tradisi Burma dan Ramanna yang dibentuk semula menyatakan bahawa Thaton dilanggar oleh kerajaan Pagan dari Burma Atas pada 1057 M. Raja Anudradha, yang ditahbiskan sebagai penganut ajaran Buddha aliran Therawada oleh bhikkhu Ramanna, Mpu Shin Arahant dilaporkan pernah menghantar duta meminta pustaka suci ajaran Buddha aliran Therawada kepada raja Manuha di negara Thaton.

Raja Manuha enggan menghantar pustaka suci. Alasan ini kemudian dipakai oleh raja Anuradha untuk menyerang dan menakluki negara Ramanna itu. Kesusasteraan dan tradisi agama mereka itu kemudian dipakai menjadi acuan ketamadunan negara Pagan awal. Menurut babad juga, raja Manuha terpaksa turun singgahsana selepas kota baginda diserang tiga bulan lamanya oleh tentera Pagan iaitu pada tanggal ke-11 Nayon Purnima 419 bersamaan 17 Mei 1057. Antara 1050-1085, dilaporkan bahawa karyawan Ramanna ada membantu membina 2000 tugu di Pagan, yang sisanya hari ini mungkin menjadi saingan Angkor Wat di Kemboja sana. Tulisan Ramanna dianggap sebagai punca terbitnya tulisan bahasa Burma. Dengan bukti awalnya bertanggal tahun 1058 M, setahun selepas penaklukan negara kota Thaton.

Namun, setengah kajian moden mendebatkan bahawa pengaruh Ramanna di dalaman negara Pagan selepas penaklukan Anuradha nampaknya dibesar-besarkan sahaja selepas samaya Pagan. Rantau Burma Bawah pun kurang kebebasan disebabkan oleh perluasan kuasa negara kota Pagan. Kemungkinan samaya itu, terjadi proses delta yang berkeladak dan bersambung sampai ke garisan pantai kira-kira tiga batu menyebabkan penempatan penduduk menjadi padat. Maka penduduk terpaksa pindah masuk ke pedalaman sedikit. Tak kisahlah sama ada keadaan pantai itu bagaimana sekali pun, semua sarjana setuju bahawa menjelang kurun ke-11 M, negara Pagan mula mencengkam rantau Burma Bawah dan penaklukannya itu menyebabkan berkembangnya pertukaran budaya. Jika bukan dengan orang Ramanna tempatan, maka mungkin terus dengan benua India dan juga dengan kubu kuat ajaran Buddha Therawada di Sri Lanka. Dari suduk politik rantau pula, penaklukan raja Anuradha menyekat kemajuan empayar Angkor dari Kemboja ke sebelah Barat di sepanjang pantai Tanah Seri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan