Selasa, 22 Oktober 2013

Kerajaan Tamralingam

Swasti Srih!


Kerajaan ini sebenarnya berkaitan juga dengan kerajaan Sriwijaya tapi aku tak dapat temui pertalian kerabat dirajanya dengan yang di Sumatera sana jadi aku asingkannya sahaja jangan dipusingkan kepala.  Biar ia jadi satu kerajaan purwa sahaja. 

Kerajaan ini merupakan kerajaan purwa yang sudah wujud semenjak kurun ke-3 M lagi. Ia bertempat di Semenanjung Utara Tanah Melayu. Sekitar kurun ke-7 M itu ia pernah jatuh ke pengaruh mandala Sriwijaya sampai kurun ke-12 M juga. Jadi sebab itu, aku menyebutnya berkaitan jua dengan Sriwijaya. Nama negara ini dilupakan orang sampailah kepada rajanya yang terkenal dalam kurun ke-12 M bergelar Sri Dharma Raja. Catitan awal tentangnya sangat-sangat sedikit. Yang ditemui pun banyak dari kurun ke-7 sampai ke-14 M sahaja. Tamralinga ini mulanya menghantar jua ufti ke maharaja empayar China wangsa T'ang sekitar 616. Tamralingam itu merujuk kepada Siwalingam yang diperbuat dari tembaga merah. 

Menjelang kurun ke-12 M, ia mula membebaskan dirinya daripada cengkaman mandala Sriwijaya. Sriwijaya mula menjadi lemah ketika itu utamanya akibat diserang empayar negara Tamil dari India sana. Negara Tamralingam ini mencapai sinarnya sekitar kurun ke-13 M dan awal kurun ke-14 M tatkala ia menjajah banyak kawasan Semenanjung Tanah Melayu sambil bekerjasama dengan kerajaan Sukhothai dan seterusnya kerajaan Sri Ayutthaya. Menjelang kurun ke-14 M yang pengujung itu baru negara ini dicatit sebagai Negara Sri Dharmaraja dalam babad Siam.

Rujukan

Rujukan ini ada dalam babad-babad Cina dari wangsa T'ang sekitar 618-907 M sampai ke wangsa Ming 1368-1644 M. Mereka menghantar ufti pada 640, 648, 818, 860 dan 873. Ramai sarjana menyamakan rujukan P'oling dengan M'aling dan Danm'aling yang merupakan salah satu negara yang menyertai Sriwijaya di tengah bahagian Tanah Melayu atau Selatan Thailand kini. Begitu juga, P'oling ini boleh juaa disamakan dengan rujukan Chawakan atau Cawaka dalam prasasti Tamil dan Tamralingarath dalam punca-punca Hindu sendiri. 

Kegemilangan

Menurut prasasti bil. 24 ditemui di Biara Huowiang di Chaiya dekat dengan Nakorn Sri Tammarat kini, pemerintah Tamralinga ketika tahun 1230 bernama Sri Dharmaraja Chandrabhanu, raja dari Padmawamsa. Baginda memperbaiki Cetiya Phra Bramha Dhatu dan merayakan perayaan di cetiya itu dalam tahun itu jua.

Bawah pemerintahan raja ini, negara Tamralingam naik ke sinarnya sekitar tengahan kurun ke-13 M. Bahan dari Sri Lanka dan berbahasa Tamil menyebut, baginda ini raja Cawakan dari Tamralingam yang memukul Sri Lanka pada 1247. Tentera laut baginda menyerang tak berhenti selatan pulau Langka tapi dikalahkan jua orang raja Sri Lanka. Raja Chandrabhanu berjaya memasakkan pemerintahan di utara pulau itu di atas kerajaan Jaffna. Namun dalam 1258, baginda diserang dan ditawan oleh raja Jatawarman Sundara Pandiyan.

Raja Chandrabhanu terpaksa membayar cukai kepada raja Pandiyan menghantar permata dan gajah. Dalam 1262, baginda menyerang sekali selatan pulau Langka. Tentera beliau dibantu oleh tambahan tentera Tamil dan tentera Sinhala. Malang sekali raja Pandiyan berpihak dengan Sri Lanka jadi baginda kalah juga. Kakanda raja Pandiyan, Jatawarman Wira Pandiyan masuk campur dan menyebabkan raja Chandrabhanu terbunuh dalam pergelutan di padang perang.

Anakanda baginda, raja Sawakanmaindan mempusakai takhta kerajaan dan menyembah kepada raja Wira Pandiyan. Disebabkan itu baginda dilindungi oleh wangsa Pandiyan dari Tamilagam dan bertahan memerintah di Jaffna. Pemerintahan Padmawangsa di Jaffna ini kemudian hilang selepas kenaikan raja Marawarman Kulasekara Pandiyan I ke kemaharajaan. Pandiyawamsa memukul Sri Lanka lagi lewaat 1270-an. Baginda Marawarman melantik menteri baginda yang menjadi panglima perang, Kulasekara Cinkayariyan menjadi raja baru di Jaffna. Sekaligus memulakan wangsa Aryacakrawarti.

Penyebaran kuasa Tamralingam ini merupakan sejarah yang luar biasa dalam sejarah Asia Tenggara. Penaklukan raja Chandrabhanu di Sri Lanka dan pendudukan baginda atas kerajaan Jaffna menandakan bahawa kerajaan di Asia Tenggara berkemampuan untuk melancarkan serangan ke luar negara merentasi lautan dalam masa yang terdekat sahaja. Satu lagi, rantau Selatan Thailand umumnya memainkan peranan duan selepas Jawa, rantau Selat Melaka yang dikawal Sriwijaya sekitar kurun ketujoh sampai kelapan masehi, dan Melaka yang merupakan turunan Sriwijaya dalam kurun ke-13 M, Kemboja, Cheampa, Vietnam dan Burma. Tamralinga tiba-tiba muncul dalam pentas tengah dalam kurun ke-13 M itu sesungguhnya sangat mengejutkan.

Kejatuhan

Menjelang hujung kurun ke-14 M, Tamralingam diserap masuk ke pemerintahan kerajaan Malayu berpusat di Sumatera dengan sokongan Pulau Jawa. Pada 1365, kerajaan Majapahit dari Jawa mencatitkan Tamralingam sebagai sebahagian daripada Siam. Walaupun naik sinarnya sekitar kurun ke-13 M, namun kemudiannya ia jatuh jua menjadi jajahan Siam.

Pemulihan

Babad Ligor menyatakan bahawa kota itu dikubukan sekitar 1278 M. Prasasti Ramakhamheng 1283 menyenaraikan pula negara Tamralingam sebagai negara yang membayar cukai kepada negara Sukhothai. Namun, diketahui ramai bahawa Prasasti Ramkhamheng itu dibuat-buat sahaja, kemungkinan oleh "penemunya" raja Rama IV, raja Mongkut. 

Dalam Perundangan Perantauan maharaja Bramha Trailoganatha tanggal 1468, Tamralingam disenaraikan sebagai salah satu daripada Phraya Maha Nagar daripada delapan kota agung yang bernaung bawah Sri Ayutthaya atau Siam. Semasa pemerintahan maharaja Nareswara Worajadhiraja, Tamralingam menjadi negeri golongan atasan atau Muang Ek.

Selepas kejatuhan Sri Ayutthaya, Tamralingam bebaslah sebentar. Namun kemudian ia segera ditawan oleh raja Thaksin dalam usaha baginda menyatukan semula Siam! Pemulihan dicatatkan dalam pemerintahan raja Rameswara (1388-1395). Begitu juga dalam pemerintahan raja Narayana 1656-1688. Raja Narayana meminta sokongan jurutera Perancis M. de la Mare bagi memulihkan semula ibu kota negara Tamralingam.

Tembok kota sepanjang 456 m dari Timur ke Barat dan 2238 m dari Utara ke Selatan, merangkumi kwasan sejauh satu kilometer persegi. Tembok utara ada hanya satu gerbang bergelar Pratu Chai Nuea atau Pratu Chai Sak. Tembok selatan ada satu gerbang jua. Di tembok timur ada tiga gerbang, yang menghubungkan pekan dengan laut. Tembok timur ada lima gerbang. Hari ini gerbang utara masih ada, bersama dengan unjuran pendek tembok gerbang utara.

Menjelang kurun ke-19 M, putera Damrong Rajanubhab menjalankan pembaharuan Desabhibala semasa pemerintahan Raja Rama V. Tamralingam diserap terus masuk menjadi negeri dalam jajahan Siam. Mandala baru dicetuskan semula, dengan tujuan menjalankan pemantauan terhadap negeri jajahan. Ia diasaskan pada 1896. Merangkumi kawasan pantai timur Segenting Kra. Negeri yang dipantau mandala adalah Songkla, Tamralingam, dan Patthalung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan