Khamis, 6 Februari 2014

Sakyamuni Mantra

Svasti Srih!


 

Bacaan...

ॐ मुणी मुणी महामुणी शाक्यमुणी स्वहः

Pengertian....

Om pemikir pemikir... Pemikir Agung... Pemikir Puak Sakya... Tabik!

Pengertian Muni

Bhagavadgitam

Muni itu ertinya seorang pemikir. Baginda Buddha Gautama merupakan salah seorang muni atau pemikir yang berdiam diri merenung fenomena jiwa.  

Bagi penganut ajaran Buddha yang tak membaca Bhagavadgitam, maka yang diketahui itu pastilah dari yang selepasnya. Bhagavadgitam 2.56 menjelaskan bahawa muni itu adalah seorang yang boleh mengocak pemikirannya dengan pelbagai cara bagi spekulasi mental tanpa perlu sampai kepada kesimpulan hakikat.

Disebut bahawa setiap muni itu mempunyai sudut pandangan yang berbeda pula, dan kecuali seorang muni itu berbeda daripada muni lain, dia itu tak boleh digelarkan sebagai seorang muni dalam pengertian yang ketat menurut sabdavali. नासाव् ऋषिर् यस्य मतं न भिन्नम (Mahabharata Vana Parvam 313.117). Namun, seorang sthita-dhīr muni seperti yang disebut oleh begawan Kresna pula, berbeda daripada muni yang biasa-biasa. 

Sakyamuni

Sakyamuni itu ertinya pemikir dari puak Sakya. Merujuklah kepada baginda Siddhartha Gautama yang dicerahi. Sakyamuni ini tentunya merupakan tokoh yang dicerahi pertama sekali digambarkan. Terdapat seloka yang cantik sekali dari Sutta Nipata menyebut bahawa Pingiya berbicara mengenai bagaimana beliau itu tak pernah berenggang dari baginda Buddha. Beliau berkata bahawa tatkala beliau ingin melihat atau mendengar gurunya itu, walaupun beratus batu dari kediaman baginda Buddha tetaplah beliau boleh melihat dan mendengarnya.  

Baginda Siddhartha Gautama yang menerima pencerahan itu bukannya Tuhan!!! Baginda cumalah manusia biasa yang menerima divyacaksus yang tembus ke fitrah kewujudan. Pandangan tembus tersebut menghapuskan khayalan, kebencian dan keinginan, dan membolehkan baginda mencapai kebahagiaan sebenar, bebas dari sengsara. 

Gelaran baginda yang lain itu adalah:
  • Tathagata, yang datang dan yang pergi.
  • Sugata, yang pergi berjasa.
  • Begawan, yang dikaruniai.
  • Jina, penakluk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan