Pembahagian Jenis Yantra

Yantra-yantra selalunya digunakan untuk menangkis kesan-kesan buruk dari planet-planet. Selain itu, ia digunakan untuk meningkatkan kesan-kesan positif dari planet-planet yang seterusnya memberikan kesan-kesan baik dalam segala aspek kehidupan kita.

Yantra dan mantra kedua-duanya adalah bertalian kerana sesuatu yantra itu mewakili satu mantra yang khas pula. Yantra-yantra ini juga adalah perwakilan kepada dewa-dewa yang berlainan. Mengikut Ayurveda, terdapat hubungan yang jelas antara tangkal Veda dengan unsur-unsur Bumi, Air, Api, Udara dan Angkasa.

Menerusi sadhana dan pembacaan mantra-mantra khusus, unsur-unsur bahan ini boleh diseru untuk bergerak mengikut kehendak sadhaka. Tiada sebarang keajaiban pun kerana hal ini adalah satu bentuk ilmu sains purba yang sudah berkembang lama dan maju untuk menguasai unsur-unsur tertentu dalam alam sekitar.

Jenis-jenis yantra ini dibahagikan mengikut kriteria-kriteria asas yang tertentu. Pembahagiannya adalah seperti berikut:
Yantra yang bersifat fungsian sebenarnya mempunyai mantra-mantra yang selari dengannya. Pemegangnya boleh memilih untuk memakai yantra sebagai penangkal atau hanya membaca mantranya atau kedua-duanya sekali.