Pitra Loka

Ramai orang Hindu yang percaya bahawa pitri atau roh nenek moyang ini adalah roh kerabat mereka yang sudah meninggal dunia. Mereka pun menyediakan piṇḍa dan tarpaṇa untuk roh-roh ini namun pandangan ini sebenarnya adalah pandangan yang terlalu ringkas. 
Pitra Loka ini adalah konsep sorga dari pandangan veda-veda suci. Buah fikiran dari purāṇa pula adalah berbeza. Yamaraja menjadi pemimpin kepada segala pitri. Disebutkan bahawa terdapat seramai 60,000 orang pitri dan mereka ini berkedudukan seperti dewata.

Nenek moyang yang sudah meninggal dunia akan ke alam ini sekiranya mereka mempunyai dana pahala. Mereka akan menikmati pahala amalan mereka di alam ini. Selepas selesai tamat pahala amalan mereka, maka jiwa mereka ini akan tercampak semula di bumi lalu terjelma kembali dalam tubuh-tubuh kasar. Alam ini digelar sebagai Chandra Loka atau Bhuvarloka dalam pandangan veda suci sedangkan konsepnya di dalam purāṇa pula adalah berbeza. Oleh itu, jangan terkeliru mengenai kedua-dua pandangan ini.