Svargaloka

Svarga atau Svargaloka disebut dalam sebutan bahasa Melayu kita sebagai Sorga. Svarga ini terdiri daripada tujuh pula alam atas yang tidak terbuka kepada mata kasar manusia kita ini. Alam-alam itu bermula dari alam yang lapis di bawah sehingga alam lapis yang teratas sekali:
Svarga ini adalah satu rentetan alam yang terletak di atas Gunung Meru yang mana jiwa-jiwa yang baik dan berkebajikan itu berdiam sebelum mereka dijelmakan kembali. Setiap kali pralaya atau peleburan besar terjadi, tribuana yang kita sebutkan pada pengenalan iaitu bhuloka (bumi), bhuvar loka dan svarga loka akan terhancur. Di bawah alam-alam atas yang tujuh itu, terdapat pula tujuh alam rendah yang digelar sebagai patala atau petala dalam bahasa Melayu. Maksudnya itu adalah alam di bawah.

Pandangan Keseluruhan

Svarga ini dipandang sebagai tempat persinggahan bagi jiwa-jiwa yang berkebajikan dan menjalankan karma yang baik namun mereka ini belum lagi bersedia untuk mencapai mokṣa atau kenaikan ke Vaikunta, kediaman baginda Viṣṇu. Vaikunta dianggap sebagai Kediaman Agung berdasarkan kepada Ṛgveda 1.22.20 yang menyatakan bahawa:
ॐ तद विष्णोः परमम् पदम् सदा पश्यन्ति सूरयः
Maksudnya, "Segala sura (dewata) seraya mendongak memandang duli paduka baginda Batara Viṣṇu sebagai Kediaman Agung".

Ibu kota kepada Svarga adalah Amaravati dan gerbangnya itu dikawal oleh Sang Airavata. Svarga diperintah oleh Batara Indra, raja bagi segala dewata.

Rujukan
  • Śiva Purāṇa dalam bahasa Sanskrit
  • Garuḍa Purāṇa dalam bahasa Sanskrit
  • Sanskrit Theosophical Term, September 1940 (online)