Kepercayaan terhadap alam ghaib itu wujud dalam agama-agama orang Hindu. Konsep-konsep alam akhirat dalam bahasa Melayu seperti syurga (sorga), neraka (naraka), dosa (doṣa) dan pahala (phāla) semuanya diserap dari bahasa Sanskrit kesan dari pengaruh kebudayaan Brāhmaṇa dari Jambūdvipa.
Dalam kepercayaan orang Hindu, terdapatlah istilah yang disebut dalam bahasa Melayu kita sebagai Tribuana atau Tribhuvan dalam bahasa Sanskrit. Ia membawa maksud tiga rantau alam kewujudan. Berikut adalah alam-alam yang boleh diperhatikan oleh kita sebagai rujukan:
Setiap jiwa yang sudah meninggalkan raganya pasti akan menuju ke
alam-alam yang lain. Baik atau buruk perjalanan seterusnya itu tergantung pula kepada karma atau amalan jiwa tersebut. Oleh itu, admin merasakan bahawa penting sekali saudara-saudara dharma yang budiman mengetahui
mengenai perkara ini kerana ia boleh membantu kita semua dalam menjalani
kehidupan kita dengan lebih baik lagi.
Rujukan mengenai alam selepas kematian boleh diklik di sini untuk maklumat lanjut.
Pengumpul: Northern Gate
Tithi: 14 Śuklapakṣa 30 Pausa 1940 (20 Jan 2019)
Rujukan mengenai alam selepas kematian boleh diklik di sini untuk maklumat lanjut.
Pengumpul: Northern Gate