Naraka

Naraka dari segi maksud literalnya bermaksud kepunyaan manusia dari manusia. Ia adalah istilah bahasa Sanskrit untuk merujuk kepada alam neraka yang terdapat dalam tradisi-tradisi dharma. Menurut kepada sesetengah aliran falsafah di benua kecil India dan di kepulauan selatan, naraka itu adalah tempat seksaan bagi jiwa-jiwa berdosa.

Makhluk-makhluk neraka yang berdiam di dunia bawah atau neraka itu selalunya digelar sebagai narakārṇava atau narakavāsī bermaksud ahli neraka.

Rujukan dari Sastera Suci

Naraka dalam veda-veda digambarkan sebagai tempat jiwa dihantar untuk proses penyucian dosa-dosa yang mencemarinya. Ia disebutkan terutamanya dalam dharmaśāstra, itihāsa dan purāṇa. Selain itu, sastera lain seperti samhita-samhita veda, aranyaka dan upaniṣad pun menyebut mengenai naraka.

Sesetengah upaniṣad hanya membicarakan mengenai 'kegelapan' berbanding dengan mengenai naraka. Ringkasan dari upaniṣad-upaniṣad dan Bhagavadgita menyebut mengenai naraka beberapa kali. Hal ini turut disebutkan dalam ulasan mengenai Vedantasutra oleh Adi Śankara. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah orang hanya menganggap naraka ini sebagai satu metafora berbanding sebagai hakikat seperti golongan Arya Samaj.

Berikut adalah bilangan neraka mengikut catitan-catitan purāṇa
Selain itu, sastra lain seperti smrti turut memberikan senarai-senarai naraka untuk rujukan. Berikut disertakan senarai-senarai naraka dari dua smrti:
Dalam rujukan-rujukan yang diberikan, terdapat naraka yang pendosanya tidak akan terjelma kembali dalam mana-mana alam atas sekalipun selepas terjatuh ke dalamnya. Maka masukan ini diperbuat bagi mereka yang bersraddha, mereka yang percaya dengan hukum karmaphala supaya berhati-hati dengan kejahilan. Naraka-naraka ini semua akan dihapuskan, namun mereka yang terkurung dalam naraka yang terhapuskan itu juga akan turut terhapus bersama dengannya.  
Pengumpul: Northern Gate