Memaparkan catatan dengan label psikologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label psikologi. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mac 2015

Perubatan Alternatif


Sehingga kini, dunia perubatan Barat melihat kepada teknik Allopati sebagai terapi asas untuk sebarang jenis penyakit. Hari ini, minat untuk mengguna pelbagai jenis bentuk perubatan alternatif semakin meningkat. Namun, kajian perbandingan yang jelas masih belum didokumenkan secara sistematik. 

Pihak Yayasan Kajian Rohaniah (SRF) telah pun membuat beberapa kajian mengenai beberapa jenis kaedah perawatan alternatif bagi membolehkan pembaca-pembaca di seluruh dunia menelusuri beberapa perkara seperti:
  • cara perubatan tersebut digunakan.
  • tahap-tahap ia memberi kesan kepada penyembuhan.
Maklumat-maklumat ini dipetik dari pengalaman-pengalaman para "pencari" SRF yang telah pun memperkembang daya pemandangan lampau deria (ESP) atau mempunya indera keenam yang maju. Ketepatan pengetahuan mereka ini disahkan oleh yang berhormat, Dr. Jayant Athavale.

Bentuk-Bentuk Perubatan Alternatif

Selasa, 25 Mac 2014

Panduan Chakra: Membuka Kunci Tenaga Semulajadi

Om Svastiastu!


 

Kepala

Sahasra Chakra (Mahkota)
  • Kalenjar Pineal.
  • Unsur ruang jagat. 
  • Kesepaduan dengan lapangan kerohanian (ketuhanan).
  • Disifatkan dengan wahyu ketuhanan dan pencerahan jiwa.
  • Kecederaan dan kesakitan di otak disembuhkan.
  • Bayangkan secara sementara bebola matahari besar untuk rawatan.
  • Berbisik sebut Om. 
Ajña Chakra (Trityanetra)
  • Kalenjar Pituitari.
  • Unsur ruang angkasa.
  • Deria gerak hati.
  • Disifatkan oleh intelek, pengetahuan, kata hati, dan kuasa jiwa.
  • Penyembuhan penyakit seperti rupakara urat saraf tunjang, peredaran darah, dan tekanan darah.
  • Bayangkan bulatan biru langit.
  • Berbisik sebut Ham Ksham.
Visuddhi Chakra (Tekak)
  • Kalenjar Tiroid.
  • Unsur langit berzarah.
  • Sifat-sifat seperti kesenian, kreatif dan kemahiran berkomunikasi.
  • Penyembuhan penyakit di anggota pertuturan, leher dan tekak.
Tubuh Atas

Anahata Chakra (Hati)
  • Kalenjar Thymus.
  • Unsur udara.
  • Deria sentuhan.
  • Sifat belas kasihan, kesepaduan bakat, dan kehadiran penyembuhan.
  • Penyembuhan bagi aliran darah, semput, pernafasan.
  • Bayangkan bintang warna hijau pokok pisang.
  • Berbisik Yam.
Manipūrha Chakra (Solar Plexus)
  • Pankreas.
  • Unsur api.
  • Deria penglihatan.
  • Sifat, perkembangan peribadi.
  • Penyembuhan sakit di hati, mata, batu karang, penghadaman dan pankreas.
  • Bayangkan segitiga merah.
  • Berbisik Ram.
Svadishtana Chakra (Prokreatif)
  • Adrenal.
  • Unsur air.
  • Deria rasa.
  • Sifat seperti seksualiti dan emosi.
  • Penyembuhan peredaran darah, penghadaman, pundi kencing dan buah pinggang.
  • Bayangkan bulan sabit putih perak.
  • Bisik Vam!
Tubuh Bawah

Muladhara Chakra (Dasar)
  • Kalenjar penghasilan zuriat (gonad)
  • Unsur kejadian, tanah.
  • Deria bau.
  • Sifat berkaitan dengan nafsu membiak kuat, kesuburan, dan memenuhi naluri terus hidup.
  • Penyakit di anggota pembiakan, buasir (hemoroid), dan tekanan darah.
  • Bayang empat persegi keemasan.
  • Baca Lam.

Isnin, 24 Mac 2014

Māra Deva


Māra Deva merupakan jenis jin setan yang menggoda Siddharta Gautama dengan memperlihat kepada baginda wanita-wanita cantik yang menurut ceteranya diperkata sebagai putri-putri sang Māra. Dalam prapancavijnana Buddha, Māra ini merupa dari keinginan kuat tiba-tiba untuk perkara tidak semenggah, ketidakmahiran, dan kematian kehidupan kerohanian. Māra itu adalah keadaan jiwa, menggelincirkan manusia dari kehidupan rohaniah dengan menjadikan benda-benda yang biasa kelihatan menarik hati atau yang negatif itu kelihatan positif.

Pengertian rujukan kepada Māra diberikan dalam empat pengertian menurut ajaran Buddha tradisional:
  • Klesa Māra, Māra sebagai jelmaan semua emosi tak mahir.
  • Mrtyu Māra, Māra sebagai kematian dengan pengertian gelung kelahiran dan kematian.
  • Skandha Māra, Māra sebagai gambaran bagi keseluruhan kewujudan bersyarat.
  • Devaputra Māra, Māra putra kepada sejenis deva, yang memang wujud.
Ajaran Buddha awal mengenalpasti kedua-dua jenis tafsiran perkataan itu sebiji begitu atau kejiwaannya. Ia dijelaskan sebagai entiti yang memang betul-betul wujud, seperti juga devata Vedika yang ditunjukkan wujud di sekeliling baginda Buddha, dan juga dijelaskan secara dasarnya sebagai tenaga kejiwaan, perlambangan bagi pelbagai proses keraguan dan godaan yang menghalang amalan kerohanian.

Buddha jayanti atas Māra merupakan asana biasa diperguna dalam seni membentuk arca Buddha. Buddha Guru digambarkan dengan tangan kiri di riba, tapak tangan menghadap langit, dan tangan kanan diletak di lutut kiri. Jari tangan kanan baginda menyentuh bumi, menyeru Phra Dharani menjadi saksi jaya baginda mengatasi Māra dan mencapai tahap kesedaran Buddha. Asana ini dirujuk juga sebagai mudra sentuh tanah. Deva ini dirujuk juga sebagai Kama Deva oleh pengikut sastera Vedika dengan pengertian "dia yang mencederakan".

Terbitan

Sir Ralph Lilley Turner dan Dorothy Rivers Turner (2006) dalam A comparative dictionary of the Indo-Aryan languages mencatitkan bahawa kata Māra diterbitkan dari akar bahasa Indo-Eropah Tua, mer yang bererti mati. Ia turut berkaitan dengan Mara di Eropah, Marzanna di Slavia dan Māra di Latvia. Mara di Latvia diberi pengertian ibu pertiwi dan mempunyai pengertian positif, berciri bijaksana dan pemurah.

Tiga Putri

Dalam setengah cetera pencerahan baginda Buddha, diperkata bahawasa Māra Deva menghantar tiga putrinya (māradhītā) untuk menduga baginda Buddha serta untuk menghentikan usaha baginda. Tiga putrinya itu dikenalpasti sebagai:

1. Taṇhā, nafsu keinginan.
2. Arati, kebosanan dan menyampah.
3. Raga, nafsu kebirahan.

(SN 4.25, berjudul, "Māradhītā" (Bodhi, 2000, m.s. 217-20); Suttanipata 835 (Saddhatissa, 1998, m.s 98))

Sebagai contoh, dalam Māra-saṃyutta dari Samyutta Nikaya, putri-putri Mara Deva itu gagal menundukkan baginda Buddha...

Mereka mendatangi baginda serba indah gemerlapan, Taṇhā, Arati, dan Rāga. Namun Guru menyapu terus mereka di situ juga. Bagai angin menghembus putik kapas luruh (SN 4.25, v. 518; Bodhi, 2000, m.s 220). Setengah cetera merujuk kepada kewujudan lima putri, yang mewakili rupa tiga racun: tarikan, kemeluatan, dan khayalan, diikuti dengan kebanggaan dan takut. Dengan bentuk keterangan yang sama, dalam Suttanipata 436 (Saddhatissa, 1998, p. 48), taṇhā dijelmakan sebagai salah satu senā (tentera) Kematian bersama dengan kāmā (keinginan membirah), arati (menyampah) dan khuppipāsā (rasa lapar serta dahaga).

Rujukan

1. Bodhi, Bhikkhu (terj.) (2000). The Connected Discourses of the Buddha: A Translation of the Samyutta Nikaya. Boston: Wisdom Pubs.

2. Saddhatissa, H. (penterjemah) (1998). The Sutta-Nipāta. London: RoutledgeCurzon Press.

Jumaat, 7 Mac 2014

Beda Jiva dengan Vijñāna


Jiva

Jiva dalam kefahaman Hindu dan Jina ini merupakan makhluk hidup, atau lebih tepat lagi, zat yang abadi atau roh dalam organisme hidup seperti manusia, tumbuhan, binatang, serangga dll. yang terselamat dari kematian tubuh. Sama penggunaan dengan atma, cumanya atma itu merujuk kepada diri jagat. Sedangkan jiva itu merujuk kepada entiti kehidupan perseorangan atau makhluk bernyawa. Bagi mengelak kekeliruan maka diperguna sabdavali Paramatma dan jivatma.

Terbitan kata ini dari bahasa Sanskerta, Jivás dengan akar jīv- yang bererti "bernyawa"....

Nirvacanam

Bhagavadgitam menjelaskan bahawa jiva itu abadi, tiada bilangan, tidak termusnah, dan tidak dimamah kala masa. Rujukannya sila cari dalam:
  • Katha Upanishad 1.2.18, 2.2.13.
  • Bhagavadgitam 2.12, 2.16-21, 2.23-25, 2.30.
  • Bhagavatapuranam 7.7.43, 11.31.13.
  • Vedanta Sutram 2.3, 4.4.
Ia dinyatakan bukan terbentuk hasil dari Prakrti atau bahan berjisim dalam loka, tapi dari fitrah rohaniah yang lebih tinggi. Pada titik tubuh kasar mati, jiva akan mengambil tubuh kasar baru bergantung kepada karma dan kehendak peribadinya serta persoalan tertentu pada jiva itu sendiri (Bhagavadgitam 7.5). 

Aniruddha dalam Samkhya Pravacana Sutram (4.63) menirwacanakan lanjut bahawa jiva, diri yang empirik, sebagai diri yang didapati oleh tubuh, anggota deria luaran, akal, intelek, dan egoisme; sementara diri yang kosong dari pengetahuan empirik, pahala, dosa, dan lain-lain keadaan mental itu dikenalpasti sebagai Atman yang melampaui batas angan-angan manusia.

Bila Jiva memecahkan belenggu Prakrti, maka ia pun naik menjadi diri yang melampaui batas angan-angan manusia (Samkhya Sutra Vrrti 6.59). Isvara dan jiva-jiva itu adalah hakikat yang empirik iaitu berdasarkan ujian dan kajian. Guru Adi Sankara menerusi Ulasan Brahma Sutra nya menjelaskan bahawa perkara ini bukan semata-mata teori (2.2.3). Isvara itu pengatur, pendorong dan pemerintah sedang jiva-jiva pula yang diperintah, diatur dan didorong.

Matlamat

Setengah agama Jina dan Hindu menggambarkan matlamat terutama jiva itu adalah salah satu daripada berikut atau beberapanya daripada berikut bergantung kepada tradisi falsafah tertentu:
  • Moksha, bebas dari kewujudan alam semesta.
  • Bhakti, mencapai cinta murni abadi Tuhan.
  • Jivanmukta, dibebaskan dari suka duka alam semesta (duniawi) semasa masih berada dalamnya.
Vijñāna

Sabdavali ini bererti, kesedaran, tenaga hidup, atau kearifan. Dalam sastera Pali, Sutra Pitaka, dalam empat bahagian nikaya awal memperguna juga kata ini bagi merujuk kepada minda. Yang lain itu adalah manas dan citta. Setiap satu perkataan ini merujuk secara umum sahaja kepada minda. Namun ada masa, ketiga-tiga perkataan ini diperguna juga dalam turutan bagi merujuk kepada proses mental seseorang secara keseluruhannya. Penggunaan asasnya pula mempunyai pengertian tersendiri pula.

Rujukan Sastera Pali

Menerusi sastera Pali, Vijñāna boleh ditemui sebagai satu daripada segenggam sinonim bagi tenaga mental yang menggerakkan tubuh kasar yang tanpanya itu, tidak mampu bergerak. Dalam sebilangan teks Pali, sabdavali ini lebih bernuansa dan bertepatan konteksnya (teknikal).

Mendalam lagi, Sutra Pitaka dibincangkan dalam sekurang-kurangnya tiga konteks berbeda......

1. Sebagai terbitan kepada āyatana, dasar-dasar indra, bahagian yang dipahami menerusi pengalaman, "semua" atau sarva.

2. Sebagai satu daripada skandha (cabangan) kepada upadana (kebergantungan) pada akar dukkha (derita).

3. Sebagai salah satu daripada nidana (12 penyebab) kepada Pratītyasamutpāda atau Terbitan Kebergantungan yang menyediakan satu acuan bagi sebutan karma, janma dan moksha dalam dharma.

Dalam Abhidharma dan ulasan Pali terkemudian, Vijñāna lebih jauh lagi diteliti dalam 89 tahap yang mengikut pula kesan karmikanya.

Rabu, 15 Januari 2014

Aditya Hrdayam

Om Svasti Astu!


Surya Namaskara


Dengan Pengertian Bahasa Inggeris


Dengan Pengertian Bahasa Telugu


Bacaan stotram ini dikaitkan dengan Surya Deva dan dibacakan oleh resi Agastiya kepada Sri Rama semasa peperangan melawan maharaja Ravana. Bacaan ini bermula pada permulaan Sri Rama berhentam dengan Ravana.

Resi Agastiya mengajari Sri Rama yang keletihan selepas lama berperang dengan segala pahlawan di Lankadvipam serta diajarkan cara namaskaram Surya Deva bagi menyerap kekuatan buat menapikkan seteru. Bacaan Hrdayam ini datangnya dari Yuddha Kandam (Pustaka ke-6) seloka ke-107 dalam Ramayana karya maharesi Valmiki. 

Kalau kau baca hari-hari semasa pagi pukul 10:00 itu, kau akan tersedar bahawa bacaan ini sebenarnya bukan untuk Sri Rama sahaja. Sebaliknya merupakan bacaan yang dihantar oleh Paramatma bagi membantu manusia menghapuskan segala seteru dalaman diri yang sentiasa berperang di dalam. Pesanan ini dihantar dalam usaha buat memenangi Arishdad Vargah dalam diri, jadi perlu juga kepada karunia-Nya dan mudah saja hendak mencapai karunia-Nya. Caranya dengan menggunakan sakti diviyam dalam rupa Surya (cahaya) bagi membuang kegelapan.

Bila kegelapan kejahilan itu pergi, kita cuma akan berpikiran yang baik-baik saja mengenai yang sekeliling dan mencetuskan loka yang menyenangkan di sekeliling kita. Bila diviyam cahaya mentari menyentuhi tubuh kita dan hati serta minda, ia akan menghasilkan keajaiban dari dalam. Jadi kita sebolehnya kena cuba membaca stotram ini depan matahari.

Bila kejahilan perlahan-lahan keluar dari rupakara tubuh (jiwa dan raga), kita pun akan belajar memaafkan situasi, memaafkan yang lain dan menerima keadaan kita yang seadanya itu sebagai satu rahmat. Bila kita mendapat kekuatan menerima walaupun masalah itu sebagai karunia, maka kita akan jadi lebih kuat pada jiwa dan lebih berbelas kasihan. Jadi, bila dibaca seloka-seloka ini, sebenarnya ia ditujukan buat kejayaan dalaman kita (jiwa) mengatasi kelemahan berbanding dengan kejayaan luaran kita.

सर्वे जन : सुक्षिनो भवन्तु

Selasa, 14 Januari 2014

10 Alam Jiwa


10 alam jiwa ini merupakan sebahagian kepercayaan bagi beberapa bentuk ajaran Buddha yang menyatakan bahawa ada 10 syarat kehidupan yang makhluk berhati nurani tertakluk kepadanya dan mereka akan merasai setiap satu nya itu dari satu masa ke satu masa.

10 alam jiwa merupakan sebahagian daripada prapancavijnana dan mengandungi empat alam tinggi dan enam alam bawah. Setengah aliran ajaran Buddha melihat semua ini sebagai luaran sahaja, 10 satah berbeda makhluk kewujudan boleh dilahirkan dalamnya, sementara yang lain melihatnya sebagai tahap-tahap minda yang boleh dirubah berikutan pengaruh luaran dan dalaman. Yang berikut ini merupakan 10 alam yang dijelaskan sebagai tahap mental.....

Enam Alam Nafsu

Enam alam bawah ini terdiri daripada neraka, kelaparan, kebinatangan, takbur, kemanusiaan dan rasa suka yang melampau. Enam alam bawah ini timbul secara spontan dari dalam kehidupan orang ramai sebagai kesan tindakbalas kepada alam sekeliling di luar tubuh. Tiga daripada empat baki alam ini adalah alam kesedaran dan alam makhluk yang dicerahi (bodhisattva). Alam semesta ini berkembang menerusi pencarian, jumpaan dan cita-cita. Alam ke-10, alam pencerahan, merupakan syarat bagi pengetahuan murni tak akan dapat dimusnahkan.  

Neraka

Neraka merupakan syarat bagi rasa bengang terperangkap, dengannya itu seseorang melihat bahawa tiada kebebasan tindakan dan mempunyai tenaga kehidupan sama ada dari segi jasmani atau akal yang terbatas. Seseorang itu berasa terperangkap dalam sesuatu keadaan, dikuasai oleh rasa marah, benci, meluat, menyampah, bengang, dan dalam keadaan-keadaan yang meruncing, mungkin akan terasa desakan untuk memusnahkan satu jiwa dan lain-lain.

Sukarlah henda melepaskan diri dari alam ini, kerana syaratnya itu cenderung ke arah keadaan yang tak diingini oleh diri, dengan seksaan yang bersangatan dan segala macam serangan menghentam sesama sendiri. Rendaman seseorang dalam neraka dijelaskan dalam ukuran kalpa. Yang tak boleh diterima pula adalah, walaupun keadaan ini dicirikan oleh rasa rimas terperangkap dalam ruangan, ada juga obsesi dengan pengisian sebarang ruang itu sendiri yang dipandang sebagai ancaman. Keinginan untuk tidak terjatuh dalam keadaan ini menjadi pendorong yang kuat buat seseorang itu berusaha untuk naik ke tahap yang lebih atas sedikit daripada keadaan ini dalam kehidupan harian. Keadaan ini setara lah dengan neraka.  

Lapar

Lapar merupakan keadaan yang disyaratkan oleh kehendak terhadap pemilikan dan nafsu yang tak pernah padam. Ia mengawal tindakan seseorang bagi makanan, kuasa, kemewahan, nama, keseronokan dan lain-lain. 

Dalam tahap yang ini, seseorang itu diseksa oleh hawa nafsu kejam dan ketidakmampuan. Walaupun kehendak hawa nafsu itu sudah dicapai pun, kebahagiaan yang dinikmati itu cumalah buahnya. Alam ini dicirikan oleh kekurangan keazaman dan sikap tak peduli benda lain pun kecuali untuk memenuhi kehendak-hendak hawa nafsu.

Keadaan ini setara juga lah dengan keadaan pretam (bayangan) dalam dunia alam ghaib.

Kebinatangan

Kebinatangan ini merupakan keadaan yang dikawal oleh naluri. Seseorang itu tak ada kepekaan susila dan hidup cuma pada ketika itu saja. Dalam keadaan ini, seseorang itu tak akan ragu-ragu hendak memangsakan makhluk lain yang lebih lemah bagi manfaat peribadinya. Dia akan cuba menarik perhatian makhluk lain yang lebih kuat untuk berpihak dengannya. Alam ini dicirikan oleh ketiadaan penilaian yang baik dan ketiadaan sebab. Keadaan ini setara juga dengan alam jiwa binatang.

Takbur

Takbur ini merupakan keadaan seseorang itu diselubungi oleh ego mementingkan diri sendiri, bersaing, cemburu tak tentu hala dan terasa bahawa dia perlu jadi lebih bagus daripada makhluk lain, sama ada dalam keadaan biasa atau keadaan rohaniah.

Walaupun mempunyai peluang menjadi baik, namun yang mengalami keadaan jiwa ini akan menjadi hamba kepada khayalannya sendiri, menganggap ego dan kepercayaan yang diambilnya itu sebagai lebih penting atau lebih besar daripada yang lain. Alam ini dicirikan oleh pandangan bahawa makhluk lain dan segala yang ada pada mereka itu merupakan ancaman yang berpotensi pula mengalahkan dirinya. Namun, keseluruhan pengalaman jiwa ini umumnya agak menyenangkan lah juga dibandingkan dengan pengalaman jiwa manusia atau alam manusia. 

Keadaan ini setara dengan alam para Asura (dewa jatuh jati) atau Titan.

Kemanusiaan

Dikenali juga sebagai alam idealisme penuh ghairah. Keadaan ini merupakan keadaan kesedaran dikesampingkan sedang pemikiran akal itu berkembang pesat. Ia dicirikan oleh keghairahan penuh cita-cita bagi ideal-ideal dan contoh-contoh, serta agak istimewa antara semua alam bawah. Ia sebenarnya memberikan jalan yang berpotensi dan motivasi bagi melawan penderitaan.

Ia juga dicirikan oleh pendeknya hidup, dibandingkan dengan alam dewa dan asura, dan oleh makhluk yang jarang-jarang dalam peristiwa, tanpa meminta perlindungan Dharma.

Keadaan ini setaralah dengan alam manusia, memang alam manusia pun.

Sorga

Kesenangan melampau. Dicirikan oleh keseronokan, apabila kehendak seseorang dipenuhi dan seseorang yang mengalaminya pendek usia tapi rasa seronoknya bersangatan. Tak seperti kesukaan dalam pencerahan, keadaan ini sementara saja dan sama seperti alam manusia, ia mudah diputuskan oleh perubahan dalam keadaan walaupun sedikit.

Bila kesukaan ini habis maka seseorang tak dapat mengelakkan daripada jatuh ke dalam sengsara juga. Alam ini dicirikan dengan rasa positif seronok dan rasa lemah tidak mampu itu tiada di luarannya jika dibandingkan dengan alam bawahnya. Alam ini setara dengan alam deva-deva.

Kebanyakan makhluk berhati nurani menghabiskan kebanyakan usia hidup mereka itu dengan bergerak dalam enam keadaan hidup ini, dari neraka ke sorga, dikawal tadbir oleh tindakbalas mereka terhadap pengaruh luaran dan oleh itu mereka sebenarnya rentan terhadap semua pengaruh dalam alam bawah ini. Empunya jiwa itu akan mengalami tahap emosi yang betul-betul dikawal oleh "luaran". Seluruh jati dirinya itu didasarkan kepada "luaran".

Empat Alam Mulia

Dalam prapancavijnana Mahayana yang tradisional, empat alam atas ini merupakan empat bahagian daripada 10 alam kerohanian atau kejiwaan. Empat alam atas ini dicirikan oleh kepercayaan bahawa manusia itu kena berusaha untuk menyembuhkan dirinya daripada dalam hidup mereka.

Pembelajaran

Pembelajaran itu adalah keadaan apabila seseorang itu mencari sedikit kemahiran, kebenaran berpanjangan atau meningkatkan kendiri menerusi ajaran orang lain. Bagi mencapai alam yang ini, yang merasai pengalaman itu mestilah mengembangkang kehendak mahu mencapai kebijaksanaan dan pandangan dalaman merenung dalam fitrah sebenar semua benda, bebas dari khayalan. Alam ini dicirikan dengan pencarian kebenaran dan hikmah menerusi punca luaan, contohnya maklumat yang sebelum dicatatkan itu dibacakan dulu menerusi lisan atau daripada orang lain. Keadaan ini setara dengan keadaan Śrāvakabuddha.

Kesedaran atau Resapan

Kesedaan ini adalah keadaan apabila seseorang itu menemui separa kebenaran menerusi pemerhatian, usaha dan penumpuan sendiri. Biasanya untuk masuk ke alam ini, yang mengalami itu mestilah menentukan dulu punca luaran yang rendah daripada punca dalaman, contohnya pemikirannya sendiri. Alam ini dicirikan oleh pencarian kebenaran dan hikmah menerusi persepsi dalaman terus. Keadaan ini setara dengan tahap Pratyekabuddha.

Dua alam atas yang disebutkan ini secara terhimpun digelar sebagai "dua kenderaan". Walaupun alam-alam jiwa ini adalah berdasarkan kepada "kehendak" untuk meningkatkan hikmah dan pandangan dalaman, ego itu masih lagi ada, kerana kehendak itu dasarnya adalah berorientasikan diri.

Makhluk Kecerahan

Keadaan ini merujuk kepada keadaan apabila seseorang itu bukan sahaja bercita-cita untuk pencerahan peribadinya tetapi juga menyerahkan dirinya buat mengurangkan kesengsaraan yang lain menerusi belas kasihan dan tindakan-tindakan menjaga kepentingan yang lain dengan ikhlas, contohnya membantu yang lain. Alam ini bercirikan perasaan suka bahagian yang dicapai menerusi tindakan memberi manfaat kepada yang lain dan perasaan suka tersebut lebih tinggi tahapnya daripada kesukaan yang dicapai dengan tindakan yang cuma memberi manfaat ke diri sendiri. 

Keadaan ini adalah keadaan yang dialami oleh Bodhisattva.

Pencerahan

Pencerahan ini merupakan yang tertinggi antara semua 10 alam. Ia merupakan keadaan kesukaan itu murni dan tidak terhapuskan serta tak bergantung pula kepada keadaan seseorang itu untuk jadi bahagia. Yang mengalami keadaan ini bebas sepenuhnya daripada maya, sengsara dan maah. Ia merupakan keadaan sempurna dan kebebasan mutlak, dicirikan oleh hikmah yang tiada terbatas, keberanian, belas kasihan dan tenaga hidup. 

Alam ini sukarlah digambarkan dan umumnya hanya dicapai menerusi persepsi dalaman terus dengan alam kesedaran. Alam ini dicirikan dengan makhluk tersebut tidak tergugat langsung dengan punca-punca luaran yang mengancam jiwa dan raga, dan tidak bersandar kepada punca luaran untuk suka bahagia. Alam ini dijelmakan ke luar menerusi tindakan alam bodhisattva.

Keadaan ini merupakan keadaan yang dialami oleh seorang Buddha yang dicerahi.

Saling Tembus Menembusi dalam 10 Alam

Setiap 10 alam ini mempunyai juga semua 10 alam. Setiap satunya berpotensi pula menyembuhkan sebarang yang ada pada bila-bila masa saja. Setengah aliran ajaran Buddha percaya bahawa orang yang mengamalkan Dharma Vinayam akan menjadikan juga tahap cerah itu sebagai tahap yang menguasai hidup mereka. Ia bertindak seperti penapis kekotoran, mendedahkan aspek-aspek positif semua sembilan alam dari alam neraka sampai ke alam bodhisattva.

Alam-alam itu semua dinamakan dengan nama yang sama oleh aliran-aliran pemikiran ajaran Buddha yang melihatnya sebagai satah kewujudan, bedanya cuma cara perpindahan alam antara itu semua menerusi kelahiran semula. Ia dikawal selia oleh karma (tindakan disebabkan kehendak: pilihan yang dibuat semasa hayat).

Kedua-dua tafsiran alam ini boleh juga dipandang sebagai saling wujud.....

Rabu, 8 Januari 2014

Dunia Makhluk Halus: Tanda Gangguan


Walaupun dunia menjadi semakin moden pun, namun kejadian orang menjadi mangsa ilmu hitam itu ada banyak saja terjadi. Di negeri Perak pun terutama di pedalaman masih ada lah orang sudi-menyudi santau. Ada juga orang membuat minyak senyonyong, membela toyol dan juga memakai susuk. Yang menyihirkan kedai saingan atau orang yang didengkinya menutup lubang periuk nasi orang lain.

Ilmu hitam ini berbahaya dan boleh menghancurkan kesihatan dan kebajikan orang lain. Ia boleh membunuh secara senyap-senyap atau membuat mangsa tersebut membunuh diri atau terbunuh. Orang-orang tak bersalah mangsa ilmu hitam atau makhluk halus sering tidak sedar yang mereka terkena ilmu hitam.  

Jika anda terasa sedang terjatuh ke dalam lembah kegelapan atau terkena ilmu hitam, ada beberapa petunjuk pula yang umum-umum supaya anda dapat mengambil tindakan lanjut menurut parah atau tidak kejadian yang menimpa anda. Tujuannya supaya anda memahami keadaan anda jadi mudah lah anda mencari rujukan kepada yang lebih pakar....

Tahap Mula
  • Tidur menjadi terganggu.
  • Lesu dan kekurangan tenaga dalam kehidupan seharian.
  • Takut tak semena-mena.
  • Tak berminat untuk hidup lagi.
  • Putus asa.
  • Sakit hati tak semena-mena.
  • Marah tidak semena-mena.
  • Kemurungan teruk.
  • Mulut kering di malam hari.
  • Dahaga bertambahan.
  • Kegemukan dalam beberapa kejadian.
  • Tiba-tiba seram sejuk.
  • Rasa seluruh tubuh sesak.
  • Mula jadi cepat lupa tak sampai beberapa ketika dan menghadapi hilang ingatan.
  • Hubungan dengan alam mimpi terputus. Tak ingat sudah mimpi yang berlaku.
  • Kerjaya anda hancur.
  • Orang ramai kelihatan bertindak tak rasional terhadap anda.
  • Terputus kewangan.
Ada banyak lagi petanda yang tak tersebutkan kerana menurut pula kepada keadaan kesedaran mangsa serta jenis dunia makhluk halus yang terlibat.

Tahap Maju
  • Anda mimpi orang mati dan orang-orang bermuka menakutkan mengejar hendak bunuh anda.
  • Anda mimpi ular atau tempat kotor.
  • Terbangun tidur tengah malam dengan termengah-mengah sesak nafas dan ketakutan.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi kala jengking, labah-labah atau ular.
  • Nampak titik-titik hitam atau asap hitam sekeliling anda.
  • Perut membusung dan atas pusat sebelah kanan terasa keras dan ketat apabila disentuh rasa seperti ada sebiji bola golf di situ.
  • Rasa sesak di dada dan bahu.
  • Lapar sangat dalam kejadian bila "benda" itu sudah ambil alih tubuh anda.
  • Sakit kepala berpanjangan.
  • Muka hilang seri.
  • Asap hitam atau kelabu kelihatan depan mata bila berjaga.
  • Rasa bisa, pijar, dan gatal di bahagian badan.
  • Kalau anda dibomohkan orang supaya anda mati, anda akan dapati burung gagak melintas laluan anda dari kiri ke kanan atau melintas dari sebelah kanan anda ke kiri atas kepala anda. Perhatikan kalau di paruh burung gagak tersebut ada secarik daging atau benda-benda pepejal lain.
Tahap Penghujung
 
Apabila masa anda cuma tinggal sedikit sahaja lagi bagi peluang untuk pulih..... Gangguan turut memberi kesan kepada psikologi (jiwa) dan raga (tubuh)....
  • Barah darah atau barah di bahagian tubuh lain.
  • Buah pinggang mengecut dan tak berfungsi.
  • Pengambilan alkohol berlebihan nanti menyebabkan rosak hati.
  • Penyalahgunaan dadah.
  • Sakit jantung menyebabkan kematian tak semena-mena.
  • Ubat moden tak dapat merawat atau mengesan penyakit menyebabkan nanti doktor menyuntik anda dengan dos ubat terkuat.
  •  Pemikiran hendak merusak diri atau hendak membunuh diri.
Petanda Hanya kepada Wanita
  • Pigmentasi kulit melampau.
  • Tanda lebam biru kehitaman pada beberapa bahagian tubuh, paha, tangan, kemaluan dan bahagian lain.
  • Dirogol makhluk halus dalam mimpi tapi rasa seperti benar.
  • Kemaluan terkena Leucorrhea.
  • Datang bulan terhenti, tak teratur, sakit tak tersangga dan darah hitam pelik.
  • Tak boleh mengandung disebabkan oleh ada "jiwa" lain yang menahan dalam salur peranakan jadi disangkakan wanita itu mandul.
  • Keguguran selalu saja terjadi.
  • Takut dan risau melampau.
  • Emosi tinggi atau rendah melampau.
  • Tesentak-sentak macam kena sawan.
Orang yang Rohaniah
  • Minat dalam kesedaran ketuhanan menurun mendadak, hilang minat hendak sembahyang atau bertapa.
  • Tubuh bergegar-gegar bila hendak bersembahyang atau bertapa.
  • Tertarik kepada benda-benda tak suci atau keinginan pada benda-benda pelik seperti melihat gambar lucah, homoseksual, makanan tak satvik, serta maksiat lain.
  • Kalau sebelum itu Kundalini sakti anda giat, bila terjebak saja Kundalini sakti anda mula tersekat.
Dalam kejadian-kejadian yang serius, bila entiti jahat itu menguasai tubuh atau meresap terus maka mangsa akan menjadi seorang pembunuh atau membunuh diri pula. Sebelum ini orang yang tenang sahaja tiba-tiba menjadi ganas itu merupakan pertanda dia sebenarnya menjadi mangsa kepada makhluk halus.

Kegiatan makhluk halus meningkat dalam 2-3 hari sebelum bulan-bulan amavasya (gelap) atau sebelum bulan-bulan purnama (mengambang). Kalau anda menjadi mangsa setan-setan itu, maka keadaan anda akan menjadi parah pada ketika itu. Tolonglah ambil perhatian wahai tuan budiman. Periksa penanggalan supaya anda sedar....

Isnin, 6 Januari 2014

Sabbhasava Sutra


Sutra ini menyebutkan juga 16 persoalan yang dilihat sebagai "renungan tak bijaksana" dan membawa kepada keterikatan kepada pandangan berkaitan dengan satu jiva....... 
  • Apakah aku ini?
  • Bagaimanakah aku ini?
  • Adakah aku?
  • Adakah aku ini bukan?
  • Adakah aku ini wujud pada masa lampau?
  • Adakah aku ini tak wujud pada masa lampau?
  • Bagaimanakah aku pada masa lampau?
  • Menjadi sesuatu itu, adakah aku menjadi perkara begitu pada masa lampau?
  • Adakah aku akan wujud di masa depan?
  • Adakah aku tak akan wujud pada masa depan?
  • Apakah aku akan jadi pada masa depan?
  • Bagaimanakan aku menjadi pada masa depan?
  • Menjadi perkara itu, akankah aku menjadi perkara itu pada masa depan?
  • Bilakah munculnya orang ini?
  • Ke mana dia akan pergi?
Baginda Buddha menyatakan bahawa tidaklah bijaksana bagi terikat kepada kedua-dua pandangan "mempunyai" dan "memerhatikan" sesuatu jiva dan pandangan tentang tidak mempunyai jiva peribadi.

Sebarang pandangan yang melihat bahawa jiva sebagai "abadi, stabil, tetap, tak berubah dan berada begitu sahaja selamanya" menyebabkan seseorang itu tersangkut dalam "pandangan", hutan pandangan, semak-samun pandangan; pergelutan pandangan, dirantai pandangan dirinya dan terganggu oleh pandangan diri.

Kesan-Kesannya

Empat persoalan tadi yang kita perkatakan menekankan dua sikap dasar kita dalam pemandangan dunia. Baginda Buddha berbicara mengenai dua sikap ini dalam perbincangan baginda dengan Maha Kasyapa tatkala beliau bersabda bahawa ada dua pandangan dasar, iaitu pandangan mengenai kewujudan dan pandangan mengenai ketidakwujudan. Baginda bersabda bahawa mereka yang sudah terbiasa berpikir dalam rangka pemikiran kedua-duanya ini, dan selagi mana mereka tersangkut dengan dua rangka kerja ini dalam pandangan dunia mereka maka mereka tidaklah akan mencapai nirvana.

Pendapat-pendapat bahawa dunia ini abadi, bahawa dunia ini tidak terbatas, bahawa Tathagatha (Insan Kamil) wujud selepas kematian dan bahawa Jiva itu bebas daripada tubuh menggambarkan pandangan terhadap kewujudan. Pendapat-pendapat menerusi kenyataan bahawa dunia ini tidak abadi, terbatas, bahawasanya Tathagatha itu tak wujud selepas mati, dan bahawa Jiva itu adalah tubuh menggambarkan pandangan ketidakwujudan.

Kedua-dua pandangan ini dipegang oleh para guru dari aliran lain pada samaya kehidupan baginda Buddha. Pandangan kewujudan ini umumnya merupakan pandangan kebanyakan kaum Brahmana; manakala pandangan ketidakwujudan itu pula adalah pandangan kelompok Carvaka-Lokayata yang mempunyai pandangan yang cenderung kepada Materialistik dan Hedonis.

Apabila baginda Buddha menolak daripada diserkap ke dalam jala pandangan dogma kewujudan dan ketidakwujudan ini, baginda mempunyai dua pula perkara dalam pemikiran baginda iaitu kesan-kesan susila bagi kedua-dua pandangan ini dan hakikat bahawa pandangan mutlaknya kewujudan dan ketidakwujudan itu tidak berselari dengan perkara yang sebenarnya.

Kelompok Eternalis memandang bahawa Jiva (Roh) itu sebagai tetap dan tak berubah. Manakala tubuh itu akan mati, Jiva pula tak mati kerana Jiva itu pada fitrahnya tak berubah. Jika begitulah kejadiannya, tak kira lah perkara yang diperbuat oleh tubuh pun, maka tindakan dari tubuh itu tidaklah memberi kesan kepada nasib Jiva.

Pandangan begini tidak selari dengan tanggungjawab susila kerana jika Jiva itu abadi tak berubah, maka ia pastilah tidak terkesan oleh tindakan-tindakan yang semenggah mau pun tak semenggah. Begitu juga, jika Jiva itu adalah tubuh dan jika Jiva itu mati dengan tubuh, maka tak kira lah perkara yang diperbuat oleh tubuh pun tetaplah sama saja. Jika kau percaya bahawa kewujudan itu berakhir dengan kematian, pastilah tak ada penekanan yang perlu diperbuat kepada perbuatan. Namun, dalam keadaan yang mana perkara wujud menerusi asal saling bergantungan itu, kewujudan mutlak dan ketidak wujudan yang mutlak itu pastilah mustahil.  

Contoh lain yang dapat dilukiskan daripada 14 persoalan juga menunjukkan bahawa kenyataan-kenyataan itu tak berselari dengan perkara yang sebenarnya itu. Cubalah ambil dunia sebagai contoh. Menurut ajaran Buddha, dunia ini tak wujud mutlak atau tak mutlak wujud dalam masa. Dunia wujud bergantung kepada penyebab dan syarat. Dunia wujud sebab kejahilan, kehendak keinginan dan keterikatan. Apabila kejahilan, kehendak keinginan dan keterikatan itu wujud, maka wujudlah dunia. Apabila ketiga-ketiga benda itu tak wujud maka dunia ini pun berhentilah wujud. 

Daripada pernyataan yang diberikan tersebut, persoalan mengenai kewujudan dan ketidakwujudan mutlak itu tak dapat dijawab. Kewujudan dan ketidakwujudan itu diambil pula orang sebagai pemikiran-pemikiran mutlak walaupun perkaranya bukan terpakai begitu. Sebab itulah baginda Buddha enggan untuk bersetuju dengan kenyataan-kenyataan "mutlak" tentang fitrah sesuatu benda. Bagind apercaya bahawa golongan mutlak bagi perkara ghaib itu tak seperti yang digambarkan dalam kepala hotak manusia. 

Pandangan Aliran Mahayana

Baginda Buddha dilaporkan bersabda dalam catitan Sutra Jala Brahma:
"Kini, aku, Buddha Vairocana sedang duduk atas pangkin bunga teratai; atas seribu bungaan mengelilingi aku itu adalah 1000 orang Buddha Sakyamuni. Setiap bungaan mendukung 100 juta dunia; dalam setiap dunia itu ada muncul Buddha Sakyamuni. Semuanya pun duduk bawah pohon Bodhi, semua pun bersama-sama mencapai pencerahan. Semua Buddha yang beramai-ramai itu mempunyai Vairocana sebagai tubuh sebenarnya".
Kenyataan begini mungkin menggambarkan bahawa seorang yang dicerahi itu adalah abadi. Walaupun dia turun dalam samsara (lingkungan hidup dan mati) bagi mengajarkan Dharma dan menyelamatkan makhluk berhati nurani daripada penderitaan jiwa dan raga, tubuh asalnya itu tetap berada dalam alam yang luar kebiasaan. Tubuhnya itu tak akan mati walaupun jasadnya itu mati, maka seorang yang dicerahi itu berada di sebalik ketimbulan (kelahiran) dan kepergian (mati).

Tanggapan bahawa jasad seorang dicerahi yang mati itu merupakan penamat bagi seorang yang dicerahi itu secara grafiknya ditolak oleh pertubuhan aliran Mahayana dan pengertian Padma Sutra. Padma Sutra menyebutkan bahawa seorang yang dicerahi satu ketika dahulu mati lama lah sudah muncul dan berhubung dengan baginda Buddha Sakyamuni. Dalam bayangan tersebut, para Buddha (manusia yang dicerahi jiwanya) itu abadi belaka. Ajaran yang sama juga ada menyebut mengenai keabadian para manusia dicerahi seperti terdapat dalam Sutra Tathagata Garbha, yang berkongsi persamaan kekeluargaan dengan Padma Sutra.  

Khamis, 14 November 2013

Ahamkara dan Kerohanian


Ahamkara merupakan alat bagi Aham atau Roh. Roh ini merupakan dasar bagi diri persendirian yang bertindak sebagai entiti bebas kesedaran dalam hakikat tidak murni namun ia tak mempunyai kesedarannya yang sendiri. Kalau dilihat pada gambar yang ku sertakan itu pasti rakan-rakan paham sebab apa dilarang memetik japa dengan jari telunjuk. Tangan tuan akan membentuk mudra ahamkara yang melambangkan egoisme. Mudra-mudra ini sangat penting dalam proses pembentukan diri tuan semua.

Ia sebenarnya adalah roh diri, tercetus daripada bahan pemikiran atau tenaga gelap dan emosi. Ia menjadi alat bagi perkembangan persendirian roh ego, seperti juga deham (tubuh kasar, acuan) yang menjadi alat penggerak bagi perkembangan diri minda atau roh ego. Ia menjadi pembentung kepada Sakti Cit, dalam kesedaran yang merupakan cetusan kecil sahaja daripada Cit, Kesedaran Sejagat.

Ia menjelmakan dirinya dengan mengambil rupa segala tindakan buddhi, manas, deria tubuh dan anggota bagi tindakan. Ia dipercayai wujud dalam ruang lingkup keduaan, dalam keadaan penjatian dengan tubuh kasar, keperluannya dan keinginannya. Ahamkara ini berkaitan dengan Wak Tattwa, salah satu daripada 36 Tattwa dalam falsafah Wedika dan keagamaan Hindu. Dalam ahamkara ini, tahap raja guna menguasai. Keadaan ini disebabkan oleh penjatiannya itu hanya dengan sebahagian kecil sahaja ciptaan (tubuh) dan menolak segalanya yang "bukan aku". Ia menjadi taklukan kepada rentetan samsara seperti, kebanggaan, keegoan, suka bersaing dan membandingkan, benci dan dengki.

Walaupun ahamkara ini umumnya merupakan tahap khayalan, sekali saja seorang jatuh dalam keadaan itu, Wak Tattwa akan muncul. Bila terjatuh, maka pertama kalinya keazaman yang menjadi langkah pertama ke jalan kerohanian dan pencerahan akan bergerak seiring. Keazaman itu mendasar kepada deria tatasusila. Tanpa ahamkara (personaliti) yang harmoni dan berkuasa pun, dipikirkan bahawa mustahil juga untuk mengusahakan pencapaian usaha ke tahap kerohanian yang lebih tinggi.

Kedudukan ahamkara dan buddi ini kadangkala dipersembah dalam susunan terbalik karena, sebagai prinsip bagi "Keakuan", ahamkara dibenarkan mengawal manas (minda deria pengesan) dan buddhi (naluri dan intelek tinggi). Namun buddhi ini merupakan tattwa yang tinggi, dan ahamkara ini makanya cuma boleh naik ke kedudukan tinggi daripada buddhi itu dari titik pandangan fungsiannya sahaja. Dari pandangan mutlak, ahamkara ini dicetuskan oleh buddhi makanya ia sebenarnya boleh ditakluki oleh buddhi dan rendah saja kedudukannya daripada buddhi!

Selasa, 12 November 2013

Ahaṃkāra

Om Swastiastu!


Ahamkara ini merupakan sabdawali bahasa Sankserta yang berkaitan dengan ego atau keegoan yang tersebut sebagai pengenalan jati atau keterikatan kepada diri seseorang.

Sabdawali ini disebut dalam falsafah Wadika yang usianya lebih kurang 3000 tahun, yang mana kata Ahaṃ merujuk kepada "Diri" atau "Aku" dan Kāra pula merujuk kepada konsep bagi "sebarang benda yang diciptakan" atau "segala yang diperbuat". Sabdawali ini terbitnya dari falsafah Wedika dahulu, kemudiannya baru dijalinkan dalam falsafah Hindu utamanya falsafah Saṃkhyā.

Ahamkara ini merupakan satu daripada empat bahagian antah karana atau anggota dalaman jiwa yang dijelaskan dalam falsafah Hindu. Lagi tiga bahagian dalaman itu adalah Buddhi, Citta, dan Manas. Uttara Mimamsa atau cawangan Wedanta dalam falsafah Hindu, walaupun tak diperbincang lanjut dalam Bhagawadgitam, tapi ada menyebut bahawa Begawan Kresna pernah bersabda kepada Sang Arjuna bahawa ahamkara itu mesti dikeluarkan dari diri. Ia harus diserahkan kepada Sang Hiyam Widdhi. Sebab bagi perkara ini adalah kerana "Jiwa Murni" tidak akan wujud apabila seseorang itu berada dalam keadaan Ahamkara.  

Kesan Falsafah

Bagi memahami sabdawali ini, kita mesti mempunyai alat yang ampuh bagi memahami ciri dan tabiat diri kita serta yang lain. Falsafah Wedika mengajarkan bahawa apabila minda seseorang itu dalam keadaan ahamkara, maka dia berada dalam khayalan yang menjatuhkan. Mindanya terikat dengan konsep jiwa itu sebagai terikat dengan bahan yang diciptakan. Bahan yang diciptakan itu selalunya adalah satu fenomena yang boleh dipikirkan sebagai luaran bagi jiwa.

Ia boleh jadi bahan yang boleh dipegang, bahan berjisim contohnya seperti kereta, buku, pakaian, bangunan, dan sebagainya atau bahan yang tak boleh dipegang contohnya seperti konsep atau idea sebagai contoh konsep peperangan bagi mendapatkan keamanan. Ego ini terlibat dalam pembentukan khayalan.

Contoh ahamkara dalam tindakan:
  • Pertimbangkan bagaimana seorang lelaki muda yang sepatutnya bertimbang rasa mungkin berasa bahawa kereta sports barunya itu merupakan cerminan diri sebenarnya dan ia akan menggalakkannya berlumba kereta memandu dengan cuai tanpa menghiraukan kereta orang lain.
  • Begitu juga, pertimbangkan tentang bagaimana seseorang yang percaya bahawa berperang itu bagi mencapai keamanan, yang biasanya mungkin bertabiat dan bertindak secara lemah lembut serta sopan-santun, mungkin menghentam bocor kepala orang yang mengancam atau mencabar perkara yang dianggapnya sebagai "aman" itu.
Dalam kedua-dua keadaan ini, minda mencetuskan tahap khayalan, tetapi ia nampak sangat benar kepada orang yang berada dalam keadaan tersebut, dan tumpuan matlamat serta hakikat menjadi kabur. Tahap khayal mendalam ini adalah perkara yang selalunya menjadikan manusia berbuat perkara pelik-pelik, kadangkala jahat juga, dan tak mengikut peribadi tingkah laku manusia. Semua manusia boleh terlibat atau sekurang-kurangnya terlibat sekali-sekala dalam keadaan ini sama ada pada kehidupan ini atau kehidupan lain mengalami sengsara disebabkannya.

Khamis, 10 Oktober 2013

Tapa Anatman

Swasti Srih!


Sebutan mengenai "ini aku punya", "ini adalah aku" dan "inilah diriku" timbul apabila tuan tidak memahami bagaimana timbulnya kesedaran tuan itu timbul lalu berpergian. Phra Buddha Chao mengajar kita bahawasanya, "diri" yang tersebut itu terbina dari lima skandha bahan kebergantungan iaitu bahan, perasaan, persepsi, pembentukan keinginan dan kesedaran. 

Kemuculan semua skandha ini terjadi dengan kelahiran dan ia akan hilang pula dengan kematian. Kesedaran, sementara berdiri, mungkin berdiri itu bertalian dengan rupa; berdasarkan kepada rupa, terbangun di atas rupa dengan renjisan suka, ia akan berkembang, bertambah, dan meluas. 

Atau kesedaran, sementara berdiri, mungkin berdiri bertalian dengan perasaan... bertalian dengan persepsi... bertalian dengan pembentukan kemahuan; berdasarkan kepada pembentukan kemahuan, didirikan atas pembentukan kemahuan dengan renjisan kesukaan, ia mungkin akan berkembang, bertambah dan meluas. Selain daripada rupa, selain daripada perasaan, selain daripada persepsi, selain daripada pembentukan kemahuan mendatang dan perginya kesedaran itu adalah mustahil.

Ada tiga jenisnya pembentukan kemahuan:

1. Pembentukan kemahuan pada tubuh.
2. Pembentukan kemahuan pada perbuatan.
3. Pembentukan kemahuan pada pemikiran.

Dalam lain perkara pula, ada enam jenis kemahuan iaitu:

1. Kemahuan berkaitan rupa.
2. Kemahuan berkaitan bunyi
3. Kemahuan berkaitan bauan
4. Kemahuan berkaitan putik rasa
5. Kemahuan berkaitan bahan boleh dipegang
6. Kemahuan berkaitan fenomena pemikiran.

Menurut kepada Khajjaniya Sutra, pembentukan kemahuan itu memainkan peranan besar dalam hidup kita. Baginda Buddha menyebut, "Pembentukan kemahuan membina rupa bersyarat itu menjadi rupa, ia membina perasaan bersyarat menjadi perasaan, ia membina persepsi bersyarat menjadi persepsi; ia membina pembentukan kemahuan bersyarat sebagai pembentukan kemahuan; ia membina kesedaran bersyarat menjadi kesedaran". 

Kini, lihatlah apa terjadi dalam pemikiran tuan apabila tuan melihat bahan yang menyenangkan. Rasa suka dalam rupa timbul dan tuan akan menyambutnya dan terus memegangnya. Sejak tuan tetap memegang rupa ini, perasaan, persepsi, pembentukan kehendak dan kesedaran yang timbul itu bergantung kepada bahan yang ternampak pada diri tuan, tuan sedang membuat "pembentukan kemahuan" yang baru.

Kemudian, pikir pula bagaimana tuan akan bertindak balas apabila tuan melihat bahan yang sama pada ketika lain? Pembentukan kemahuan akan membentuk rupa itu, perasaan senang, persepsi, pembentukan kemahuan dan kesedaran untuk tuan. Perkara ini akan berterusan dan kita patut cuba memahami bahawa semua ini adalah pembentukan yang tak kekal, tertakluk kepada derita duka dan bukan "diri".

Perbincangan lain yang menarik dalam Parileyya Sutra, menjelaskan asal terbitnya pembentukan kemahuan. Baginda Phra Buddha Chao bersabda, "Seseorang itu menganggap rupa itu sebagai diri. Tanggapan itu merupakan pembentukan. Pembentukan itu, apakah puncanya? Apakah asalnya? Dari mana ia terjelma dan dihasilkan? Apabila pelokaan tak terarah itu dihubungkan oleh perasaan yang terjelma daripada hubungan kejahilan, muncul teringin atau tanha; maka dari situ, lahirlah pembentukan".

Jika kita mengetahui keadaannya itu, bahawa pembentukan ini menimbulkan kedukaan maka kita pastilah tidak akan "menerima" rupa, perasaan, persepsi, dan lain-lain sebagai "diri". Baginda Phra Buddha Chao bersabda bahawasanya, "Rupa itu bukan kau punya: tinggalkannya! Dengan kau tinggalkannya, maka itu akan membawa kau kepada kebajikan dan suka bahagia". Jalan membawa kepada tuan meninggalkan segala yang bukan punya tuan itu adalah Jalan Lapan Lapis Mulia: Arya Astangika Marga. Moga kita semua menurut Jalan Para Arya ini, sadhu... sadhu... sadu....  

Rabu, 2 Oktober 2013

Tapa Empat Kebenaran Mulia: Jalan Terputusnya Duka

Swasti Srih!


4. Kebenaran Mulia Jalan Pengamalan Membawa Terputusnya Duka

Jalannya ringkas sahaja wahai tuan pertapa sekelian. Dengan mengamalkan Sila... Semadhi... Prajna. Ketiga-tiga lipatan ini saling berkaitan dan tidak boleh tuan budiman tanggalkan atau ceraikan. Setiap satu dalamnya itu saling membawa tuan ke tingkatan-tingkatannya. Jalan ini membawa kepada jiwa yang tenang sebelum mencapai ketenangan yang penghabisan nyawa di lokamaya ini....

1. Samyak Dresti
2. Samyak Samkalpa
3. Samyak Waac
4. Samyak Karmanta
5. Samyak Ajiwa
6. Samyak Wiyaamaa
7. Samyak Smriti
8. Samyak Semadhi

Bacalah yang ini setiap hari biar bertempek dalam kepala tuan-tuan budiman biar melimpah sampai mengalir keluar sendiri najis-najis duniawi dan ego dari kepala tuan budiman sekelian. Ikut suka tuanlah hendak membaca dalam bahasa Sanskerta atau bahasa Bali (Pali). Tak ada masalah, baca sajalah Samma Ditthi, Samma Sangkappa, Samma Waaca, Samma Kammanta, Samma Achiwa, Samma Wayaama, Samma Sati serta Samma Semadhi. Atau nak membaca dalam bahasa ibunda sendiri atau bahasa kebangsaan negara sendiri seperti bahasa Siam, bahasa Melayu, bahasa Tamil, bahasa Inggeris sekalipun.

Masalah bahasa usah dirisaukan. Yang kita risaukan bila kita terlampau berat ke upacara sampai kita tidak mengamalkan ajaran dharma yang baginda Phra Chao Buddha sebarkan dan sampai kepada kita menerusi para Phra Sangha serta orang-orang tua. Cubalah kita mencapai suka bahagia tanpa menyakiti nyawa yang lain. Sadhu... Sadhu... Sadhu...  

Selasa, 24 September 2013

Siddha dan Yoga


Siddha

Siddha
Pembuka Siddha
Kehidupan Siddha Tantri
Siddha dalam ajaran Jina
Siddhasrama dalam Ramayana
Siddha Sampradayam
Siddha Sampradayam: Guru Besar
Siddha Sampradayam: Tujuan dan Kenaikan
84 Orang Mahasiddha Agung
Siddha Sampradayam: Pengaruh Kesusasteraan
Siddha Sampradayam: Cawangan
Tradisi Siddha Tamil
Perubatan Siddha Tamil
Perubatan Siddha Tamil: Itihasa
Mahasiddha: Buddhagupta Natha
Ringkasan Kehidupan Siddha Moden
Jinagama: Jenis-Jenis Siddha
Pesanan Siddha buat Hidup Sihat

Yogi Pertapa
Cara Tapa Siddha
Pengenalan Cakra
Sapta Cakra
Tentang Sadhana

Sastera Siddha

Wiweka Martanda bhg. 1
Wiweka Martanda bhg. 2
Wiweka Martanda bhg. 3
Wiweka Mārtaṇḍa bhg. 4
Kaula: Ucapan Satya Indra Natha bhg.1

Sang Hyang Mahajñana
Ringkasan Sang Hyang Mahajñana

Ayurweda

Kehidupan yang Sattwa
Pemakanan Sattwa
Pemakanan: Musim Sejuk dan Hujan

Urutan 

Abhyanga Sendiri

Tumbuhan

Pohon Pipal
Siddha: 10 Jenis Perahan Buah
Makanan Baik untuk Kulit
Buah Betik
Kebaikan Halia

Falsafah Yoga

Sejarah Adwaita Wedanta

Falsafah Adwaita Wedanta
Catur Marga Jalan Yoga

Yoga

Pernafasan

Pranayama: Seni Bernyawa Yoga
Pengenalan: Pranayama
Lapan Cara Pranayama
Pranayama: Kepentingan Pernafasan
Pranayama: Sebab Nafas Pendek
Pranayama: Kesan Pernafasan Cetek
Pranayama: Kepentingan Bernafas Ikut Hidung
Pranayama: Anulom Wilom

Pranayama: Sudarshana Cakra Kriyam

Tapa Yoga
 
Karma Yoga 
Jnana Yoga
Bhakti Yoga

Yoga Gerak Tubuh

Yoga Bangun Pagi
Yoga Bangun Pagi Lanjutan
Regangan Pagi
Yoga Sakit Belakang
Yoga Sakit Pinggang
Yoga Tulang Belakang
Yoga Sukar Tidur 
Yoga Nedra: Tatacara Sawasannah
Yoga Pagi: Tara Stiles
Yoga Regangan Tubuh Pagi: Tara Stiles
Yoga Candali
Wayu Prana Panca Cakra
Anandayoga: Vayu Panca Prana

Sastera Yoga

Tapa
Semadhi

Tapa: Swami Suryananda

Ahad, 11 Ogos 2013

Karma Yoga

Om Swastiastu!


Karma Yoga ini adalah ajaran yang berdasar kepada Bhagawadgitam. Kata "Karma" sudahlah kita ketahui bererti "Perbuatan". Seri Begawan Kresna mengajarkanlah kita bahawasanya tindakan tidak mementingkan diri sendiri itu adalah jalan yang terutama bagi menyedari Kebenaran dan mencapai kehidupan dalam cahaya gilang-gemilang.

Bhakti Yoga pula bererti mencintai-Nya dan memberi sepenuh kasih sayang kepada Guru. Karma Yoga ini adalah perbuatan kebajikan kepada seluruh loka, mencintai loka seluruhnya dan segala ciptaan dalamnya. Begawan Kresna mengajarkan Karma Yoga, Bhakti Yoga dan Jnana Yoga bagi merenung diri dan persemadian kita. Ketiga-tiga ini merupakan jalan cinta yang sempurna. Namun, utama sekali dalam segala kebaktian itu adalah Karma Yoga.

Jalannya

Hiduplah dalam ketenangan dalaman dan bertindak dengan cinta serta kesukaan terhadap segala ciptaan. Bagi setengah orang itu, pentinglah untuk hidup dengan ketenangan luaran, mencapai pula ketenangan dalaman. Dasarnya, ketenangan dalaman itu puncanya dari ketenangan minda. Minda yang tenang terjadi apabila kita menumpukan perhatian kepada rohani atau jiwa kita. Dengan memberi tumpuan kepada ciri-ciri kita sendiri, maka kita juga memberi tumpuan kepada para dewata kerana bagi orang Hindu itu ada pandangan Aham Brahmasi atau jiwa seseorang itu bahagian cetusan dari-Nya. Ciri diwiyam akan dicapai menerusi cubaan menguasai ciri-ciri buruk diri sendiri, ketagihan, ketakutan dan dendam kemarahan dalam masa yang sama cuba menambah lagi ciri-ciri baik pada diri sendiri. 

Cubalah bahagikan masa bertindak dalam kebajikan dengan rehat peribadi kita. Hiduplah dengan keseimbangan dalaman, menjimatkan tenaganya, menjaga kesihatan tubuh dan minda. Jika segala ini diperkuat, maka bolehlah ditumpukan pula kepada ciri positif dalaman dan cinta kasih yang akan membawa kita kepada cahaya cerah secerah siang. Tukarkan pemikiran buruk dengan pemikiran baik dan sangkaan baik. Cuba selalu bersangka baik, bercakap perkataan arya mulia dan tindakan arya mulia.

Cuba menyumbang kepada loka yang bahagia, bukannya mengusutkannya. Tatkala kita mengarahkan keinginan untuk loka yang bahagia, maka kita juga sedang melangkah ke arah pencerahan. Rahasia kepada keinginan ini ada kaitannya dengan jiwa dalaman dengan loka luaran. Secara kejiwaannya kita ini bukannya orang lain pada ciptaan lain. Kebahagian mereka akan turut memberi kesan kepada kita. Bila kita membayangkan bahawa ciptaan lain itu bahagia maka kita pun sama suka bahagia. Sesiapa yang menggalakkan tujuan ke arah loka bahagia maka dia pun mencetuskan kebajikan di dalamnya. Apabila kita menghantarkan cahaya kepada ciptaan lain, maka satu hari cahaya itu pun akan menerobosi jiwa kita jua. Jika kita berbuat baik untuk lokamaya, maka lokamaya pun mengaruniakan kita dengan kuasa jiwa yang baik.       

Jadikan kebahagiaan dalaman itu sebagai tumpuan hidup, bukannya kebahagian luaran. Jika kita mengikut dua prinsip ini iaitu amalan kerohanian dan cinta pada loka segala maka minda kita pun akan turut mengalami perubahan. Ketegangan dalaman kita akan mencair dan muncul bahagia. Makin lama kita hidup dan makin lama kita mengamalkan Karma Yoga, maka semakin bersinarlah jiwa dan diri kita.   

Tapa Ketenangan Jiwa
  •  Cuba lihat pada bumi ini yang berada di injakan kaki mu dan sapulah perlahan kaki mu di tanah lalu penuh kasih sayang dan secara mental berkata, "Moga suka bahagia segala ciptaan. Moga dikau sang Pertiwi bahagia hendaknya!"
  • Lihat di televisyen jika ada orang yang menyentuh hatimu secara positif atau negatif? Bersihkan hubungan tenaga, lalu bayangkan orang itu sebagai seorang Buddha atau seorang dewata. Taburkan kata-kata positif. Bayangkan kata-kata mu itu mantra dan ucapkannya sehingga kamu dapat mengatasi segala keterikatan atau penolakan terhadapnya. Segala yan kau lihat pada pandangan mata mu itu yang mengikat dan mengusutkan jiwamu. Cetuskan keharmonian dalam minda mu. Langkah pertama adalah mencetuskan loka postif dalam minda mu sendiri. Gerakkan tangan mu seolah-olah kamu menghantarkan cahaya kepada semua orang yang kamu lihat itu dengan mental berkata, "Aku hantarkan cahaya kepada .... , aku mengharapkan moga dia mendapat kebijaksanaan, suka dan bahagia. Moga semua mereka di dalam televisyen itu mencapai pencerahan, menjadi yogi dan mencapai kedewataan".
  • Cuba kau usap-usap tangan pada cakra hati. Bayangkan yang dirimu itu seorang Buddha, yogi, dewi atau seorang Kristian. Katalah, "Aku ini seorang yogi. Aku cuma menuju kepada jalan yang positif. Aku hidup dalam ketenangan, cinta dan bahagia". 
  • Usap tangan pada cakra di ubun-ubun kepala dan mintalah kepada guru-guru yang dicerahi untuk mendapat petunjuk dan bantuan. Contohnya bolehlah minta pada Betara Siwa jika kamu seorang Saiwa, Betara Wisnu kalau seorang Waisnawa, Begawan Kresna, Sang Buddha serta lain-lain guru yang kamu kenal dan berbakti. Hubungkan dirimu dengan tenaga mereka secara kejiwaan. Katalah, "Om guru dicerahi sekelian. Aku mohon petunjuk dan bantuan dalam jalan kejiwaanku ini". 
  • Letaklah tangan-tanganmu di ribaan, gerakkan kaki mu dan baca pada hatimu japamantra, "Om santi santi om" bagi mewakili tubuh mu, kaki mu keduanya dan untuk lokamaya. Berhenti berpikir untuk seminit. Tenangkan diri, senangkan diri. Hiduplah sebentar sebagai seorang Karma Yogi dalam ketenangan, suka dan bahagia. 
Amalkan sehari-hari ciri baik yang dicapai. Jadilah sang sura bagi loka, "Aku menghantarkan cahaya kepada... Moga segala ciptaan itu suka bahagian. Moga lokamaya ini bahagia suka adanya."

Amaran

Ada sahaja bahayanya dalam perjalanan ini. Jalannya itu berliku-liku durinya. Tuan budiman sekelian, aku sendiri melaluinya. Aku menghadapi pelbagai cabaran termasuk patah hati dan ingin membunuh diriku kerana merasai diriku tiada berguna. Keadaan ini terjadi disebabkan kita terlalu bekerja keras lalu kita pun kehilangan segala tenaga bagi kesukaan kerana segalanya dikerahkan kepada ciptaan lain. Karma Yogi mestilah mengamalkan ketenangan diri yang berakar kejap pada dirinya. Diri sendiri haruslah dijaga dahulu kerana jika diri sendiri tidak terusurs, bagaimana pula kita akan menguruskan ciptaan lain? Kerja keras yang tidak bijak sebenarnya meletihkan kita sahaja, bukannya mencerahkan kita. Kita akan merasai kegelapan. Makanya penting kita senantiasa ditemani oleh Begawan Kresna menerusi Bhagawadgita supaya ada panduan yang mencecah kita tatakala menghadapi masalah.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Dresti Hindu: Klesa

Om Swastiastu!


Sudah lama kita tidak membincangkan mengenai dresti Hindu kita. Baru-baru ini aku ada terbaca dalam laman kepunyaan seorang penganut ajaran Buddha keturunan Siam senegara yang menyebut bahawa, "Musuh utama manusia yang wajib dibunuh-bunuh itu ialah kleśa yang berdiam di hati. Malangnya manusia itu gelap hatinya sehingga tak mengenali musuh ini lantas dibunuhnya nyawa ciptaan bernyawa yang lain kerana disangkanya musuh akibat kegelapan dirinya itu". 

Jadi dalam masukan kita ini, aku ingin bercakap tentang ക്ലെശാ kleśa yang kita sering dengar dalam yoga. Ertinya dalam bahasa Melayu itu adalah "racun". Sloka ketiga dari Yogasutra Patanjali mengenalpasti lima jenis racun atau പഞ്ചക്ലെശാ panchakleśa. Disebut Patanjali:

അവിദ്യാസ്മിതാരാഗദ്വെഷാഭിനിവെശാഃപഞ്ചക്ലെശാഃ (൩)

Awidyāsmitārāgadweṣābhiniweśāh pañca kleśāḥ (3)

Ertinya:

Lima racun itu adalah.......
  • Awidyā atau kejahilan dalam bentuk kesilap pahaman tentang hakikat. 
  • Asmitā dalam bentuk kesilapan dalam pengenalan Jiwa dengan intelek (kemampuan pengetahuan).
  • Rāga iaitu keterikatan pada bahan maya.
  • Dweṣa atau rasa menyampah, antipati, benci, jijik dan meluat.
  • Abhiniweśāh atau takut dengan kematian yang terbit dari sikap terlalu condong kepada dunia atas dasar kejahilan.
Nanti sambungannya akan aku perbuat pula bagi pemahaman dalam ajaran Buddha dan pemikiran para Sarmana. Penerangannya mungkin panjang sedikit kerana perlu gabungan pula kepada tradisi Mahayana dan Therawada bagi mengelakkan pemahaman separuh tiang. Ku tekankan juga bahawa perkara ini sangatlah penting bagi perkembangan jiwa tuan budiman.