Ahad, 23 April 2017

Dewata dalam Kehinduan


Dewata dalam kehinduan ini sebenarnya adalah suatu perkara yang tidak akan dapat difahami oleh penganut agama Abrahamic. Pemahaman mengenai istilah ini mestilah disertai dengan ilmu yang mendalam dalam bahasa Sanskrit dan bahasa-bahasa penduduk serantau yang menganuti agama Hindu. Istilah dan nama-nama lain bagi dewata ini pula berbeza mengikut tradisi dalam agama Hindu sendiri. Hal ini termasuklah istilah dewi, iswara, bhagavan dan bhagavati.

Dewata pada pandangan agama Hindu ini berevolusi dari zaman Vedik lagi iaitu sekitar abad ke-2 SM melalui zaman pertengahannya sekitar abad pertama masihi. Ia turut berevolusi di rantau-rantau tempatan seperti di Nepal, India dan Asia Tenggara serta tradisi-tradisi Hindu yang pelbagai itu. Konsep dewata Hindu ini pelbagai pula, dari dewa peribadi seperti dalam aliran falsafah Yoga, 33 dewata dari maklumat yang diberikan oleh kitab suci Veda sehinggalah kepada beratus-ratus dewa dalam Purana. Baca lanjut - klik di sini.

Isi Kandungan
Rujukan

Ahad, 16 April 2017

Jalan Hidup Siddha


Apakah Siddha? Siddha ini adalah perkataan bahasa Sanskrit bermaksud seorang ahli hikmah. Mereka ini selalunya digambarkan sebagai orang yang dicerahi jiwanya. Resi Agastiyar contohnya adalah seorang ahli hikmah. Yang lain-lain seperti Ramalinga Swamigal, Siddhartha Gautama, Guru Nanak, Thiruvalluvar, Confucius dan lain-lain semuanya adalah ahli hikmah. Mereka ini berkongsi pengalaman jiwa dan rohani mereka dengan masyarakat umum. Mereka wujud dalam rupa rohani dan juga rupa jasad.

Sesetengah mereka menjauhi orang ramai kerana mereka sensitif dengan persekitaran mereka. Keadaan sensitif mereka ini menyebabkan mereka mudah berasa terganggu. Oleh itu, mereka cuma bergaul dengan sesetengah orang yang terpilih sahaja dan mereka lebih suka berseorangan. Para Siddha terganggu dengan orang yang tidak bertanggungjawab. Manusia hari ini menjadi mementingkan diri, bongkak, jahil, bersikap berat sebelah serta cenderung mencederakan jiwa serta makhluk lain. Keikhlasan akan membawa keikhlasan. Karma baik dan buruk itu terkandung dalam hukum alam. Oleh itu, dekatilah mereka dengan ikhlas nescaya mereka akan memberi tindakbalas baik.

Jalan Siddha ini bukanlah sejenis agama anutan sebaliknya ia adalah sejenis jalan kehidupan.  Siddha menumpukan perhatian kepada kehidupan yang baik dan berkebajikan pada semua makhluk. Ia mengandungi panduan kepada barangsiapa yang ingin hidup dengan kehidupan yang baik, harmoni, tenang fikirannya, menerima pencerahan jiwa selanjutnya mencapai keabadian jiwa.

Faedah menjalani kehidupan mengikut jalan Siddha ini adalah:
  • pembersihan karma
  • membuang segala halangan negatif
  • kehidupan yang tenang, sentiasa sedar jiwanya
  • kehidupan yang mulia
  • mencapai pencerahan jiwa dan batin
Mereka yang tertanya-tanya mengenai "siapakah aku?" atau para pencari batin yang ingin mendapatkan jawapan dari persoalan hidup yang penting bolehlah mengikuti jalan hidup Siddha ini. Hidup Siddha tidak memerlukan amalan pengorbanan seperti yang terdapat dalam pemujaan di pura sebaliknya cuma perlu mengamalkan renungan jiwa, samadhi dan kehidupan yang baik. Jalan hidup ini tidak memerlukan seseorang itu meninggalkan kehidupan duniawi. Resi Agasthiyar dan rakan-rakan beliau sebagai contoh tidak percaya dengan jalan meninggalkan duniawi. Beliau berpendapat bahawa keluarga itu sama pentingnya dengan perkembangan jiwa seseorang. Seorang yang mengikuti amalan hidup Siddha mesti memahami ajaran agama lain serta cara hidup lain supaya kesukaan, penerimaan dan harmoni dapat terus wujud di dunia ini.

Rujuk:
Gambar: Pemerupaan Sang Yamāntaka, Petir Pemanah Ketakutan

Isnin, 1 Februari 2016

Jenis-Jenis Makhluk Halus

Om Svasti Astu


Disebabkan makhluk halus, roh atau semangat ini merupakan sesuatu yang abstrak, maka kita jarang-jarang sekali menyedari kehadirannya. Oleh itu, diharapkan masukan yang ini memberi peringatan kepada kita semua agar sentiasa menjaga kesedaran diri dan jangan sampai terpengaruh dengan roh-roh jahat di sekeliling kita.

Jenis-Jenis Hantu

Apabila kita merujuk kepada semua hantu itu sebagai hantu, maka kita tidak menyedari bahawa sebenarnya terdapat banyak jenis tenaga-tenaga gelap atau jahat yang berada dalam alam ghaib. Dalam masukan yang ini, kita akan cuba mengumpulkan jenis-jenis tenaga jahat yang didasarkan kepada kedudukan biasa sampai ke kedudukan yang tinggi. 
Sumber Rujukan: Pertubuhan Kajian Kerohanian India (SSRF)
Gambar: Bukit Dow, Darjeeling, India
Pranala lain: Hantu dan Roh

Jumaat, 25 Disember 2015

Kehidupan Selepas Kematian

O Svasti Astu


Masukan kita yang terkini adalah bercirikan alam ghaib atau alam rohaniah. Kita sering tertanya-tanya, apakah yang akan berlaku selepas kematian? Banyaklah agama dunia yang memberikan penjelasan menurut cara dan perbendaharaan kata menurut rantau terbitnya agama tersebut. 

Menurut penganut agama Abrahamic yang terkenal, kehidupan selepas kematian itu dijelaskan dengan perkataan akhirat. Yang mana konsep kerohanian mereka mengenal alam bumi, ajal manusia dan proses pengadilan sebelum kemasukan seseorang manusia itu ke syurga atau neraka. Namun, tiada pula konsep penjelmaan semula "roh" di tiga alam dunia ini seperti yang diajarkan dalam Bhagavadgita.

Bagi penganut agama Hindu dan yang sewaktu dengannya, ada pula kepercayaan kepada penjelmaan semula roh yang didasarkan kepada ajaran bhagavan Krishna. Dalam penelitian pencari-pencari kerohanian Hindu sendiri pun, terdapat beberapa kes yang dicatit dan dikaji yang menunjukkan mengenai penjelmaan semula roh dalam pelbagai jurang waktu kematian seseorang itu di alam bumi. Persoalan yang timbul, ke mana pula perginya roh itu selepass ajal tubuh sehingga dijelmakan semula ia di tiga alam? Sebenarnya berapa banyak alam yang wujud? Yayasan Kajian Sains Kerohanian (SSRF) sebenarnya ada menyediakan rencana sebagai sarana bantuan untuk penganut, manakala kita bawakan pula ke tatapan pembaca agar lebih tersebar meluas.

Sebagai perhatian, pembaca haruslah memahami dahulu konsep triguna atau tiga jaluran tenaga yang diwakili oleh sattva, raja dan tama supaya pandangan alam masyarakat Hindu boleh difahami dan diperjelas dengan mudah.

Isi Kandungan
Alam-Alam Halus di Jagat Raya

Pesanan oleh penaja laman, hargailah kehidupan anda yang kini. Jangan disia-siakan dengan perbuatan yang tidak-tidak. Kelak merana jiwamu.

Ahad, 9 Ogos 2015

Mahā Śiva Ratri


Mahā Śiva Ratri adalah merupakan perayaan tahunan yang dirayakan untuk memuliakan Betara Śiva. Ia adalah hari untuk memperingati peristiwa Betara Śiva bervivaha dengan dewi Parvati. Perayaan ini bermaksud, Malam Agung Betara Śiva, menurut bahasa penduduk Nusantara. Ia menandakan penyatuan antara Śiva dan Śakti.

Khamis, 16 Julai 2015

Hari Raya Galungan

O Svasti Astu


Pada permulaannya, Galungan merujuk kepada sebuah wuku (kiraan kalendar Hindu, 210 hari). Ia menduduki kedudukan ke-11 daripada 30 vuku. Rujukan lainnya adalah wuku Dungulan. Hari raya ini jatuh pada Budhavara Kliwon wuku Dungulan atau Galungan.

Kepentingan Perayaan

Hari raya ini berlaku setiap enam bulan sekali. Ia dirayakan sebagai Pewedalan Jagat atau Oton Gumi
  • Ketika itu, penganut mengatur rasa tunduk bakti kepada Tuhan atas penciptaan dunia dan segala isinya.
  • Ia menjadi tanda penghargaan kepada Tuhan yang menjelmakan dunia ini menerusi yajña.
  • Hari peringatan untuk memerdekakan jiwa dari belenggu kegelapan dan pencemaran jiwa.
  • Hari tewasnya musuh-musuh jiwa manusia.
Tiga hari sebelum perayaan ini, semenjak Minggu Pahing wuku Dungulan, jiwa manusia mula digoda oleh Bhūta Kāla Bertiga iaitu:
  • Sang Bhūta Galungan
  • Sang Bhūta Dungulan
  • Sang Bhūta Amangkurat
Mereka bertiga ini menggoncang kekuatan sradha (kepercayaan) manusia dalam menjalani upacara, menyambut dan merayakan Galungan serta hari-hari seterusnya. Untuk mengimbangi Sang Hyang Viśea yang menjelma sebagai Bhatara Kāla atau Bhatara Galungan, maka disembahkanlah sajian untuk para Bhūta dan Kāla.
Di samping itu, ketika wuku Dungulan ini diikuti berturut-turut oleh tiga harinya, disebut sebagai, Jaya Tiga. Maksudnya, Kāla ditundukkan menerusi usaha untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, perayaan ini diberi istilahnya oleh Mpu Sedah dengan, "Dungulan eng parang mukha". Bermaksud, hari tunduk kalahnya sekelian musuh manusia.

Isi Kandungan Samacara

Sila diketik judul-judul berikut untuk mengakses samacara anda:

Asal-Usul Hari Raya Galungan
Pengertian Falsafah Galungan
Jenis-Jenis Galungan
Galungan di Tanah Besar India

Diucapkan rahajeng rahina Galungan bagi rakan-rakan yang dihormati sekelian.

Sumber Rujukan: Babad Bali
Mantra: Śiva Namaskartha

Selasa, 10 Mac 2015

Perubatan Alternatif


Sehingga kini, dunia perubatan Barat melihat kepada teknik Allopati sebagai terapi asas untuk sebarang jenis penyakit. Hari ini, minat untuk mengguna pelbagai jenis bentuk perubatan alternatif semakin meningkat. Namun, kajian perbandingan yang jelas masih belum didokumenkan secara sistematik. 

Pihak Yayasan Kajian Rohaniah (SRF) telah pun membuat beberapa kajian mengenai beberapa jenis kaedah perawatan alternatif bagi membolehkan pembaca-pembaca di seluruh dunia menelusuri beberapa perkara seperti:
  • cara perubatan tersebut digunakan.
  • tahap-tahap ia memberi kesan kepada penyembuhan.
Maklumat-maklumat ini dipetik dari pengalaman-pengalaman para "pencari" SRF yang telah pun memperkembang daya pemandangan lampau deria (ESP) atau mempunya indera keenam yang maju. Ketepatan pengetahuan mereka ini disahkan oleh yang berhormat, Dr. Jayant Athavale.

Bentuk-Bentuk Perubatan Alternatif