Prāṇāyāma

Praayama adalah pengaturan nafas keluar masuk paru-paru, melalui rongga hidung dengan tujuan menyebarkan prānā atau tenaga dari persekitaran ke seluruh tubuh. Yang terpenting antaranya ada tiga iaitu:
  • Puraka, sedut nafas.
  • Kumbhaka, tahan nafas.
  • Rechaka, hembus nafas.
Ketiga-tiga bentuk prāṇāyāma ini dibuat perlahan-lahan secara bertahap. Masing-masing selama tujuh detik. Hitungan tujuh detik ini bertujuan untu menguatkan kedudukan tujuh chakra di tulang belakang kita.

Tujuh chakra tersebut ringkasnya adalah:
  • Muladhara, di pangkal tulang pungkor antara dubur dan kelamin.
  • Svadisthana, di atas kelamin.
  • Manipura, di pusar.
  • Anahata, di jantung.
  • Vishuddha, di leher.
  • Ajña, di tengah kedua-dua mata.
  • Sahasrara, di ubun-ubun.
Untuk siswa yang berminat dengan Kundalini Yoga, boleh cuba membaca petunjuk-petunjuk menerusi huraian dalam Sri Swami Sivananda Ji Maharaja.