Amalan Perubatan Ayurveda

Pakar-pakar Ayurveda menganggap bahawa kewujudan jasmani dan peribadi itu sebagai satu unit. Kedua-dua elemen ini saling mempengaruhi satu sama lain. Pnedekatan holistik inilah yang diperguna dalam diagnosis penyakit dan terapi pemulihan. Ia merupakan aspek asas dalam perubatan ini.

Bahagian lain dalam kaedah perubatan ini pula menyatakan bahawa terdapat srota atau saluran-saluran yang memindahkan cecair dalam tubuh. Saluran-saluran ini boleh dibuka semula melalui rawatan urutan minyak dan svedana (bertangas). Saluran darah dalam badan yang tersumbat boleh menyebabkan penyakit. 

Diagnosis Penyakit

Ayurveda mempunyai lapan cara untuk mendiagnosis penyakit iaitu:
  • Nadi, denyutan 
  • Mūtra, kencing
  • Mala, najis
  • Jihva, lidah
  • Ṣabda, ucapan
  • Sparśa, sentuhan
  • Druk, penglihatan
  • Ākruti, paras penampilan
Pendekatan diagnosis yang digunakan mereka adalah berdasarkan kepada penggunaan pancaindera. Sebagai contoh, pendengaran digunakan untuk memerhati keadaan pernafasan dan percakapan. Pengajian mengenai marman marma atau titik-titik maut juga turut diberi penekanan.  

Upakarma (Perawatan)


Rawatan dan Pencegahan

Dua daripada lapan cabang Ayurveda klasik membicarakan mengenai pembedahan. Namun, Ayurveda kontemporari cuma menekankan mengenai pencapaian kesihatan yang baik menerusi pembinaan sistem metabolisme yang sihat dan memelihara sistem pencernaan serta pembuangan yang lancar.  

Ayurveda juga menekankan mengenai senaman, yoga dan semadhi. Salah satu preskripsinya adalah diet atau pemakanan Sattva. Ayurveda mengikut konsep Dinacharya, yang menyebut bahawa putaran alam semulajadi seperti bangun, tidur, bekerja dan bersemadhi adalah penting untuk kesihatan jasmani serta rohani. 

Amalan bersuci contohnya seperti mandi, membersihkan gigi, penjagaan kulit dan membasuh mata turut menjadi amalan penting. 

Bahan-Bahan Ayurveda

1. Tumbuhan 
 
Rawatan-rawatan berasaskan tumbuhan dalam Ayurveda datangnya dari penggunaan akar kayu, dedaun, buah-buahan, kulit kayu atau biji-bijian seperti buah pelaga dan kulit kayu manis. Dalam abad ke-19, William Dymock dan penulis-penulis bersama mengenai Ayurveda merumuskan beratus-ratus ubatan yang berasaskan tumbuhan dengan menggunakan peralatan moden, struktur mikrospik, sebatian kimia, toksikologi, kisah-kisah yang terkenal perubatan tersebut dan hubungannya dengan perdagangan di British India ketika itu. 

2. Haiwan

Bahan-bahan dari haiwan yang digunakan dalam perubatan ini adalah susu, tulang temulang dan batu karang haiwan. Di samping itu, lemak haiwan turut digunakan untuk kegunaan dalaman dan luaran. 

3. Galian

Pengambilan galian-galian termasuklah dari jenis sulfur, arsenik, plumbum, tembaga sulfat dan emas. Penggunaan bahan-bahan ini dalam perubatan herba disebut sebagai rasa shastra. 

4. Alkohol

Ayurveda menggunakan bahan alkohol yang disebut sebagai Madya, yang dikatakan boleh menyelaraskan dosha dalam tubuh dengan meningkatkan Pitta serta menurunkan tahap Vatta dan Kapha. Bahan ini diklasifikasikan sebagai bahan mentah yang melalui proses penapaian. Kategorinya termasuklah dari jenis gula, buah, bijirin, bijirin dan herba, cuka yang ditapai serta minuman wain tonik. Hasil yang diniatkan adalah berbentuk penyucian atau pembersihan urat saraf, memperbaiki pencernaan atau rasa, mengeringkan serta melonggarkan sendi-sendi yang ketat. Teks-teks Ayurveda menjelaskan Madya sebagai bertindak pantas dan tidak berlengas. Ia meresap ke dalam rongga-rongga di tubuh dengan cepat dan membersihkan dengan segera.

5. Candu

Candu yang disucikan didakwa boleh digunakan menerusi persediaan lapan jenis kaedah Ayurveda. Ia dikatakan menyeimbangkan Vata dan Kapha selain meningkatkan Pitta. Ia dipreskripsikan untuk pesakit cirit birit dan disentri. Selain itu, ia dikatakan boleh meningkatkan kemampuan kelamin dan keupayaan otot. Ia memberi kesan kepada otak.

Ciri-ciri sedatif dan mengurangkan kesakitan oleh candu ini tidak diterima dalam Ayurveda. Penggunaannya tidak ditemui dalam teks-teks Ayurveda, Ia pertama kalinya disebut cuma dalam Sarngandhara Samhita (1300-1400 M) yang merupakan sebuah kitab rujukan farmasi digunakan di negeri Rajasthan di Barat India. Ganja digunakan di situ sebagai pemangkin untuk ketahanan lelaki bagi mengelakkan ejakulasi pra-matang semasa hubungan kelamin.   

Boleh jadi, candu dibawa masuk ke India bersama dengan atau sebelum kemasukan orang-orang Islam dari Barat ke India. Kitab Yoga Ratnakara yang dikarang oleh penulis misteri dari 1700-1800 M terkenal di Maharashtra, menyebut mengenai penggunaan candu dalam sebatian galian dan herba hanya dipreskripsikan untuk sakit cirit birit. Kitab Bhaisajya Ratnavali pula menyebut bahawa candu dan kapur barus digunakan untuk merawat penyakit gastroenteritis yang teruk. Dalam dadah ini, tindakan mengurangkan daya pernafasan diseimbangkan oleh kapur barus yang bersifat merangsang. Kitab-kitab perubatan seterusnya memasukkan ciri-ciri kelegaan dari penggunaan bahan narkotik untuk penyakit urat saraf.

Bahan seperti Cannabis Indica juga tidak terdapat sebutannya dalam kitab-kitab Ayurveda. Ia cuma disebut dalam kitab Sarngadhara Samhita sahaja sebagai penawar sakit cirit birit. Dalam kitab Bhaisajya Ratnavali, ia dinamakan sebagai bahan untuk perangsang nafsu kelamin. 

6. Minyak

Ayurveda menyebut bahawa minyak dan tar yang digunakan bersama boleh menghentikan pendarahan dan trauma akibat pendarahan. Ia digunakan menerusi empat kaedah iaitu:
  • tindakan pada pembuluh darah
  • mencucuh dengan haba
  • penggunaan persediaan perubatan untuk memudahkan pembekuan
  • penggunaan persediaan untuk menutup pembuluh darah bocor
Minyak digunakan dengan pelbagai cara termasuklah menerusi diminum atau dimakan, melumur minyak, mencomotkan diri dengan minyak, mengurut kepala, menyapu di bahagian yang sakit atau sekelilingnya, dan menarik minyak. Cecair boleh juga dituang atas kepala pesakit menerusi teknik shirodhara.     

Panchakarma

Kaedah ini dikatakan menghapuskan toksin dalam badan. Prosesnya termasuklah:
  • Vamana
  • Virechana
  • Basti
  • Nasya
  • Raktamokshana
Semua ini didahului oleh Purvakarma sebagai langkah persediaan. Kemudian kaedah Panchakarma pula diikuti oleh Paschatkarma dan Peyadikarma.