Jenis-Jenis Sādhanā


Sādhanā atau amalan rohaniah tidak semestinya ditujukan untuk tujuan tinggi seperti pencerahan atau mencapai moksha. Ia boleh juga diperbuat untuk tujuan yang rendah-rendah seperti untuk mendapatkan kesenangan duniawi. Sadhana pun boleh diperbuat oleh sekelompok manusia untuk seluruh umat manusia.

Sakām Sādhanā

Ertinya, amalan kerohanian untuk mendapat keseronokan duniawi. Bentuk sadhana ini adalah yang paling rendah sekali. Jiwa tidak berkembang pun dengan amalan begini. Contoh tujuan sadhana ini seperti:
  • Hendak kaya.
  • Hendak dapat pekerjaan.
  • Hendak berkahwin dengan orang yang disukai.
  • Mahu jadi pendekar dan kebal.
Kesannya sementara saja. Ia tak membawa kebaikan atau faedah ke alam selepas kematian pun. Dalam Ramayana disebutkan bahawa Ravana dan Kumbhakarna itu walaupun pengikut setia Betara Siva serta menjalani pelbagai jenis tapa, namun mereka cuma berada di tahap sakam sadhana saja kerana tujuan mereka cuma untuk berkuasa dan memerintah dunia dengan penuh suka bahagia serta aman.

Buah amalan begini diperguna untuk keperluan duniawi perseorangan saja tapi tiada perkembangan rohaniah. Dengan ini, tidak cukuplah untuk mencapai pencerahan, menerima moka atau pun cuma untuk ke syurga sekali pun sebab pahala untuk ke tiga tujuan itu sudah haus.

Niṣkām Sādhanā

Amalan kerohanian diperbuat untuk tujuan-tujuan yang tinggi seperti mencapai pencerahan dan moka. Ia dilaksanakan untuk mengangkat jiwa perseorangan supaya dia boleh keluar dari putaran hidup dan kematian dengan selamat.

Vyaṣṭi sādhanā

Bentuk niṣkām sādhanā ini dilaksanakan untuk kenaikan jiwa. Bentuk ini cuma bentuk amalan perseorangan dan pahalanya pun perseorangan. Ia penting untuk mereka yang mahu ke samaṣṭi sādhanā.

Contohnya seperti:
  • Baca Nama Tuhan atau nāmjapam
  • Semadhi
  • Karmayoga
  • Hathayoga
  • Baca buku-buku rohaniah
Faedah-faedah yang boleh diperolehi:
  • Perkembangan rohani
  • Peningkatan sātvikta
  • Peningkatan bhāva atau iman
  • Peningkatan talmal, kecenderungan kepada Tuhan
  • Anubhuti atau pengalaman rohani tahap rendah (spiritual experiences)
Cabaran-cabarannya pun ada beberapa bentuk. Halangan ini muncul sekiranya sadhana dilaksanakan tanpa guru dan jika tidak diikuti oleh samasti sadhana. Contohnya seperti:
  • Ego meningkat
  • Perlu masa yang lama tetapi perkembangan rohaniah sedikit
  • Cepat putus asa sebab perkembangan rohani lambat.
Samaṣṭi sādhanā

Ini sejenis niṣkām sādhanā yang diperbuat secara bermasyarakat untuk perkembangan rohani bagi seluruh manusia. Ia adalah tahap sādhanā tertinggi. Untuk samaṣṭi sādhanā ini kekal, mesti juga diperbuat vyaṣṭi sādhanā. 

Logiknya itu seperti seseorang guru itu mestilah membaca buku sebelum mengajar sebagai persediaan. Pada Kali Yuga ini, samaṣṭi sādhanā penting sekali kerana ramai orang sudah tidak mengerti lagi tujuan sādhanā. 

Sādhanā jenis ini lebih sukar untuk diperbuat tetapi mempertingkat lagi nilai sātvikta seluruh kawasan. Samaṣṭi sādhanā ini pun tidak mungkin tanpa guru.

Contohnya seperti:
  • Mengambil satsang (perkumpulan dengan orang mulia peribadi).
  • Membantu menganjurkan satsang, tapak semadhi, dll.
  • Bercerita dengan orang lain mengenai kerohanian.
  • Membantu orang lain mengatasi ego menerusi pemberitahuan mengenai kesilapan mereka berdasarkan neraca rohani.
Faedah-faedahnya pun banyak juga. Sādhanā tahap samaṣṭi ini lebih sukar berbanding dengan tahap vyaṣṭi tetapi mempunyai nilai-nilai tambahan seperti:
  • Bertambah dekat dengan Tuhan
  • Perkembangan rohani cepat
  • Cinta kepada semua prīti (makhluk bernyawa) meningkat
  • Pengalaman rohani tahap tinggi, anubhuti
  • Selepas mati, roh naik ke lapangan alam wujud tinggi seperti syurga dan melepasinya.
  • Ego dan kecacatan peribadi boleh dibuang dengan lebih mudah.
  • Bergerak dari tahap pemujaan saguna to nirguna.
Cabaran-cabarannya adalah seperti berikut:
  • Perlu lebih tenaga dari segi jasmani, mental dan rohani.
  • Perangai kena jaga.
  • Peluang untuk muncul ego pun banyak.
  • Perlu guru yang betul.
  • Satu kesilapan saja memberi kesan meruntuh dan banyak yang terkena dosa. Dosa sadhaka pun bertambah.
Sādhanā Tantri

Upacara tantri memang digelar sebagai "sādhanā". Setengah sādhanā terkenal seperti:
  • śāva sādhanā, sādhanā duduk atas mayat.
  • śmaśāna sādhanā, sādhanā di tapak pengabenan.
  • pañca-muṇḍa sādhanā, sādhanā duduk atas lima biji tengkorak.