Perkaitan dengan Tantra

Salah satu sisi Śakti Dharma yang sering disalahfahami oleh orang ramai adalah mengenai perkaitan rapatnya dengan Tantrayana. Konsep yang provokatif ini memberi gambaran mengenai pemujaan Hindu ortodoks di pura-pura di India Selatan, Kemboja, Siam dan di Bali di Indonesia sehingga ke amalan vamacarin di India Utara, Tibet dan di Jawa. Selain itu, konsep ini turut dimasukkan juga sekali dengan amalan-amalan hubungan jenis di Barat yang dikenali sebagai Navatantra atau Neotantra ke dalam golongan Śakti Dharma. Sebenarnya, bukan semua bentuk Śakti Dharma itu bersifat Tantrika, seperti juga bukan semua bentuk Tantra itu bersifat Śaktika.

Sabdavali 'Tantra' ini diperguna dalam konteks Śakti Dharma tradisi Hindu, selalunya untuk merujuk kepada serentetan tatacara amalan, atau lebih meluas lagi merujuk kepada tatacara sadhana atau amalan yang bertumpu kepada Dewi yang rahsia.
Sadhana atau Amalan

Semua yang berikut mesti dijalankan dengan petunjuk guru-guru terlatih, 'hanya' selepas menerima dika dan arahan lisan bagi menyokong pelbagai jenis sumber bertulis:
  • mantra.
  • yantra.
  • nyasa atau upacara.
  • mudra atau mohor.
  • beberapa ciri yoga kundalini tradisional.
Dlm interaksi sosial, Śaktatantra atau penganut-penganut mesti bebas dari sebarang prejudis jati dan prejudis jantina! Seorang wanita atau seorang Sudra, layak untuk memegang peranan seorang guru. Semua wanita dianggap sebagai penjelmaan Śakti, dan mereka mesti dihormati serta boleh menerima kebaktian. Barangsiapa yang menyakiti atau yang menyinggung kaum wanita, akan turut menimbulkan kemurkaan Dewi. Pencapai yang lelaki, "mesti menyedari ciri-ciri kewanitaan yang terselit dalam dirinya, dan hanya layak memuja-Nya dengan menjadi seorang wanita atau menjiwai perasaan wanita" (Bhattacharya, 1970;1977).
 
Amalan-amalan yang lebih kontroversi, contohnya seperti Pañchamakara, digunapakai hanya dalam keadaan tertentu oleh sesetengah aliran Śaktatantra. Namun, tidak dinafikan juga amalan-amalan ini sering terlebih ditekankan atau terlebih disensasikan oleh pengulas-pengulas sama ada yang menolak amalan ini atau yang menerimanya. Selain itu, dalam sesuatu tradisi pun terdapat perbezaan-perbezaan pendapat melibatkan penafsiran lima amalan tersebut. Sesetengah parampara menolak terus amalan ini.

Kesimpulannya, wujud saling perkaitan dari segi kemasyarakatan dan sejarah antara ciri-ciri Tantra dan bukan Tantra dalam Dharma ini serta dalam tradisi Hindu secara umum. Topik ini merupakan isu sensitif dalam perbincangan umum. Namun, sebagai satu peraturan umum:
"Buah-buah fikiran dan amalan Tantri ini secara bersama menembusi tradisi Hindu klasik dan adalah salah untuk memisahkan amalan dan tatacara Tantri ini dari tradisi-tradisi bukan Tantri berikutan perhubungan sejarahnya yang rumit. Sastera sejarah bertulis memaparkan tentang bagaimana para brahmin pengikut veda-veda turut terlibat dalam amalan Tantrayana dari tahap permulaan perkembangannya lagi iaitu sekurang-kurangnya sekitar satavarsa keenam masihi. Sementara itu, Tantrayana Śakti Dharma ini boleh jadi berasal dari kultus agama orang asli di sekitar Himalaya dan benua India yang memuja Dewi ketika zaman pra-veda. Sebarang cubaan untuk memisahkan Tantrayana Śakti Dharma daripada tradisi Hindu Sanskerta [...] akan mengelirukan orang ramai".
(Andrew Brooks, The Secret of the Three Cities: An Introduction to Hindu Shakta Tantrism; 1990)