Rumah perlu dibersihkan dan disucikan mengikut sastra masing-masing. Lukiskan juga kolam yang ditabur dengan beras berwarna atau serbuk rempah dan berwarna.
Bahan Keperluan untuk Pemujaan
- Bahan logam seperti duit syiling atau wakil emas seperti wang.
- 10 biji Supari atau Pinang.
- Beras sedikit.
- Lima tunjung Parṇa (balutan daun Sirih) atau daun pokok Pauh.
- Sebiji buah Nyiur.
- Lota berisi air.
- Kumkum untuk Tilaka.
- Diya, lilin atau pelita.
- Serbuk Holi yang berwarna-warni jika ada.
- Kuih-kuih manis mengikut adat di rantau anda.
- Kapur Barus.
- Colok kayu Cendana.
- Buah-buahan kering seperti biji Gajus atau Almond.
- Thali, iaitu dulang berisi sajian atau boleh juga bakul beranyam diisi dengan makanan tempatan.
- Bunga Mawar atau jenis bunga lain-lain yang berkelopak.
- Raksha Sutra, buku nota baru.
- Panchamrita.
- Sehelai kain berwarna merah untuk melapik bahan-bahan sajian untuk pemujaan.
- Minyak sapi untuk menjadi bahan bakar pelita.
- Air Mawar untuk merenjis.
- Air biasa.
- Rupa atau gambar Ganesh Ji, Saraswati Ji, Lakṣmi Ji dan untuk pengikut Betara Śiva boleh juga menjemput Betara Śiva. Jika yang biasa, dijemputlah Betara Viṣnu. Ikut aliran agama keluarga anda.
Pemujaan boleh dijalankan dengan membentangkan kain merah di platform atau 'singgahsana'. Sembur bijirin di tengah kain yang dibentangkan itu. Kemudian, letakkan kalasha (kendi) yang diperbuat dari emas, perak atau tembaga. Isi 3/4 daripada kalasha itu dengan air kosong, buah Pinang, sekeping duit syiling, dan beras.
Susun lima helai daun dari lima jenis pokok. Jika tidak ada, boleh guna daun pokok Pauh saja. Letakkan piring besar berisi beras atas kalasha anda. Selepas itu, boleh letakkan bunga teratai atas beras, serbuk kunyit dan rupa dewi Mahālakṣmi atas kalasha itu. Susun juga kepingan wang syiling sekeliling rupa dewi.
Letakkan rupa dewa Ganesh di depan kalasha tersebut, di sebelah kanan menghadap mata angin Barat Daya. Tinta dan buku akaun perniagaan anda boleh diletakkan atas platform tersebut untuk direstui. Pelita dinyalakan. Seterusnya, boleh mulakan puja. Jika tahu mūla mantra, boleh dibaca untuk menyeru dewi.
Langkah Pemujaan
- Mulakan dengan memberi sembah kunyit, kumkum, dan bungaan kepada dewi Lakṣmi. Kemudian, bahan-bahan ini boleh disembahkan kepada air yang nanti akan diguna untuk pemujaan seterusnya.
- Seru pula dewi Saraswati (dewi sungai) untuk meresap ke air tersebut. Beri sembah bunga ke rupa dewi Saraswati.
- Rupa dewi Lakṣmi diletakkan atas sekeping piring, dan jalan abhiseka dengan air, panchamrita, dan air bercampur dengan emas atau mutiara.
- Bersihkan rupa dewi Lakṣmi, letakkan semula atas kalasha. Selang-selikan dengan merenjis bunga, air, dan panchamrita ke rupa.
- Sembahkan kepada rupa dewi Lakṣmi beberapa bahan contohnya seperti serbuk cendana, bunga malai kapas, sebuk saffron, kunyit, kumkum, minyak atar (yang diguna oleh orang Timur Tengah), abīr dan gulal.
- Bungaan seperti bunga Tahi Ayam dan daun Majapahit (Vilva) pun boleh disembahkan.
- Nyalakan sebatang colok dan pendupa.
- Sembahkan kuih-muih, nyiur, buah-buahan dan tambul.
- Letak bertih beras dan batasha dekat rupa.
- Beri abhiseka bertih beras, batasha, biji ketumbar dan jintan manis di rupa dewi.
- Beri sembah kepada Swastika yang dilukis dan seru Dato' Kuberan.
- Hampir selesai upacara kini, buat arti untuk dewi Lakṣmi, diikuti dengan dentingan loceng kecil.
- Jangan riuh-rendah semasa upacara sebaliknya tumpukan perhatian dalam hening sepi kepada upacara.
- Tatacara boleh dilaraskan mengikut kemampuan.