Kuil dan Pemujaan Dewata

Dalam kehinduan, dewata dan lambang-lambang mereka disanggrahakan di kuil. Selain itu, lambang-lambang ini boleh dipasang di rumah atau dijadikan tangkal. Pemujaan yang dijalankan oleh pengaut dikenali dengan pelbagai gelaran mengikut rantau mereka. Amalan ini yang dijalankan di hadapan murti boleh jadi juga panjang dan penuh butirannya atau boleh jadi ringkas sahaja dengan bacaan mantra atau nyanyian gita bhakti di rumah. Selain itu, penganut boleh mempersembahkan sembahan ketika waktu matahari terbit atau dihantar ke sungai atau diletakkan pada anikon dewata tertentu.

Penemuan arkeologi mengenai pemujaan dewata di kuil-kuil Hindu boleh dijejaki sehingga ke zaman empayar Gupta pada sebelum atau menjelang abad ke-4 masehi. Dalam kuil-kuil Hindu, pelbagai pemujaan dijalankan setiap hari, pada waktu-waktu tertentu dalam hari itu atau pada hari-hari tertentu. Amalan pemujaan ini disusun sebagai tindakan mengalu-alukan, menerima dewata, menghormati dewata pilihan sebagai tetamu terhormat dan membayangkan kepentingan rohaniah serta emosi dewata tersebut terhadap penganut.

Pemujaan yang tipikal itu melibatkan satu atau lebih daripada 16 langkah. Hal ini disebut dalam bahasa Sanskrit sebagai Sodasa Upacara. Ia boleh dijejaki ke zaman purba. Penganut ketika itu menjemput dewata, melayani dewata dan memenuhi keperluan dewata sebagai tetamu terhormat, menyanyikan stotra dengan dhupa dan membaca arti dengan diiringi oleh naivedhya (makanan) yang disembahkan kepada dewata. Penganut akan menyatakan rasa cinta kasih kepada dewatanya dan mengungkapkan ungkapan selamat jalan kepada dewata apabila menghantar dewata pulang ke alam kayangan. Amalan pemujaan juga boleh melibatkan perbuatan mencari jawapan bagi persoalan rohaniah dengan rupa-rupa dewa yang berfungsi sebagai bantuan untuk tindakan samadhi.

Pemujaan juga boleh berbentuk kebaktian kepada dewata, menjalankan thirtayatra ke kuil dan upacara pemujaan yang pilihan. Hal ini boleh menjadi kegiatan harian seorang Hindu, boleh jadi upacara yang dijalankan pada tempoh tertentu atau dijalankan kadang-kadang. Amalan pemujaan ini adalah pelbagai mengikut pelbagai tradisi dalam agama orang Hindu. Seseorang Hindu itu boleh memilih ideologi yang dirasakan sesuai dengan dirinya seperti polytheism, pantheism, monotheism, monism, atheism atau menjadi seorang humanis.