Konsep-konsep asas bagi perubatan Siddha sebenarnya sama saja dengan Ayurveda. Perbezaannya cuma pada cara Siddha mengenalpasti majoriti unsur vata, pita dan kapha menguasai tubuh dari turutan usia kanak-kanak, dewasa dan tua. Sedangkan, Ayurveda mengenalpasti unsur kapha, pita dan vata mengikut turutan kanak-kanak, dewasa dan tua.
Menurut pandangan Siddha, pelbagai fungsi psikologi dan fisiologi badan dikaitkan dengan kombinasi tujuh elemen yang menggunakan istilah bahasa Tamil iaitu:
- ooneer plasma yang bertanggungjawa dalam pertumbuhan badan, perkembangan dan penyuburannya
- cheneer darah, bertanggungjawab dalam memelihara otot, menyebarkan warna pada kulit dan memperbaiki kebijaksanaan minda
- oon otot, membentuk tubuh
- kozhuppu tisu lemah, menyeimbangkan minyak pada tubuh dan melincir sendi
- elumbu tulang, struktur tubuh, kedudukan dan pergerakan
- elumbu majjai tulang hutam, bertanggungjawab dalam pembentukan sel darah
- sukkilam air mani, untuk pembiakan manusia.
Sama seperti Ayurveda, pemahaman Siddha turut mengenalpasti komponen jasad manusia itu melalui tiga unsur iaitu vata (angin), pita (api) dan kapha (tanah dan air).