Manunggaling Kawula Gusti

Manunggaling Kawula Gusti adalah ungkapan bahasa Jawa yang diperkenal oleh seorang penganut agama Islam yang dikenali sebagai Syeikh Siti Jenar (Raden Abdul Jalil) di Pulau Jawa pada sekitar 1500. Syeikh Siti Jenar yang gelaran lainnya adalah Sunan Jepara ini adalah seorang Jawa berketurunan Parsi. Konsep ini sebenarnya adalah konsep dari ajaran Brahman kerana orang Jawa, walau dia menganut agama sekalipun adalah tetap salah satu bangsa yang digolongkan sebagai bangsa Mahabharata. Hal yang sama juga berlaku kepada sebahagian bangsa-bangsa di sebelah timur Iran.

Pendakwah-pendakwah agama Islam yang mengambil jalan aman menjalankan aktiviti penyebaran agama Islam dari Tanah Arab dengan mengambil pendekatan sinkretisme atau persenyawaan antara agama iaitu agama Islam dan agama Brahman yang terkenal di sebelah barat rantau Asia Tenggara. Hal sebegini turut berlaku di benua kecil India sendiri dan juga di Asia Barat seperti di Iraq. Tokoh di Iraq yang berfahaman sebegini dikenali sebagai Mansur al-Hallaj dan beliau juga berbangsa Parsi. Mansur memperkenal pepatah Ana al-Haq yang bermaksud Aku adalah Kebenaran. Cara sinkretisme sebegini menimbulkan kontroversi bagi penganut agama Islam yang berfahaman keras dan puritan. Penganut-penganut agama Islam ini kemungkinan juga menggunakan dalil-dalil dari kitab suci mereka sehingga mereka mencapai pemahaman ini. Mereka tidak semestinya menggunakan kata-kata dari upanishad.

Dasar-Dasar Fahaman

Dalam kejawen, pepatah ini diertikan sebagai bersatunya kawula atau jiwa manusia dengan Gusti atau Brahman. Tanggapan bahawa Gusti ini adalah personifikasi kepada Tuhan adalah kurang tepat. Gusti atau Pengaran atau Ingsun yang dimaksudkan itu adalah personifikasi dari Zat Urip atau kesejatian hidup iaitu pancaran Tuhan. Rujukan bagi pernyataan ini datangnya dari Wirid Wolung Pangkat atau Wirid Lapan Pangkat.
Wejāngan panetepan santoṣāniṃ pangandel, yaiku bubukā-niṃ kāwruh manunggaliṃ kawula-gusti siṃ amaṃśit pikukuh anngone bisa angandel (yakin) menawa urip pribadi kayektene rinasuk deniṃ zate Pangeran (Sejatiṃ-Urip). Pangeran iku ya jumenenge urip kitā pribādi sing sejati. Roroniṃ atunggal, siṃ sinebut yā siṃ anebut. Dene pāngertene utusan iku cāhya kita pribādi, kārana cāhya kita iku dadi panengerāniṃ Pageran. Dununge mangkene : “Sayekti temen kabeh tumeka maraṃ sira utusāning Pangeran metu śaka awakira, mungguh utusan iku nyembadāni barang saciptānira, yen angandel yekti antuk sih pangapurāning Pangeran”. Menawa bisa nampa pituduh siṃ mangkene diarah awas ing panggalih, ya urip kita pribadi iki jumenenging nugraha lan kanugrahan. Nugraha iku gusti, kanugrāhan iku kawula. Tunggāl tanpa wangenan ana iṃ badan kita pribadi.
Pengertian

Ajaran pemantapan keyakinan, iiaitu pembukanya kawruh (ilmu) “Manunggaling Kawula Gusti” yang memberikan wangsit (petunjuk) keteguhan untuk yakin bahawa hidup kita peribadi sesungguhnya dirasuki zatnya Tuhan (zat Urip, Sejatining Urip). Tuhan itu bertakhta pada hidup kita yang sejati. Dwitunggal (roroning atunggal) yang disebut dan yang menyebut. Sedangkan pengertian utusan itu cahaya hidup kita peribadi, kerana cahaya hidup kita itu menjadi pertanda adanya Tuhan. Maksudnya : “Sesungguhnya nyata semua datang kepada kamu utusan Tuhan (memancar) keluar dari dirimu sendiri. Sebenarnya utusan itu mencukupi semua yang kamu inginkan, kalau percaya nescaya mendapat pengampunan dari Tuhan”. Bila selalu menerima petunjuk yang seperti ini supaya awas dan hati-hati, ya hidup kita ini bertakhtanya nugraha dan anugerah. Nugraha itu Gusti (Tuhan) sedang anugerah itu kawula (hamba-hamba). Bersatu tanpa batas pemisah dalam tubuh kita sendiri.

Maksud Kawula dan Gusti

Sesetengah penganut agama Islam di Jawa berfahaman bahawa yang dimaksudkan dengan kawula itu adalah jiwa manusia dan yang dimaksudkan dengan Gusti itu adalah roh manusia. Tentang pengertian jiwa dan roh itu terdapat pula penjelasannya tersendiri menurut fahaman sesetengah penganut agama Islam di Jawa. Terdapat juga persoalan tentang bagaimana jiwa dan roh itu bersatu? Menurut mereka, sewaktu tubuh manusia itu mati, rohnya kembali kepada Tuhan manakala jiwanya dipertanggungjawab ke atas segala karma yang dijalankan melalui batang tubuhnya semasa hidup manusia.

Rujukan
  • Memahami Manunggaling Kawula Gusti, Jalan Sufi (online)
  • Manunggaling Kawula Gusti, Danang Notoboto (rencana)
  • Wirid Wolung Pangkat, Javanese Manuscript, Alang Alang Kumitir (blogspot)
  • Jiwa dan Roh, Jalan Sufi (online