Disebut juga sebagai Lokāyata, merupakan sejenis rupakara falsafah Hindu yang mengambil rupa yang pelbagai seperti:
- Materialisme, kebendaan.
- Skeptik berfalsafah.
- Percanggahan keagamaan.
Cārvāka dikelaskan dalam golongan rupakara Hindu heterodoks atau Nāstika. Ia dicirikan oleh aliran pemikiran kebendaan dan juga ateis. Walaupun ia bukan dalam golongan falsafah ortodoks Hindu, namun sesetengah orang menjelaskannya sebagai pergerakan falsafah yang bersifat ateis dan kebendaan dalam tradisi Hindu.
Muncul sebagai alternatif kepada agama Hindu ortodoks yang pro-aliran Veda Āstika, selain menjadi pendahulu kepada falsafah penyambungnya atau yang kontemporari seperti Ājivika, Jain, dan Buddha. Falsafah Jain dan Buddha berkembang menjadi agama yang tersendiri dalam samaya klasik falsafah Hindu. Bertentangan dengan aliran-aliran lain, prinsip pertama falsafah ini menolak inferens sebagai jalan untuk mengasaskan kebenaran alam ghaib.