Ceritera tentang Churail

Ceritera mengenai Churail ini banyak ditulis oleh penulis seluruh dunia. Penulis-penulis seperti Rudyard Kipling, Humayun Ahmed, Rabindranath Tagore, Satyajit Ray dan Sukumar Ray pernah menulis tentang makhluk halus ini.

Churail juga seringkali muncul dalam sastera kanak-kanak misalnya dalam Thakurmar Jhuli dan di siri-siri televisyen. Dalam filem seram berbahasa Bengali berjudul Putuler Protishod (1998), seorang gadis digambarkan dibunuh oleh keluarga mertuanya. Dia lalu kembali membalas dendam sebagai seekor Churail.

Sebuah rancangan radio disebut sebagai Bhoot FM diudarakan oleh stesen radio Bangladesh, Foorti Radio 88.0 FM pada jam 12.00 malam setiap malam Jumaat turut mengetengahkan cerita hantu Churail ini. Penduduk Bangladesh akan berkongsi pengalaman mereka berkenaan dengan kejadian paranormal dan mistik yang dilalui oleh mereka di stesen radio itu.