Devi-Devi Tantri

Kelompok-kelompok devi dalam kepercayaan orang Hindu di merata tempat boleh dipecahkan menjadi tiga cabang iaitu:
  • Nava Durga.
  • Ata Lakmi.
  • Pañcadaśa Nitya.
Namun, pendedahan unsur-unsur dharma ini boleh dilihat dengan cukup baik menerusi Dasa Mahavidya atau Sepuluh Pengetahuan Agung. 
Kebenaran itu dikesan melalui 10 jenis rupa yang berbeza. Ibu pertiwi didekati oleh para Sakta sekelian sebagai sepuluh pemerupaan jagat
Devi-Devi Mahavidya

Devi-devi bercirikan tantra ini adalah:
  • Kali, dewi melampaui rupa, masa, dan alam semesta, ajal, pengunyah masa.
  • Tara, dewi pemberi petunjuk dan pelindung serta penyelamat.
  • Lalita-Tripurasundari atau Shodashi, dewi nan ayu di tiga alam, tumpuan utama pengikut Śrīkula; dewi Parvati kelompok Tantri.
  • Bhuvaneśvari, dewi ibu pertiwi. Tubuhnya adalah bumi atau jagat. 
  • Bhairavi, dewi bengis.
  • Chhinnamasta, dewi pemenggal diri.
  • Dhumavati, dewi janda.
  • Bagalamukhi, dewi pelumpuh seteru.
  • Matangi, dewi chandala dan perdana menteri Lalita bagi pengikut Śrīkula; dewi Saraswati Tantri.
  • Kamala, dewi teratai; dewi Laksmi kelompok Tantri.