Dharana

Dharana ertinya mengendalikan fikiran agar terpusat pada suatu bahan tumpuan. Bahan itu boleh berada dalam tubuh kita sendiri, contohnya "selaning lelata" (sela-sela alis) yang dalam kepercayaan Śaiva disebut sebagai "Trinetra" atau mata ketiga Śiva. 

Boleh pula berada pada "tungtunging panon" atau hujung hidung sebagai bahan pandang terdekat dari mata. Para sulinggih atau pendeta di Bali banyak yang menggunakan ubun-ubun (chakra sahasrara) sebagai tumpuan kerana ketika "ngili atma" di ubun-ubun dibayangkan adanya padma berdaun seribu dengan mahkotanya berupa atman yang bersinar "spatika" iaitu berkilau bagaikan mutiara. 

Bahan tumpuan lain di luar tubuh manusia contohnya seperti bintang, bulan, matahari, dan gunung. Penggunaan bintang sebagai bahan tumpuan fikiran akan membantu para yogin menguatkan pendirian dan keyakinan pada ajaran Dharma. Jika bulan yang digunakan untuk tumpuan, maka ia membawa ke arah kedamaian batin. Matahari pula untuk kekuatan tubuh dan gunung untuk kesejahteraan. 

Bahan tumpuan di luar badan yang lain boleh juga seperti tugu, rupa, murthi, gambar guru rohaniah atau dewa-dewi dan bahan-bahan yang menyerap gelombang suci dari penokohan. Kemampuan melaksanakan dharana dengan baik akan memudahkan kita mencapai dhyana dan samadhi.