Dhyana adalah suatu keadaan apabila arus fikiran tertuju tanpa putus-putus pada bahan yang disebutkan dalam dharana itu, tanpa terganggu oleh bahan atau godaan lain, baik
yang nyata mahupun yang tidak nyata.
Gangguan atau godaan yang nyata
dirasakan oleh pancaindera, baik melalui pendengaran, penglihatan,
penhiduan, rasa lidah mahupun rasa kulit. Gangguan atau godaan yang tidak nyata pula
adalah dari fikiran sendiri yang menyimpang dari sasaran bahan dharana.
Tujuan Dhyana adalah supaya aliran fikiran terus-menerus bertumpu kepada Sang Hyang Viddhi melalui bantuan bahan dharana. Lebih jelasnya lagi Yogasutra Patañjali
menyatakan bahawa:
"Tatra pradyaya ekatana dhyanam"
Ertinya:
Arus buddhi atau fikiran yang tiada putus-putusnya menuju tujuan (Sang Hyang Viddhi).
Kaitan
antara Pranayama, Pratyahara dan Dhyana sangat kuat sekali. Dinyatakan oleh
Maharesi Yajñavalkya sebagai berikut:
"Pranayamair dahed dosan, dharanbhisca kilbisan, pratyaharasca sansargan, dhyanena asvan gunan"
Ertinya :
Dengan pranayama terbuanglah kotoran tubuh dan kotoran
buddhi, dengan pratyahara terbuanglah kotoran ikatan (pada bahan
keduniaan), dan dengan dhyana dihilangkanlah segala hambatan
yang berada diantara manusia dan Sang Hyang Viddhi.