Saura Mata


Sauramata adalah salah satu aliran agama Hindu yang terbit dari tradisi veda-veda. Penganut Saura mata memuja Surya sebagai pemerupaan Saguna Brahman. Kini, kelompok penganut aliran ini cuma wujud sebagai ranting dalam pergerakan aliran utama seperti Vaiava dan Śaiva. Berlaku penurunan bilangan penganut sekitar satavarsa ke-12 sehingga ke-13 M akibat peperangan terutamanya di negeri Sindh di Pakistan moden. Dewa Surya turut digolongkan oleh Adiśankaracharya sebagai salah satu daripada pañchadevata yang mewakili Brahman Mahā Agung.

Pemujaan Surya

Dalam Bhasamhita 60.19; Varāhahira menyebut bahawa Surya boleh dipuja menerusi pasakan murthi dan pemujaan mesti dijalankan oleh para pedanda Brahmin khusus untuk pemujaan Rembang Surya, bergelar Magāchārya. Hal ini disokong oleh Bhavisya Purāa, bab ke-139 yang menyebut seperti ceritera berikut:
Krishna, adiwira bangsa Yadu berkahwin dengan Jābavati, anakanda raja beruang, Jābavān. Putera mereka, Sāba yang berani. Baginda telah pergi ke sungai Chandrabhāga lalu membina pura di situ demi menghormati dewa Sūrya. Brahmin-brahmin tempatan langsung tidak mengetahui rahsia pemujaan baginda, jadi mereka tidak layak untuk menjadi pedanda upacara di pura tersebut. Baginda Sāba meminta bantuan Gavramukha, penasihat kedatuan bangsa Yadu, Ugrasena. Gavramukha menasihatkan baginda untuk ke rantau Śakhadvipa dan menjemput pedanda-pedanda yang mahir, dikenali sebagai guru-guru Magā untuk menjalankan pemujaan dewa Sūrya. Baginda bertitah: "Beta pohon diberitahu, wahai Brahmin, apakah latarbelakang bangsa pemuja-pemuja matahari itu?" Dijawab oleh Gavramukha: "Brahmin terawal dalam kalangan bangsa Śakha itu bergelar Sujihva. Beliau memulakan gotra bersabdavalikan Mihira. Anak perempuan beliau bernama Nikubhā. Dewa Sūrya jatuh cinta dengan gadis tersebut lalu membuntingkannya. Seterusnya, lahirlah Jaraabda, nenek moyang seluruh pedanda kelompok Magā. Mereka boleh dibezakan kerana mereka mengikat tali suci bergelar avyanga di pinggang mereka". Sāba seraya menyeru bhagavan Krishna meminta baginda menghantar wahana, Garuda. Baginda terbang dengan burung tersebut ke negeri orang Śakha, menjemput pedanda-pedanda tersebut pulang ke Bharata dan dilantik untuk menjalankan upacara di pura dewa Sūrya.
Murthi dewa Sūrya mesti dipasakkan di situ. Murthi mesti dirupakan dengan rupa seorang lelaki bermahkotakan sinaran matahari di kepala. Murthi mesti disertai oleh pedati, dengan kuda-kuda yang mewakili tujuh sinaran lembayung. Baginda mesti digambarkan memegang chakra, triula, dan bunga teratai di empat tangan. Kaki murthi ditutupi oleh kasut panjang menutupi sampai ke lutut. Di pinggang murthi mesti beravyanga.

Pura Sungai Chandrabhaga tersebut kini terletak di Pakistan moden. Ia dimusnahkan oleh maharaja wangsa Moghul yang terakhir, Aurangzeb sekitar 1600. Sebelum itu pun, ia telah dicemari oleh gabenor Muslim, Muhammad bin Qasim dari kerajaan Multan yang merupakan sebahagian daripada wangsa bani Umayyah serta dicemari oleh Muslim Syiah Ismaili yang bergelar, al-Qaramitah. Gambaran mengenai murthi asal di situ menyebut bahawa murthi tersebut dipakaikan kasut kulit sehingga ke lutut diperbuat dari kulit dari Sepanyol dan dua biji batu delima bertatah di bahagian mata murthi.

Terdapat juga bukti epigrafi mencukupi mengenai betapa terkenalnya pemujaan Surya di benua India. Ia terkenal juga semasa guru Śankara Bhagavatpada merasmikan enam dharma dalam tradisi Hindu kira-kira pada satavarsa ke-7 M:
  • Śaiva.
  • Vaiava.
  • Śakti.
  • Gāapatya.
  • Kaumāra.
  • Saura.
Sauramata dan Pengaruh Parsi Purba

Bukti terawal sekali jelas menunjukkan penglibatan orang Parsi purba dalam perkembangan keagamaan berbentuk pemujaan Surya ini. Matawang syiling Kushan turut mempunyai cap Sūrya dengan praati kecil. Prasasti Govindapura dari 1130-an turut menyebut mengenai raja Sāba yang menjemput pedanda Brahmin Maga ke Bharata dan menyebut nama enam orang mahākavi Maga. Mihirakula (515-530 M), pemerintah empayar Svetahuna (Heftali, Hun Putih) turut menyediakan dana untuk pembinaan satu lagi pura Surya di Gwalior. Hal ini turut memberi sedikit tanggapan bahawa Sauramata dipengaruhi secara berterusan oleh orang Parsi purba untuk tempoh yang begitu lama.

Di negeri Rajasthan dan utara negeri Gujarat terdapat sebilangan pura ditujukan untuk dewa Surya. Salah satunya yang terkenal adalah Pura Moherā. Semua pura tersebut mempunyai murthi Surya dengan kasut kulit separas lutut yang menunjukkan hubungan dharma ini dengan orang Parsi Timur. Kebanyakan pura tersebut telah dirosakkan oleh pemerintah Muslim. Pedanda-pedanda dengan nama keluarga Maga yang sering kelihatan di sekitar pura Surya di Osian, Rajasthan, memberi gambaran bahawa ia memang terkenal sebagai pusat aliran Saura yang mempunyai kaitan dengan Parsi Timur. Jadi, jelas sudah bahawa pedanda-pedanda Maga berasal dari Barat. Kemudian, sesetengah daripada mereka terpaksa berpindah ke Timur selepas pencerobohan oleh Muslim bermazhab Syiah al-Qaramitah serta pemerintah Muslim bermazhab Sunni dari kesultanan Ghaznavi. Kini, komuniti Magacharya boleh juga ditemui di negeri Uttar Pradesh dan mereka tergolong dalam bangsa Brahmin dari Śakhadvipa.

Walaupun status mereka berbeza dengan status Arya Brahmin tempatan, namun mereka masih menjalani tatacara hidup Brahmin yang asas seperti Upanayanam dan Saucha. Penelitian pada nama-nama permaisuri di wangsa Karkota di Kashmir turut menunjukkan bahawa sesetengah mereka itu adalah orang Parsi. Mereka kelihatannya menghidupkan semula kultus pemujaan dewa Surya di Kashmir seperti yang tertonjol pada Pura Mārtāa di situ. Murthi orang Kashmir, Śrī Lalitāditya dari zaman Karkota turut digambarkan berpakaian Parsi.

Perlu disedari juga, kultus ini turut wujud di India Selatan. Di Thanjavur, terdapat Pura Suryanar yang langsung tidak mempunyai pengaruh Parsi dalam ikonografi mereka. Hal ini menunjukkan bahawa, Sauramata bergerak menyebarluas ke seluruh rantau benua India namun bentuk ikonografi untuk murthi Surya tidak pula masuk ke rantau di pedalaman. Kompleks pura bukit untuk dewa Surya yang dibina oleh kelompok Peshwa di Pune sekitar 1750 turut dirasmikan oleh pedanda Maga. Bentuk murthi mereka lebih kepada bercirikan antara tradisi Utara-Selatan. 

Sumbangan Sauramata

Akhir sekali, kelompok Sauramata turut cuba memberi "warna veda" bagi aliran mereka menerusi penyusunan Sūryopanishad serta penyesuaian Savitā Gāyatri. Sumbangan Sauramata dalam tradisi Hindu hari ini adalah:
  • Aditya Hdaya yang dikaitkan dengan Resi Agastya; ia merupakan kandungan dalam Yuddha Kanda dari kekawin Ramayana. Bacaan ini merupakan sastera terawal aliran Saura.
  • Suryanamaskara Vddhi, iaitu amalan yoga-tantra yang dicetuskan menerusi Saura Tantra.