Komponen-Komponen Ayurveda

Bahagian-bahagian kitab Ayurveda diterbitkan dari teks-teks sastera Sanskrit klasik. Ayurveda disebut sebagai 'ilmu lapan bahagian' atau ashtanga. Bahagian-bahagiannya adalah:
  • Kayachikitsa, perubatan umum yang menyembuhkan penyakit-penyakit yang menyerang tubuh.
  • Kaumāra-bhṛtya dan Bala Roga, penyembuhan sakit kanak-kanak.
  • Shalya-tantra, teknik-teknik pembedahan.
  • Śālākya-tantra, ilmu oftalmologi yang berkisar mengenai penyakit gigi, mata, hidung, telinga dan lain-lain.
  • Bhuta-vidya, berkisar mengenai punca-punca penyakit, yang tak kelihatan dan tak boleh dijelaskan secara terus menerusi tridosha, melibatkan mikroorganisme dan roh-roh.
  • Agada-tantra, penawar bagi bisa-bisa dan racun.
  • Rasayana-tantra, geriatrik dan anti-penuaan yang melibatkan penyuburan.
  • Vajikarana-tantra, afrodisiak atau pemangkin yang melibatkan kesihatan dan pembiakan.