Niyama

Perkara ini boleh dikelaskan sebagai tahap kedua dalam pengendalian diri, terdiri daripada tambahan lagi lima perintah untuk amalan:
  • Śauca, suci zahir, suci batin menuju ke keadaan satvasudhi (suci fikiran), saumanasya (hati suka sentiasa), ekagrata (pemusatan budhi), dan atmadarśana (kesedaran diri sejati).
  • Santoa, puas hati dan bersyukur dengan perkara yang seadanya, selanjutnya membawa bahagia.
  • Tapa, tahan dan sabar menempuhi ujian godaan-godaan adharma dan duniawi.
  • Svadhyāya, rajin dan tekun mempelajari Agama serta menyerapnya ke fikiran.
  • Iśvarapranidhana, kebaktian mutlak hanya untuk Sang Hyang Viddhi.
Yang tersebut di atas ini adalah yang terkenal dalam kalangan orang Hindu di kepulauan Nusantara. Yang tersebut dalam Upaniad Śāilya dan juga Svātmārāma ada 10 semuanya kerana digabungkan yama dengan niyama, iaitu:
  • Ahiṃsā, tidak mengganas.
  • Satya, kebenaran.
  • Asteya, tidak mencuri.
  • Brahmacharya, waspada diri.
  • Kṣamā, kemaafan.
  • Dhṛti, tabah.
  • Dayā, belas kasihan.
  • Ārjava, ikhlas dan tidak munafik.
  • Mitāhāra, makanan berjaga-jaga
  • Śauca, kesucian tubuh dan jiwa.
Rujukan

Sila ketik di sini.