A Practical Sanskrit Dictionary muka 979 mengertikan kata Sadhana sebagai, "cara-cara mencapai sesuatu". Flood Gavin (1996) dalam An Introduction to Hinduism menjelaskan bahawa ia merupakan amalan rohaniah melampaui ego. Ia mengandungi pelbagai disiplin dalam tradisi-tradisi Hindu, Buddha, Sikh, dan Muslim yang diikuti oleh penganut-penganut untuk mencapai pelbagai objektif upacara atau rohani. Untuk pengamal seni mempertahan diri serta pendekar-pendekar (kesatria) pun terdapat sadhana.
Sejarawan N. Bhattacharyya memberi nirvacana berguna untuk kebaikan sadhana:
"... sadhana keagamaan, yang menghalang jiwa daripada terikat kepada lokamaya (duniawi) dan mengacu minda serta membentuk bhāva (pegangan) kepada rupa yang memperkembang pengetahuan mengawal perasaan serta ketidakterikatan. Sadhana merupakan cara-cara untuk menjadikan ikatan-ikatan lokamaya itu menjadi jalan kebebasan (mukti)".
B. K. S. Iyengar (1993; ms. 22) dalam ulasan Sutra Yoga oleh Patanjali menirvacanakan sadhana itu dalam perhubungan antara abhyāsa dan kriyā:
"Sadhana itu adalah disiplin yang diambil untuk mencapai matlamat. Abhyāsa itu amalan berulang yang dijalani dengan pemerhatian dan renungan. Kriyā pula, tindakan amalan yang dijalankan dengan sempurna penghayatannya disebabkan ada nya penelitian dan penyelidikan. Oleh itu, semua, sādhanā, abhyāsa, dan kriyā itu bererti satu saja. Semua merujuk benda yang sama. Seorang, sādhaka (pengamal ajaran) itu, menggunapakai dengan penuh mahir... minda (akal) dan kebijaksanaan (hikmat) dalam amalan untuk mencapai tujuab rohani".