Perubatan Siddha

Perubatan Siddha atau disebut juga sebagai Tamil maruttuvam adalah satu sistem perubatan tradisional yang berasal dari Tamilakam purba di India Selatan.

Diajarkan juga bahawa para siddha meletakkan batu asas bagi penubuhan sistem perubatan ini. Para siddha ini merupakan pengasas kerohanian yang mempunyai ashta-siddhi atau lapan kuasa rohani. Resi Agastya dianggap sebagai siddha pertama dan guru kepada segala siddha. Sistem perubatan ini dipercayai diberikan kepada beliau melalui baginda dewa Kartikei, anakanda kepada Betara Siva dan dewi Parvati.

Kementerian Ayurveda, Yoga dan Naturopati, Unani, Siddha dan Homeopati, Republik India mengkoordinasi dan mempromosikan bidang-bidang kajian ayurveda dan siddha. Majlis Perubatan India Tengah (CCIM), sebuah badan berkanun turut ditubuhkan pada 1971 bawah pemantauan AYUSH bagi memantau pendidikan tinggi dalam bidang perubatan India, termasuklah perubatan Siddha ini.   

Bagi membanteras bioprospek dan kecurian hak cipta, pemerintah India membangunkan Perpustakaan Digital Pengetahuan Tradisional pada 2001 sebagai pusat rujukan bagi formulasi 223,000 ubat-ubatan dari pelbagai sistem perubatan, seperti ayurveda, unani, siddha dan homeopati.

Kandungan

Sila klik pada pautan berikut untuk mengakses maklumat.
Rujuk istilah Sadhana untuk mengetahui cara Siddha menjalani latihan rohani.
Rujukan lanjut di sini.