Pratyahara

Pratyahara merupakan penguasaan pancaindera oleh fikiran, sehingga setiap hal yang diterima oleh pancaindera menerusi saraf ke otak tidak mempengaruhi fikiran.
 
Pancaindera terdiri daripada:
  • Pendengaran.
  • Penglihatan.
  • Penghiduan.
  • Rasa di lidah.
  • Rasa sentuhan di kulit.
Umumnya, indriya menimbulkan nafsu syahwat dan kenikmatan serta mempengaruhi fikiran. Yoga bertujuan untuk memutuskan mata rantai oleh fikiran dari rangsangan saraf ke keinginan atau nafsu syahwat, sehingga citta pun menjadi murni dan bebas dari goncangan atau godaan persekitaran. Yoga bukan bertujuan untuk membunuh kemampuan indriya!

Untuk lebih jelas lagi, Patanjali menyebut bahawa:
Sva viyasa asamprayoga, cittayasa svarupa anukara, eva indriyanam pratyaharah, tatah parana vasyata indriyanam.
Ertinya:

Pratyahara itu trdiri daripada alat-alat indriya dan nafsunya masing-masing, serta menyesuaikan alat-alat indriya dengan citta (budi) yang murni.

Maksudnya yang lebih umum lagi, pratyahara ini mesti dipohon kepada Sang Hyang Viddhi dengan penuh tumpuan agar mata rantai pengikat olah gerak fikiran ke nafsu itu terputus.