Buah-buah fikiran teori utama dari Ayurveda ini berkembang dalam milenia pertengahan yang awal sekali sebelum kelahiran Jesus di sebelah barat sana. Buah-buah fikiran ini menunjukkan keselarian dengan falsafah-falsafah Sāṅkhya, Vaiśeṣika, Jain dan juga Buddha.
Hal ini bermaksud, keseimbangan dan menahan kehendak-kehendak alam semulajadi itu dianggap sebagai tidak sihat serta didakwa membawa kepada penyakit. Contohnya, menahan bersin dikatakan boleh menyebabkan sakit bahu. Walau bagaimanapun, orang ramai turut dinasihati supaya berpada-pada dan berada dalam keseimbangan yang sepatutnya apabila mengikut kehendak alam semulajadi. Sebagai contoh, penekanan diberikan kepada kesederhanaan dalam pemakanan, tidur dan hubungan kelamin.
Ayurveda ini mempunyai tujuh istilah untuk dhatu atau tisu-tisu asas dalam badan manusia seperti:
- rasa, plasma
- rakta, darah
- māmsa, otot-otot
- meda, lemak
- asthi, tulang
- majja, tulang sumsum
- shukra, air mani
Seperti juga perubatan klasik zaman purba, Ayurveda ini secara sejarahnya membahagikan elemen-elemen yang membentuk jasad makhluk-makhluk bumi ini kepada lima. Ia disebut sebagai maha panchabuta yang terdiri daripada bumi, air, api, udara dan angkasa.
Wujud juga 20 guna atau ciri-ciri yang dianggap sebagai penting dalam pembentukan bahan-bahan. Hal ini disusun kepada sepuluh kata sifat yang berlawanan iaitu:
- berat-ringan
- sejuk-panas
- kering-lembap
- licin-kasar
- cair-likat
- lembut-keras
- nipis-tebal
- tetap-bergerak
- tumpul-tajam
- padat-ceroi
Ayurveda juga memperkenal tiga elemen dalam bahan iaitu dosha yang disebut sebagai vata, pitta dan kapha. Ia menyatakan bahawa keseimbangan dosha ini akan memberi kesan kesihatan dan kesimbangan yang mengelakkan penyakit. Satu pandangan Ayurveda menyatakan bahawa dosha-dosha yang seimbang antara satu sama lain ini memberikan kesan kesihatan, sedangkan satu pandangan lagi menyatakan bahawa setiap manusia itu mempunyai padanan khusus dosha dalam tubuh mereka. Kekhususan ini mentakrifkan kecenderungan seseorang dan sikap-sikap, emosi serta keadaan psikologinya. Dalam kedua-dua keadaan ini, disebut juga bahawa seseorang itu mestilah menyesuaikan sikap-sikap atau persekitarannya bagi meningkatkan atau mengurangkan dosha-dosha tertentu serta memelihara keadaan semulajadi diri mereka.
Dalam taksonomi sistem ilmu bahasa Sanskrit zaman pertengahan, Ayurveda ini berada dalam kedudukan upaveda atau sebahagian dari ilmu sains. Sesetengah nama tumbuhan berubat pula dicedok dari Atharvaveda dan veda-veda lain yang boleh ditemui juga dalam karya-karya perubatan Ayurveda yang terkemudian. Kenyataan berbentuk teori terawal sekali mengenai model-model berkanun untuk penyakit dalam bidang Ayurveda ini ditemui dalam kitab-kitab ajaran Buddha yang terawal.