Pura tīrtha merupakan pura yang turut menjadi pusat pengurusan air atau rupakara Subak di Bali. Subak ini menjadi pengurus bagi pertanian lestari pusat kemasyarakatan perkampungan Balai Banjar dan pura-pura Hindu lain.
Pedanda-pedanda di situ, mengamalkan falsafah Trihita Karana, iaitu hubungan saling berkait antara manusia, bumi dan kayangan. Seluruh rupakara Subak ini menjadi cerminan pengamalan falsafah ini. Upacara-upacara di pura tīrtha ini turut menekankan mengenai kesedaran bahawa manusia itu bergantung kepada tenaga alam yang lestari. Beras dan padi dilihat sebagai anugerah Tuhan serta Subak ini merupakan sebahagian daripada budaya di pura.
Pedanda-pedanda di situ berkuasa untuk menguruskan pembahagian air ke sawah-sawah padi di perkampungan di sekitar pura itu. Sesetengah pura jenis ini terkenal dengan pusat pentirthaan atau kolam bersuci. Sesetengah pura jenis ini terbina di tengah tasik contohnya seperti Pura Ulun Danu
Bhratan. Pura-pura jenis ini yang terkenal contohnya seperti Pura Taman Ayun dan Pura
Tirtha Empul.