Kelompok Śakta mendekati Devi menerusi sebarang rupa dari rupa-rupa Devi yang luas itu. Rupa-rupa tersebut dilihat sebagai pelbagai ciri-ciri bagi Śakti-Nya.
Dengan banyak nama untuk merujuk Śakti, seperti Devī, Caṇḍikā, Ambikā, Kālī dan banyak lagi gelaran, kita pun mudah untuk terlupa bahawa sebenarnya cuma ada satu Devi saja, Semua rujukan tersebut merujuk kepada perkara yang sama saja. Sastera utama agama Śakta, Devīmāhātmya menyebut bahawa Devi mewangsitkan bahawa dia itu satu saja tanpa sesaat pun terbahagi:
"Aku cuma sendiri di dunia ini. Siapa lagi selain aku?"
Berikutan perisytiharan kesatuan murni ini, yang disebut sebagai mahāvākya, atau prisytiharan rasmi Devīmāhātmya, Devi menjelaskan bahawa dewi-dewi yang muncul itu cuma jelmaan darinya saja, seperti juga rupa-rupa lain yang diisi olehnya.
Rupa asas Devi dipuja oleh seseorang Śakta itu sebagai Iṣta Devi nya. Pemilihan dewata ini diperbuat mengikut faktor-faktor seperti:
- Kuladevata, tradisi keluarga.
- Amalan Rantau.
- Gurukula Parampara, salasilah perguruan.
- Gema Peribadi, mengikut nada suara ghaib atau pilihan sendiri.
Umumnya, terdapat beribu-ribu rupa Devi, yang kebanyakannya berkaitan dengan pembangunan pura-pura tertentu, ciri-ciri muka bumi rantau tertentu atau mengikut kampung. Di samping itu, terdapat juga beberapa rupa Devi yang terkenal dan diberi puja serta tabik di seluruh dunia. Setiap rupa Devi itu terjelma dari satu atau lebih dari rupa asas Devi.
Devi-Devi Kebajikan
Devi-devi kebajikan yang terkenal dipuja oleh orang Hindu di seluruh dunia adalah:
- Adi Parasakthi atau Sri Bhagavathi.
- Durgambha, Ambha atau Ambika.
- Sri Laksmi.
- Uma Parvathi atau Gauri.
- Saraswati.
- Gayatri.
- Ganga.
- Sita Devi.
- Radha.
- Sati atau Daksayani.
Kebanyakan puja dalam kalangan kelompok Śakta dibuat kepada Durga atau Kali. Durga jarang dipuja terus dengan rupa sebaliknya lebih kepada sabdavali untuk merujuk ibu pertiwi. Kedewataan Devi dipuja di pura dengan nama Bhagavati atau Mahadevi, umumnya merujuk ibu pertiwi.
Di sesetengah pura pula, upacara dijalankan dengan Durga diberi rupa dewata. Contohnya seperti di Pura Bhagavathy, Sri Kanyakumari yang merupakan Pura Durga, tetapi Samkalpanya adalah Kathyayani Devi. Salah satu daripada Nava Durga (Sanga Durga) bolehlah juga disebut sebagai Samkalpa. Semuanya adalah rupa cetusan Durga dan dipuja sebagai Durga.
Kali dipuja terus seperti yang terpapar pada jelmaan Bhadrakali di India Selatan dan Mahakali di negeri Bengal. Bhadrakali merupakan tafsiran dari Mahamaya Kali. Bhadra bermaksud khayalan yang terkuat.